Syed Mokhtar Tak Beli Syarikat Utusan Melayu Berhad Baca Perkongsian Bekas Pekerja


Sedia maklum, usaha untuk menyelamatkan syarikat penerbitan surat khabar tertua negara, Utusan Melayu (M) Berhad menemui jalan buntu. Utusan Melayu telah pun menhantar memo penutupan syarikat kepada semua pekerja dan menamatkan operasi mereka pada minggu lepas.
Beberapa hari selepas berita mengejutkan ini keluar, Syed Mokhtar dikatakan membeli syarikat ini sekalugus memberi harapan baru kepada semua staf mereka yang diberhentikan. Ada yang beranggapan ini adalah salah faham. Justeru, bekas pekerja Utusan Melayu, Khairul Azmi Kamaludin tampil memberi penjelasan yang boleh membetulkan salah faham ini.
Assalamualaikum
Dalam beberapa hari ini agak viral satu berita daripada Berita Harian Singapura dengan tajuk “Syed Mokhtar Albukhary beli Utusan, Akhbar itu dijangka diterbit semula” bertarikh 11 Oktober 2019.
Rasa terpanggil untuk menceritakan situasi yang lebih tepat. Pada saya tajuk berita tersebut membuatkan sesetengah orang keliru. Ada yang buat andaian Syed Mokhtar sudah menyelamatkan syarikat Utusan dan menyangka pekerja utusan boleh kembali bekerja semula.
Ada 2 perkara berbeza disini yang kena difahami terlebih dahulu:
1. Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad
2. Suratkhabar Utusan Malaysia dan Kosmo
Sedikit penjelasan daripada saya, mungkin saya tersilap mohon betulkan.
1. Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang memiliki permit penerbitan.
2. Dalam bulan September 2019 (tak pasti tarikh sebenar), permit penerbitan akhbar dipindahkan ke sebuah anak syarikat milik Kumpulan Utusan iaitu Dilof Sdn. Bhd. Jika dilihat pada belakang akhbar, Utusan Malaysia diterbitkan oleh Dilof Sdn Bhd dan dicetak oleh Utusan Melayu (M) Berhad.
3. Khabar angin bertiup mengenai minat Syed Mokhtar untuk membeli saham utusan dan menjadi pemilik baharu. Tetapi timbul persoalan adakah Syed Mokhtar nak beli syarikat yang banyak hutang?
4. 7 Oktober 2019, Utusan Melayu (M) Berhad melepaskan 70 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Langkah ini dibuat untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana berkenaan.
5. Utusan Malaysia dan Kosmo sudah dijual. Jadi Utusan Melayu (M) Berhad sudah tiada produk. Ayat mudahnya nak berniaga apa lagi kalau produk utama sudah dijual.
6. 8 Oktober 2019, keluar pelbagai khabar angin dalam whatsapp dan facebook. Keadaan semakin meruncing. Langit semakin gelap. Kilat sabung-menyabung.
7. 9 Oktober 2019. Inilah tarikh keramat yang akan diingati semua pekerja utusan. Pada jam 10:02 minit pagi kami menerima memo terus daripada pejabat Datok Aziz meminta semua pekerja mengosongkan meja masing-masing sebelum jam 1:00 petang. Perasaannya waktu itu hanya tuhan yang tahu.
8. Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator). Aset akan dicairkan untuk membayar hutang. Katanya kalau ada lebihan dapatlah pampasan kepada pekerja.
9. Bijaknya Syed Mokhtar membeli saham Dilof Sdn Bhd iaitu anak syarikat Utusan yang mempunyai permit penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo. Beliau tidak membeli syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.
10. Memang benar satu suratkhabar baharu akan diterbitkan oleh Media Mulia Sdn Bhd (sebelum ini Aurora Mulia Sdn Bhd). Tun M juga ada menyebut pekerja utusan akan diserap masuk ke dalam syarikat baharu ini persoalannya berapa ramai. Yang pasti tak ramai. Cukup pekerja yang terlibat editorial dan produksi untuk menerbitkan sebuah akhbar.
11. Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.
“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” katanya.
12. Tunggakan gaji masih ada untuk September dan Oktober. Tak tahulah bila akan dapat. Pampasan? Entahlah.
13. Diserap semula. Tak perlu menaruh harapan.
14. Jadi walaupun Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan, ia oleh tuan yang baharu.
15. Arkib yang terdapat di Utusan Melayu sangat bernilai dan tak ternilai harganya. Apalah nasib khazanah berharga ini. Bayangkan koleksi akhbar utusan 80 tahun tersimpan rapi dari keluaran pertama sehinggalah keluaran terakhir 9 Oktober 2019.
16. Apa nasib pekerja utusan?
Apa nasib anak-anak syarikat utusan yang lain?
Apa nasib arkib utusan?
Apa nasib produk utusan yang lain seperti Utusan Online, Kosmo Online, Tutor A+, Baitul Hikmat, Quloo dan lain2.
Apa nasib 3 juta buku-buku terbitan UPND?
Tiada happy ending cuma mengharapkan ada sedikit pembelaan dan pampasan yang bersesuaian.

