Syahmi Sazli Youtuber Yang Aktif
Siapa yang tak kenal dengan Syahmi Sazli iaitu seorang youtuber Malaysia yang meraih pendapatan hanya melalui video yang beliau hasilkan. Hebatkan pemikiran orang seperti ini?
Sebenarnya beliau hasilkan video bukan saja mendapat pendapatan yang dipublish di Youtube dan Facebook malah mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat yang ingin mempromosikan produk melalui video yang beliau hasilkan.
Aku cukup respect dengan orang yang hebat dalam hidupnya walaupun dalam paper tidak hebat. Aku tidak katakan Syahmi Sazli ni tidak hebat dalam paper sebab aku tidak tahu latar belakang pendidikan beliau.
Apa yang aku ingin nyatakan di sini adalah, orang yang tidak hebat dalam paper tidak semestinya gagal dalam hidup. Dari hasil pemerhatian aku, orang yang gagal dalam paper inilah hidupnya lebih berjaya dan bebas. Syaratnya asalkan rajin dan berusaha mencari sesuatu.
Di sini aku nak kongsikan sedikit info biodata Syahmi Sazli. Aku ni cukup “pantang” bila tengok orang berjaya, aku mesti cari biodatanya. Bukan niat lain tetapi untuk ambil motivasi darinya.
Hasil pencarian aku, ini yang aku dapat biodata Syahmi Sazli
Umur: 22 Tahun (2019)
Tarikh Lahir : 23 Mac 1997
Tempat Lahir: Kelantan
Kini beliau sudah beristeri dan memiliki cahaya mata. Makin bertambah idea dan rezeki berlimpah ruah.
Dengan kehadiran pelakon yang hebat dan paling popular sekali adalah sepupu beliau sendiri iaitu dikenali dengan nama 'asif'.
Di mana sekarang sedang viral dengan gelagat spontan si asif
Anggaran Pendapatan Dengan YoutubeDi bawah ini adalah aku buat anggaran pendapatan beliau dengan youtube melalui applikasi YouTube Money Calculator
Semasa artikel ini ditulis, subscriber beliau adalah sebanyak 760,299 subscriber. Dengan jumlah ini, setiap video yang beliau post boleh mencapai pendapatan sebanyak USD5401. Dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM22,000
Walaubagaimanapun ini adalah hanya anggaran sahaja. Tetapi anggaran ini tidak pernah lari jauh dari jumlah sebenar.
PopularitiUkuran populariti pula aku menggunakan applikasi Wizdeo.com. Biasanya ukuran populariti ni adalah tepat dan benar
Jika kita lihat kategori Subscribers di YouTube, Syahmi Sazli mendapat tempat ke 12 dalam Malaysia. Views pula mendapat tempat ke 30 dan Rangking keseluruhan adalah pada nombor 8 (Ukuran ini dibuat pada 9/Mac/2019 dan berubah mengikut masa)
Not bad. Ketiga-tiga kategori semuanya beliau hebat
Aku akui nak buat video bukan senang. Terutama jenis video seperti Syahmi Sazli ni buat. Kena proaktif, kena pandai ambil pelakon, kena pandai bekerjasama dengan penduduk setempat dan sebagainya. Sebab video yang beliau hasilkan bukan video solo
Dan nak buat video ni juga bukan percuma. Antara kos yang terlibat adalah bayar pelakon, kamera yang digunakan mestilah bagus, sound mesti setting baiknya punya dan grafik mestilah jelas. Barulah video ada kualiti. Bila ada kualiti dengan sendiri subscriber akan bertambah
Di samping itu beliau juga banyak memperkenalkan produk yang terkenal dan menjadi ajen dropship kepada produk yang beliau promote samaada di dalam video drama mahupun di FB Live.
Dan kini juga memiliki bisnes santan di Kelantan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/AdajewDotNet/~3/lNkC4YeYgGo/syahmi-sazli-youtuber-yang-aktif.html