T17c07 Kebaikan Muzik Ke Atas Jantung Otak Dan Kesihatan Manusia


Alhamdulillah, setelah mengambil masa selama lebih kurang tiga hari tiga malam untuk menyiapkan kiriman ini, akhirnya ia berjaya juga disudahkan. Tersengguk-sengguk jugalah Tedi dibuatnya kerana ia memerlukan beberapa pembacaan yang agak berat.
Berikut adalah beberapa kebaikan muzik:
1. Meningkatkan Kemahiran Visual dan Percakapan2. Memelihara Kesihatan Otak Usia Tua3. Muzik Menggembirakan Manusia4. Degupan Jantung, Nadi, dan Tekanan Darah5. Meningkatkan Kualiti Tidur6. Tingkatkan Kekebalan Badan dan Kurangkan Kesakitan7. Kurangkan Kemurungan dan KerisauanSumber foto: Mainkan musik cadas.. gadis berjilbab ini jadi perbincangan di ranah musik metal dunia. PendahuluanMuzik memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia di serata dunia. Ke mana sahaja kita pergi di muka bumi, apa jenis kaum yang kita temui, akan ada muzik yang mengiringi. Muzik menjadi satu jenis budaya yang mencorakkan sesuatu bangsa.
Muzik secara amnya dimainkan untuk hiburkan hati, melegakan tekanan, dan ada juga digunakan untuk menaikkan semangat.
Malahan ada pula ritual bersifat spiritual di mana muzik digunakan dalam upacara mengubati mereka yang sakit! Di dunia Melayu sahaja kita ada Ulek Mayang dan Main Puteri serta banyak lagi persembahan muzik memuja semangat yang tidak kelihatan, yang kini semakin hilang kerana kehadiran keimanan dalam hati.
Apakah perubatan zaman dahulu menggunakan muzik adalah salah satu tanda kebaikan muzik ke atas manusia? Mungkin.
1. Meningkatkan Kemahiran Visual dan PercakapanBeberapa kajian menunjukkan bahawa pendidikan muzik pada usia muda akan merangsang otak kanak-kanak melalui beberapa cara yang turut membantu kemahiran verbal, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran visual.
Satu kajian yang menumpukan kepada kanak-kanak 4 sehingga 6 tahun yang menerima latihan muzikal termasuk latihan ritma, pitch, melodi, suara dan konsep muzikal menghasilkan kebolehan untuk memahami perkataan-perkataan dan menjelaskan maksudnya.
Kajian ke atas subjek kanak-kanak dari 8 sehingga 11 tahun menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dalam aktiviti kurikulum kelas muzik mempunyai IQ verbal yang lebih tinggi dan verbal visual mereka adalah lebih bagus berbanding mereka yang tidak mengambil kurikulum kelas muzik.
Malah kanak-kanak berusia semuda satu tahun yang terlibat dengan pelajaran muzik interaktif bersama ibu bapa mereka mempunyai lebih kebolehan untuk berkomunikasi, senyum lebih kerap, dan menunjukkan tindakbalas otak sofistikated kepada muzik.
2. Memelihara Kesihatan Otak Usia TuaKajian menunjukkan berlatih muzik dan mendengar atau bermain muzik pada usia muda akan membantu memelihara kecerdasan otak. Mendengar muzik umpama melatih otak, dan faedahnya adalah daya ingatan yang lebih kuat dan ketajaman fikiran ketika meningkat usia.
Bahkan mereka yang mengalami kerosakan otak boleh mendapatkan kembali sebahagian atau semua memori mereka dengan mendengar muzik, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami. Ini adalah kerana mendengar boleh mengimbau kenangan lama dan juga mencetus corak neurologikal berdasarkan fakta bahawa rentak dan bunyi sesebuah muzik akan kekal dalam teras minda manusia untuk satu tempoh yang lama.
3. Muzik Menggembirakan ManusiaBanyak kali telah disebut mengenai kuasa muzik ke atas manusia. Ia boleh membuatkan manusia menjadi gembira, sedih, teruja, malahan bersemangat.
Seseorang yang mendengar muzik yang mempunyai kesan istimewa ke atas dirinya akan menyebabkan otaknya merembeskan dopamine yang dikenali sebagai sejenis bahan kimia yang baik. Dopamine akan menyebabkan manusia merasai emosi seperti kegembiraan, keterujaan, keseronokan dan yang seumpamanya.
Muzik dengan rentak rancak yang dimainkan dalam key major akan membuatkan manusia berasa gembira, manakala muzik yang dimainkan dengan rentak perlahan dalam key minor akan cenderung mengajak manusia berasa sedih.
4. Degupan Jantung, Nadi, dan Tekanan DarahBeberapa kajian mendapati bahawa muzik menguatkan jantung dan mempercepatkan kadar pemulihan para pesakit yang menderita sakit jantung.
Tanpa mengira genre muzik, mendengar muzik kegemaran akan merembeskan endorphins dalam otak yang membantu tingkatkan kesihatan vaskular. Lelaki dan wanita yang mendengar muzik sebaik saja selepas menjalani pembedahan jantung akan kurang mengalami kerunsingan dan dilaporkan mengalami lebih kurang kesakitan berbanding pesakit yang berehat dalam keadaan senyap.
Pemerhatian di Massachusetts General Hospital, mendapati bahawa pesakit jantung yang mendengar muzik 30 minit mempunyai tekanan darah lebih rendah, degupan jantung lebih rendah, dan kurang tekanan berbanding pesakit yang tidak mendengar muzik.
5. Meningkatkan Kualiti TidurTekanan dan kebimbangan adalah perkara yang selalu mengganggu tidur seseorang.
Memandangkan muzik boleh mempengaruhi kedua-duanya secara positif, kajian telah mendapati bahawa mendengar muzik pada beberapa masa akan memberikan manusia tidur yang lebih lena dan lebih merehatkan. Dalam beberapa keadaan, muzik mungkin adalah jawapan kepada penyakit tidak boleh tidur (insomnia).
6. Tingkatkan Kekebalan Badan dan Kurangkan KesakitanMuzki mempunyai keupayaan mengurangkan tahap hormon tekanan yang dipanggil cortisol, yang bertindak melemahkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan sakit jantung, mengganggu pembelajaran dan ingatan, mengurangkan ketumpatan tulang, menaikkan tekanan darah dan sebagainya.
Mendengar musik yang menaikkan semangat selama 50 minit, jumlah antibodi dalam tubuh manusia akan meningkat. Penemuan ini tidak mengkaji kesan muzik yang berbeza jenis, tetapi adalah penting untuk seseorang mendengar muzik yang mereka sukai kerana ia akan mempunyai kesan positif ke atas fizikal mereka.
7. Kurangkan Kemurungan dan KerisauanPara penyelidik di Drexel University mendapati bahawa seorang penghidap barah yang mendengar muzik atau menjalani terapi muzik akan mengalami penurunan kadar kebimbangan, mempunyai tekanan darah yang lebih baik, dan juga lebih bersemangat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/03/kebaikan-muzik-ke-atas-jantung-otak-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Manfaat Kesihatan Makan Tomato Superfood

9 Manfaat Kesihatan Makan Tomato Superfood

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 229 hits
Tomato ialah sayuran jenis buah yang menjadi makanan kepada manusia di merata dunia Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah menjadi meluas di semua negara beriklim tropika Tomato adalah superfood yang padat dengan nutrie...
Tudia Lakukan Hubungan Intim Dalam Ambulans Dua Petugas Kesihatan Dipecat

Tudia Lakukan Hubungan Intim Dalam Ambulans Dua Petugas Kesihatan Dipecat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 430 hits
Kedua dua pekerja tersebut ditangkap sedang menalukan hubungan seks dalam sebuah ambulans SolentLakukan hubungan intim dalam ambulans dua petugas kesihatan dipecatLONDON Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditang...
Doktor Pakar Di Sapina Ke Mahkamah Untuk Jelaskan Masalah Kesihatan Presiden Umno

Doktor Pakar Di Sapina Ke Mahkamah Untuk Jelaskan Masalah Kesihatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 156 hits
Doktor pakar di Sapina ke Mahkamah untuk jelaskan masalah kesihatan Presiden UMNO Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan menyapina seorang doktor pakar daripada sebuah hospital swasta untuk menjelaskan di mahkamah keadaan k...
Mahkamah Tinggi Keluarkan Sapina Kepada Doktor Pakar Untuk Jelaskan Kesihatan Ahmad Zahid

Mahkamah Tinggi Keluarkan Sapina Kepada Doktor Pakar Untuk Jelaskan Kesihatan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 227 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan menyapina seorang doktor pakar daripada sebuah hospital swasta untuk menjelaskan di mahkamah keadaan kesihatan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana tertuduh tidak h...
Amri Yahyah Buktikan Otak Mata Dan Kakinya Bergerak Seiring

Amri Yahyah Buktikan Otak Mata Dan Kakinya Bergerak Seiring

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 226 hits
Apabila orang kritik saya saya tidak tunduk sebaliknya ia memberikan saya lebih kekuatan Zlatan Ibrahimovic Persembahan memukau otai Liga Super Amri Yahyah terus mencuri tumpuan sungguhpun tidak lagi menjadi fenomena seperti dulu dulu Sungg...
Buasir Otak Tv Diganggu Makhluk Aneh Di Asrama

Buasir Otak Tv Diganggu Makhluk Aneh Di Asrama

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 308 hits
Sebuah kisah seram di sekolah asrama diganggu makhluk aneh ketika sedang belajar di study room pada jam 3 pagi Jom tonton animasi ini
Hanya 4 Kes Kematian Libat Individu Lengkap Divaksin Kata Kp Kesihatan

Hanya 4 Kes Kematian Libat Individu Lengkap Divaksin Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 256 hits
80 kematian atau 0 6 hanya menerima satu dos suntikan vaksin Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid 19 Gambar Bernama Audit data terbaru terhadap jumlah kematian akibat Covid 19 di negara ini menun...
Pihak Berkuasa Kesihatan Perlu Bantuan Kerajaan Sabah Diberitahu

Pihak Berkuasa Kesihatan Perlu Bantuan Kerajaan Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 296 hits
ADUN Luyong Phoong Jin Zhe berkata petugas kesihatan dibanjiri pesakit dan memerlukan lebih banyak tenaga kerja dalam pelbagai bidang KOTA KINABALU Seorang ADUN DAP Sabah menggesa kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah memainkan per...
Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 356 hits
Yang perlu dipastikan sudah lengkap divaksin ialah guru guru dan kakitangan sekolah KUALA LUMPUR Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 September ini tidak perlu ditangguhkan sehingga semua pelajar selesai divaksin...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan