Syukur Menjemput Berkat Merungut Mengundang Malang
Manusia dicipta hanyalah untuk beribadah kepada Tuhan. Ini satu konsep asas yang semua perlu hadam. Apa jua aktiviti yang dibuat adalah kerana Allah swt ia akan jadi ibadah. Contohnya tugas mulut adalah menyampaikan yang baik-baik sahaja lainkata berdakwah.
Apabila mulut diguna selain tujuan itu khasnya untuk tugas-tugas lain seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya maka kita telah salahguna fungsi mulut dan ini pasti berdosa. Begitu juga dengan konsep syukur. Kena fahamkan betul-betul.
Mudah saja. Fikir secara lurus. Redha.
Begini …..
Apa jua keadaan yang kita berada sekarang samada dalam keadaan baik atau buruk – syukurlah.
Mengapa?
Ini adalah kerana keberadaan kita sekarang adalah sudah ditakdirkan. Dan kita sekarang berada dalam kehidupan atau jalan yang terbaik yang ditentukan oleh Allah swt. Satu-satunya pilihan bijak yang mesti dibuat adalah syukur.
Maka syukurlah. Itulah yang kita diwajibkan untuk buat sebagai ibadah dan kita dibalas dengan pahala. Allah swt juga berjanji didalam Al Quran kepada siapa yang bersyukur akan diberikan ganjaran lagi yag berlipat kali ganda.
Tetapi ……
Sebaliknya jika tidak bersyukur malah memberontak, merungut, menyalahkan Tuhan, komplen sana sini maka balasan buruk akan diberikan.
Sebabnya?
Itu bukan ibadah. Manusia dicipta hanya untuk beribadah. Jika manusia tidak beribadah dan memberi reaksi negatif maka itu sudah menyalahi syarat Allah swt yang boleh diturunkan bala.
Lebih banyak reaksi negatif diberi lebih banyak dosa terhasil dan oleh itu terus-terusan berada dalam keadaan negatif yang menarik nasib tidak baik.
Seeloknya teruskan beribadah dan elakkan dari berbuat dosa.
Secara mudahnya, syukurlah dalam semua keadaan pun pasti Allah swt akan membela nasib anda ke arah yang lebih baik.
Katakuncinya sabarlah sewaktu sedang diuji kerana rahmat yang sangat besar sedang menanti anda didepan sana sebagai ganjaran anda melaksanakan fungsi sebagai seorang manusia yang menjalankan ibadah seperti yang telah disyaratkan oleh Yang Maha Pencipta.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://affiliatesecretfornewbie.com/syukur-menjemput-berkat-merungut-mengundang-malang/