Syed Saddiq Akan Bertanding Di Muar Guna Tiket Warisan Di Pru15
Syed Saddiq disamping mural wajah Shafie apdal dengan mesej Unity (perpaduan) menggunakan warna-warna daripada bendera Sabah ketika berkunjung ke Kota Kinabalu.
Pendaftaran tidak diluluskan, MUDA mungkin bersama Warisan?
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU15) di bawah tiket Warisan.
Presiden parti yang berpangkalan di Sabah itu, Shafie Apdal membayangkan keterbukaannya terhadap idea berkenaan, dalam pada pihaknya melihat untuk mengembangkan sayap ke Semenanjung.
“Kami memutuskan tidak akan bertanding di semua negeri, sebaliknya kawasan terpilih. Contohnya dalam PRU akan datang saya telah mencadangkan perkara ini kepada Syed Saddiq kerana pendaftaran MUDA telah ditolak Pendaftar Pertubuhan.
“Beliau dalam keadaan sukar untuk bertanding di masa depan. Memandangkan ada antara rakan seperjuangannya adalah golongan profesional termasuk doktor dan peguam, adalah baik untuk mereka bersama kita turut membantu mentadbir negara.
“Jadi saya fikir, apa salahnya?” katanya dalam forum bertajuk “Where Does Malaysia Go From Here?” anjuran Oxford & Cambridge Alumni Network Malaysia.
Shafie Apdal berkata, Warisan akan memilih kerusi yang akan dipertandingkan di Semenanjung pada pilihan raya umum akan datang. Shafie berkata, walaupun tiada niat memecahkan undian dengan membawa Warisan ‘melintasi’ Laut China Selatan, parti itu tetap mempunyai hak untuk menonjolkan diri di Semenanjung.
Menurutnya, jika parti seperti Umno, DAP dan PKR boleh berada di Sabah, tiada sebab untuk Warisan juga tidak boleh hadir di Semenanjung.
Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal sebelum ini sudah memaklumkan hasrat mereka untuk lebarkan sayap ke Semenanjung. -Gambar fail “Namun kita tidak akan meletakkan Warisan di Langkawi atau Jerlun. Saya masih memerlukan rakan-rakan sekutu,” katanya merujuk kepada kerusi Parlimen dipegang Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Warisan mampu menyediakan platform untuk golongan muda yang sukar mendapat tempat dalam parti lain.
Berhubung krisis politik kini, Shafie berkata beliau tidak bersetuju sekiranya darurat dilaksanakan lagi, atau untuk pelaksanaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) kerana mampu memberi kesan terhadap pelabur.
Shafie bayangkan kemungkinan bendera Warisan berkibar di Muar Tambahnya, darurat yang dilaksanakan baru-baru ini juga tidak membantu dalam mengekang Covid-19 malah bilangan kes dan kematian meningkat.
Bagaimanapun, katanya, apa yang terbaik adalah untuk satu badan merangkumi golongan pakar membawa negara keluar dari krisis. Muda gabung Warisan? Tunggu, kata Syed Saddiq Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat pengumuman berhubung desas-desus partinya itu bergabung dengan Warisan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ahli parlimen Muar itu tidak menyatakan secara jelas bila ia akan diumumkan.
"Kita nantikan pengumumannya," katanya ringkas menerusi Live Facebook, malam tadi.
Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas adakah dia bersetuju Muda dan Warisan bergabung dalam program “Borak Jam 10” berjudul “Kita Unite” malam tadi.
Program bual bicara yang disiarkan menerusi Live Facebook itu turut menampilkan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Terdahulu, Muda dilaporkan akan bergabung dengan Warisan tidak lama lagi bagi membolehkan aktivis dan penggeraknya menyertai pilihan raya umum akan datang.
Langkah itu dikatakan kerana Muda gagal mendaftar sebagai sebuah parti yang sah.
Pun begitu, bekas menteri belia dan sukan itu memuji kepimpinan Shafie.
Syed Saddiq menyifatkan gaya atau corak politik bekas ketua menteri Sabah itu sangat baik untuk Malaysia.
"Agak sukar untuk kita lihat pemimpin diperingkat tertinggi seperti Datuk Seri Shafie yang terbuka telah pun menerima konsep Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, menerapkan konsep perpaduan yang sangat unity yang sangat utuh dan kukuh bagi negeri Sabah dengan berjayanya dan seperti yang saya tekankan tadi saya rasa sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, saya fikir ini bagus untuk Malaysia.
"Bagus juga untuk bangsa saya, agama saya dan ia harus diraikan bersama dan saya fikir untuk platform itu saja, kita perlu tubuhkan salah satu platform yang betul-betul berbilang bangsa, agama, moderate, yang fokus kepada pembaharuan dasar-dasar negara, polisi berdasarkan politik berbanding politik peribadi dan saya yakin dengan melihat prestasi yang Datuk Seri Shafie berjaya lakukan di Sabah saya fikir ia bagus untuk kita semua," katanya.
Sebelum ini, Warisan telah menukar perlembagaannya dari parti Warisan Sabah kepada Warisan sahaja bagi membolehkan parti ini bergerak ke Semenanjung.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/syed-saddiq-akan-bertanding-di-muar.html