Syarikat Kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Didenda Rm14 500


The Reporter

Syarikat milik usahawan kosmetik Nur Sajat hari ini didenda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas 17 pertuduhan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dua tahun lepas.


Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili dua pengarahnya iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, dan Ashaari Maznan, 44, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi.


Hanie Dzatul Akhmar menjatuhkan hukuman denda RM12,000 bagi 12 pertuduhan manakala masing-masing RM500 bagi lima lagi pertuduhan terhadap syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.


Mengikut 11 pertuduhan, OKS didakwa memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar dan lima kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi di pejabat syarikat berkenaan di Jalan Serai Wangi K16/K, Seksyen 16 pada 15 Ogos 2018 pada 11.40 pagi.


OKS juga didakwa dengan satu pertuduhan iaitu menjual keluaran yang bukan keluaran berdaftar kepada seorang wanita di lokasi dan tarikh yang sama kira-kira 11.35 pagi.


Bagi kesalahan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar, OKS didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.


Bagi kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi pula, OKS dituduh mengikut Peraturan 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.


Jika disabit kesalahan bagi kesemua pertuduhan, OKS boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.


Pegawai Pendakwa daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Nor Afizah Latip memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada OKS sebagai pengajaran memandangkan Akta Kawalan Dadah diwujudkan sebagai kawalan kepada keselamatan kualiti produk bagi tujuan melindungi kesihatan awam.


Peguam bela OKS, Hasshahari Johari Mawi menyatakan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pengarah memohon maaf terhadap kekhilafan dan kesilapan itu malah berjanji untuk lebih berhati-hati supaya tidak melanggar peraturan selepas ini.


"Barang-barang kes yang dijumpai itu juga bukan untuk jualan besar-besaran. Ia adalah sampel yang disimpan oleh syarikat bagi tujuan rujukan," katanya.


Sebelum ini difahamkan Nur Sajat telah dikenakan waran tangkap pada 12 Mac lalu selepas gagal hadir di mahkamah bagi prosiding kes itu.


Sumber: Bernama


October 13, 2020 at 07:51AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2020/10/syarikat-kosmetik-muhammad-sajjad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Produk Tak Berdaftar Ada 17 Pertuduhan Muhammad Sajjad Didenda Rm14 500

Jual Produk Tak Berdaftar Ada 17 Pertuduhan Muhammad Sajjad Didenda Rm14 500

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 255 hits
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didenda RM14 500 atas 17 pertuduhan oleh Mahkamah Majistret di sini kerama memiliki dan menjual produk tidak berdaftar dan bernotifikasi di bawah syarikatnya Nur Sajat Aesthetic ...
Muhammad Sajjad Akan Didakwa Lagi Dengan 17 Pertuduhan

Muhammad Sajjad Akan Didakwa Lagi Dengan 17 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 170 hits
Usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman akan didakwa sekali lagi di atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar di Mahkamah Kajistret Shah Alam esok nbsp Lelaki itu berdepan dengan 17 pertuduhan yang membabitkan 11 produ...
Izinkan Nur Fatin Pandu Myvi Tanpa Lesen Tunangnya Mengaku Bersalah Didenda Rm3 300

Izinkan Nur Fatin Pandu Myvi Tanpa Lesen Tunangnya Mengaku Bersalah Didenda Rm3 300

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 604 hits
Pemandu Myvi yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa seorang bapa kepada tiga orang anak telah dijatuhkan hukuman penjara Kini tunangnya pula dikenakan hukuman denda Nuraiman Fathi Mohd Zukki 23 tunang kepada Nur Fatin Nasrah Suh...
Wanita Tawar Khidmat Seks Menerusi Michat Didenda Rm3 000

Wanita Tawar Khidmat Seks Menerusi Michat Didenda Rm3 000

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 421 hits
Seorang wanita didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini kerana menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi MiChat Tertuduh berusia 35 tahun turut berdepan empat bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda berkena...
Didenda Rm6 000 Benarkan Pati Tinggal

Didenda Rm6 000 Benarkan Pati Tinggal

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 201 hits
DIDENDA RM6 000 BENARKAN PATI TINGGAL KUALA TERENGGANU Dua pemilik resort di Pulau Perhentian Besut didenda RM6 000 setiap seorang di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah membenarkan pendatang asing tanpa izin tinggal di p...
Tiga Peti Besi Dipecah Kedai Serbaneka Kerugian Rm14 661

Tiga Peti Besi Dipecah Kedai Serbaneka Kerugian Rm14 661

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA BERANG 15 Okt Pemilik kedai serbaneka di Sungai Banjar di sini kerugian RM14 661 apabila tiga buah peti besi berisi wang tunai yang diletakkan dalam premis berkenaan dipecahkan pencuri pagi tadi Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Depu...
Ceupacs Mahu Proses Siasatan Semula Kematian Muhammad Adib Diselesai Segera

Ceupacs Mahu Proses Siasatan Semula Kematian Muhammad Adib Diselesai Segera

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 277 hits
SEREMBAN Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam mahu pihak berkuasa menyelesaikan segera proses siasatan semula berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memastikan keadilan sebenar dapat ditegakka...
U Mobile Celcom Dan Tune Talk Antara Yang Didenda Atas Pendaftaran Kad Sim Prabayar Palsu

U Mobile Celcom Dan Tune Talk Antara Yang Didenda Atas Pendaftaran Kad Sim Prabayar Palsu

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 334 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka mengeluarkan kompaun sebanyak RM700 000 pada 1 Oktober 2020 kepada sejumlah syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat p...
Nasab Keturunan Nabi Muhammad Saw Quraisy Mengambil Alih Makkah

Nasab Keturunan Nabi Muhammad Saw Quraisy Mengambil Alih Makkah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 441 hits
Nasab Keturunan Nabi Muhammad SAW Quraisy Mengambil Alih MakkahUstaz Abdullah Bin DinTimbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama KedahTimbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Kedah
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Sarapan Pagi Wesak Day

Advice To Senior Citizens

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Cleansing Oil Buat Kulit Bersih Dan Cantik Berseri Seri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation

Feng Shui Creating Harmony And Balance In Your Living Space

Rafizi Beritahu Perwakilan Pkr Supaya Mengundi Nurul Izzah

Naib Presiden Umno Optimis Dengan Masa Depan Parti Itu Golongan Muda Akan Terajui Bibit Kebangkitan

Guna Bahan Premium Kieda Crepe Perjelas Dakwaan Jual Tiramisu Mahal Cara Buat Sangat Susah