𝙆𝙚𝙨𝙞𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, 𝙎𝙮𝙚𝙙 𝙈𝙤𝙠𝙝𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 anak syarikat Utusan iaitu Dilof Sdn Bhd yang memiliki 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙞𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙚𝙧𝙗𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙝𝙗𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 (𝙈) 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙.
Utusan Melayu ialah suara keramat orang Melayu dan ia bermula dengan keringat dan air mata wartawan Melayu yang komited pada tahun 1939.
Bermula dengan air mata dan berakhir juga dengan air mata (campur sikit air hujan). Kebetulan pulang ke rumah pada Rabu 9 Oktober 2019 menaiki motosikal dalam hujan yang sungguh lebat. Lebat sungguh, jarak penglihatan terhad. Jiwa kosong. Mengalir juga air mata jantan bercampur percikan hujan. Syahdu weh.

Namun begitu saya yakin Syed Mokhtar mampu mengembalikan kegemilangan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Hiduplah walaupun tanpa kami. Terkorban atau berkorban itu akan jadi sebahagian episod kehidupan kami. Selamat maju jaya kepada Media Mulia Sdn Bhd.

19 Ogos 2019 – Piket oleh NUJ
Piket nie pun ada kebaikan dan keburukan.
Kebaikannya bantuan datang dalam pelbagai bentuk. Sokongan semakin bertambah. Jualan akhbar meningkat begitu juga utusan digital e-paper. Pada masa ini dirasakan sinar cahaya semakin terang. Namun rupanya ia bersifat sementara. Apabila umum mengetahui masalah utusan. Pemiutang mula risau hutang-hutang mereka. Dahulu boleh bayar ansur, boleh buat loan dan boleh bincang2. Keadaan berubah. Awan mendung kembali. Kali ini terus lebat membadai. Keadaan semakin menghimpit. Kita merancang Tuhan tentukan. Akhirnya tanggal 9 Oktober 2019 berkuburlah syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Tempat cari makan dari generasi ke generasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/syed-mokhtar-tak-beli-syarikat-utusan-melayu-m-berhad-baca-perkongsian-bekas-pekerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhbar Utusan Kosmo Kini Milik Aurora Mulia Syed Mokhtar Media Prima Berhad

Akhbar Utusan Kosmo Kini Milik Aurora Mulia Syed Mokhtar Media Prima Berhad

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 846 hits
KUALA LUMPUR Utusan Melayu Berhad akan melepaskan 70 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd Dalam satu kenyataan Utusan berkata Dilof adalah anak syarikat 100 peratus miliknya yang juga pemegang...
Syed Mokhtar Al Bukhary Beli Utusan Malaysia

Syed Mokhtar Al Bukhary Beli Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 245 hits
Media Utusan Malaysia yang dilaporkan berhenti beroperasi minggu lalu bakal bernafas semula selepas dibeli oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Lapor Berita Harian Singapura langkah itu bagi memastikan akhbar tertua Malaysia itu ter...
Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 330 hits
Sebelum ini kita mendengar ura ura berkenaan pembelian Utusan Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan kini ternyata ianya benar setelah Berita Harian Singapura ada melaporkan tentang penjualan sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof...
Firma Berkait Syed Mokhtar Kini Pemilik Permit Akhbar Utusan

Firma Berkait Syed Mokhtar Kini Pemilik Permit Akhbar Utusan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 418 hits
MALAYSIAKINI Sebuah firma berkait Syed Mokhtar Al Bukhary akan menjadi pemilik majoriti syarikat yang memegang permit percetakan Kosmo dan Utusan Malaysia Dalam satu kenyataan semalam Utusan Melayu Bhd berkata ia akan melupuskan 70 peratus ...
Terima Kasih Warga Utusan Semoga Roh Intelektualisme Dan Kewartawanan Melayu Tidak Hilang Ismail Sabri

Terima Kasih Warga Utusan Semoga Roh Intelektualisme Dan Kewartawanan Melayu Tidak Hilang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 294 hits
Kepada semua tenaga kerja Syarikat Utusan Melayu Berhad atau Utusan Malaysia terima kasih kerana anda terus setia hingga ke akhirnya ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Bera itu juga berharap semoga roh inte...
862 Pekerja Utusan Keliru Status Berhenti Atau Cuti Tanpa Notis

862 Pekerja Utusan Keliru Status Berhenti Atau Cuti Tanpa Notis

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu Bhd Mohd Taufek Razak mendakwa pihaknya keliru dengan nasib pekerja syarikat itu yang hanya dimaklumkan diberi cuti sehingga hujung bulan Beliau...
Netizen Diajak Bersama Bantu Pekerja Utusan Yang Dibuang

Netizen Diajak Bersama Bantu Pekerja Utusan Yang Dibuang

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 9 Okt Perkataan Utusan telah menjadi salah satu daripada lima carian paling tinggi dalam talian berikutan laporan penutupan syarikat akhbar itu hari ini atas masalah kewangan Berita mengejutkan tersebut telah menerbitkan pelbag...
Utusan Melayu Dah Tutup 9 Oktober 2019

Utusan Melayu Dah Tutup 9 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 392 hits
Utusan Melayu Dah Tutup 9 Oktober 2019Sedih pula bila baca Utusan Melayu secara rasmi dah tutup pada 9 Oktober 2019 Menurut pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir langkah penutupan Utusan terpaksa diambil oleh kerana syarikat t...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord