Syahadah Di Bumi Labuan Cerita Oleh Ustaz Firdaus Wong




Alhamdulilah. Allahuakbar. Seorang penganut Kristian memeluk Islam di Labuan. Sila baca bagaimana hebatnya aturan Allah Subhana Wa Ta’ala sehingga hambaNya itu memeluk Islam. 
Setiba di Labuan, mengikut perancangan asal saya akan dibawa untuk minum di sebuah kedai tetapi QadarAllah, kedai itu yang kebiasaannya buka pada Ahad pula ditutup. Maka kami meneruskan perjalanan ke kedai lain untuk minum dulu dan apabila melalui Terminal Jeti Labuan, azan dari Surau Nurul Islam berkumandang dan kami berhenti untuk solat Maghrib

Seusai solat Maghrib, saya dimaklumkan bahawa ustaz yang sepatutnya memberikan ceramah tidak hadir dan mereka meminta saya untuk mengisi kekosongan di mana saya berbesar hati dapat berkongsikan sedikit ilmu dengan jemaah

Terdapat satu pintu utama ke surau dan satu pintu belakang dan saya keluar menerusi pintu belakang. Setelah selesai memakai kasut, seorang individu menyapa saya untuk bergambar dan seusai bergambar, beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau meminati ceramah saya serta mengikuti Facebook saya sejak setahun lalu dan mengatakan beliau beragama Kristian. 
Dalam hati, saya terkejut seorang penganut agama Kristian meminati ceramah saya. Saya mengajaknya untuk minum sementara saya menunggu sahabat selesai solat Isyak

Semasa minum, beliau memaklumkan beliau sepatutnya perlu ke Miri petang tadi tetapi beliau terpaksa ditunda atas sebab teknikal. Sewaktu beliau di kawasan jeti, beliau ternampak saya membuat ‘FB Live’ dari Surau Nurul Islam Labuan dan terus ke situ untuk mendengar ceramah saya luar. 
Beliau memberitahu saya bahawa beliau telah mendalami Islam dan amat meminati Islam lalu saya bertanya kepada dia ada apa yang dia tidak suka pada Islam setelah beliau membelajarinya selama ini dan adalah apa-apa perkongsian saya di Facebook yang beliau merasa kurang puas hati sebagai penganut Kristian dan beliau mengatakan tiada apa yang beliau tidak suka tentang Islam dan tiada apa yang saya kongsikan di Facebook yang tidak disukainya. Alhamdulilah

Lalu saya memberanikan diri bertanya kepadanya, apakah yang saya boleh bantu beliau untuk segera memeluk Islam lalu beliau menjawab dengan bertanya, ‘Apa yang ustaz boleh bantu saya?’. 
Saya memberitahu beliau bahawa saya boleh membantu beliau memeluk Islam dengan membimbing beliau mengucap dua kalimah dan mendapatkan bantuan sahabat saya dari Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) Labuan untuk membawanya ke pejabat agama esok untuk pendaftaran memeluk Islam. Alhamdulilah beliau bersetuju dan saya membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah di restoran sahaja

Semasa kami dalam perjalanan untuk usrah bersama sukarelawan BAKIP Labuan, beliau menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada saya yang membuatkan saya tersentuh dan semakin kagum dengan aturan Allah Subhana Wa Ta’ala;
‘Ustaz, terima kasih jadikan (saya) seorang (beragama) Islam....terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya saya berdoa (agar) ustaz yang Islamkan saya selama ini..tak sangka makbul juga.’
SubhanAllah. Allahuakbar. Hebat aturan Allah. Bagaimana kami yang sepatutnya minum di kedai yang biasanya dibuka hari Ahad tetapi tutup dan bagaimana dalam perjalanan singgah solat di surau yang ustaz yang sepatutnya memberikan kuliah tidak dapat hadir lalu saya diberikan peluang mengisi kekosongan

Bagaimana beliau yang sepatutnya ke Miri tetapi ditunda dan QadarAllah ternampak FB Live saya dan kemudian hadir mendengar dan akhirnya beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk kembali kepada Islam

Syukur Allah jadikan saya sebagai asbab untuk beliau kembali kepada Islam. Tiada kebetulan kerana yang ada hanyalah suratan takdir yang sebagai seorang yang beriman kita beriman bahawa ada hikmah tersirat dalam setiap insiden dan aturanNya. Alhamdulilah

Selamat kembali ke agama fitrahmu wahai saudaraku. Alhamdulilah. Allahuakbar

#islam #dakwah #muslim #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #firdauswonglabuan #firdauswongbroazimlabuan #syahadahlabuan
FB Ustaz Firdaus Wong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/11/syahadah-di-bumi-labuan-cerita-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Adalah Syahadah Paling Nervous Firdaus Wong Menangis Giliran Ibu Ucap Kalimah Syahadah

Ini Adalah Syahadah Paling Nervous Firdaus Wong Menangis Giliran Ibu Ucap Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 481 hits
Penceramah bebas Firdaus Wong memuatnaik satu khabar gembira di laman Facebook peribadinya itu kerana berjaya mengislamkan ibu kandung dengan mengucap dua kalimah syahadah di Multiracial Reverted Muslim dengan bersaksikan beberapa individu ...
Pengislaman Daud Kim Dan Ibu Ustaz Firdaus Wong

Pengislaman Daud Kim Dan Ibu Ustaz Firdaus Wong

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 823 hits
Alhamdulillah Bertambah lagi umat Islam Menukar agama bukan sesuatu yang mudah Banyak pengorbanan yang harus ditempuh Daud Kim masuk islam Gambar https www instagram com p B3O5mnLl0gq Begitu juga yang dihadapi youtuber Korea Jay Kim atau na...
Ibu Firdaus Wong Pula Ucap Syahadah

Ibu Firdaus Wong Pula Ucap Syahadah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 326 hits
Selepas 14 tahun memeluk agama Islam giliran ibu kepada penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung pula mengikut jejak langkah anaknya berhijrah Firdaus penganut asal Buddha berkata ibunya mengucap syahadah petang tadi di pejabat Multiracial Re...
Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 721 hits
Ustaz Firdaus Sebak Tika Pimpin Ibu Peluk Islam Firdaus Wong siapa tidak kenal dengan Ustaz Firdaus ini Beliau antara pendakwah yang tidak kenal lelah untuk sebarkan Islam Inilah kehebatan mereka yang benar benar terima Islam hasil daripada...
Dap Dan Ltte Semua Pihak Ternanti Nanti Firdaus Wong

Dap Dan Ltte Semua Pihak Ternanti Nanti Firdaus Wong

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 231 hits
Dulu Peguam Negara Gugur Kes Guan Eng Siti Kasim Bagaimana Dengan LTTE Firdaus WongBANGI Semua pihak ternanti nanti pendirian Peguam Negara Tommy Thomas dalam mengendalikan siasatan membabitkan individu dalam DAP berkaitan kes kumpulan peng...
Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1128 hits
HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam Lebih menyentuh perasaan beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibu...
Alhamdulillah 9 Ahli Keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong Lafaz Syahadah

Alhamdulillah 9 Ahli Keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong Lafaz Syahadah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 806 hits
Masya Allah seluruh ahli keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong berjumlah 9 orang telah dipermudahkan pengislaman dan pendaftaran keseluruhan pada hari ini 18 Oct 2019 di Pejabat Agama Islam Selangor Daerah Gombak Mari kita mendoakan semoga m...
Padah Bujang Lama Sangat Wanita Dipukul Hingga Lebam Teruk Oleh Ibu Yang Teringin Nak Menantu

Padah Bujang Lama Sangat Wanita Dipukul Hingga Lebam Teruk Oleh Ibu Yang Teringin Nak Menantu

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 412 hits
Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis kerana memukul anak perempuannya berusia 30 tahun sehingga berdarah dan meninggalkan kesan lebam dengan menggunakan besi hanya kerana dia belum berkahwin sahaja Menurut Yangtse Evening News Lin ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti