Syabas Pas Sedia Berdepan Siapa Saja Insya Allah Al Hamdulillah


 
Wan Rohimi Wan Daud
PAS sedia berdepan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman
KUALA TERENGGANU: PAS tidak takut menghadapi pilihan raya untuk berdepan dengan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata PAS sanggup menyertai mana-mana pilihan raya walaupun esok pilihan raya itu diadakan.
Beliau menyatakan demikian di sini hari ini, mengulas keputusan Mahkamah Pilihan raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dalam Pilihan raya Umum Ke 15 (PRU15) yang lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata pada 3 Oktober ini adalah permohonan rasmi dari pihak responden dalam kes Petisyen Pilihan raya Parlimen Kemaman itu untuk pergantungan keputusan mahkamah pilihan raya hari ini.
Katanya, pihak responden mempunyai masa 14 hari (sehingga 9 Oktober) untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim hari ini.
“Tadi kita (pihak responden) ada mohon pergantungan sementara (keputusan hakim) sehingga pihak responden memfailkan permohonan rasmi.
“Bagaimanapun bila bincang dengan hakim dalam kamar tadi, beliau memberi ruang sehingga 3 Oktober ini untuk kami memfailkan permohonan rasmi untuk menggantung perintah mahkamah hari ini sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan,” ujarnya.
Menurutnya jawatan ahli parlimen tergugur apabila tiada rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari di bawah Seksyen 36 dan 37 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
“Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh tersebut barulah keputusan hari ini menjadi muktamad.
Jika ada rayuan dalam tempoh itu dia (keputusan itu) akan tergantung, sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut,” jelasnya.
Pihak peguam responden perlu mengambil masa seminggu bagi berbincang dengan pihak Ahli Parlimen Kemaman, PAS Terengganu dan PAS Pusat bagi mendapatkan posisi dan keputusan terbaik untuk kes tersebut.
“Sebab kita tidak takut pilihan raya, kita kalau boleh nak lawan besok terus,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini, menerima petisyen difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Che Alias bagi Parlimen Kemaman pada PRU15.
Keputusan itu dibuat Hakim Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis.
Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan BN dan mengekalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abas membuat keputusan tersebut selepas bersetuju bantahan awal responden Ahli Parlimen Kemaman terhadap petisyen keputusan bagi parlimen tersebut.
Namun, pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan yang dikemuka oleh BN dan pengundi dari Parlimen Kemaman supaya mahkamah mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas PAS sedia berdepan siapa saja. Insya Allah, al-hamdulillah!
Lihat komen ini..
(i) Ini berita KOSMO! ONLINE.. Mahkamah: Kemenangan Pas di Parlimen Kemaman dibatalkan.

Che Alias (dua dari kiri) dan Ahmad (tiga dari kiri) sewaktu keputusan petisyen PRU15 Parlimen Kemaman di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lalu dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan Parlimen terbabit sewaktu kempen PRU15.
Beliau yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pihak responden iaitu
Che Alias membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.
Kesemua petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas dakwaan berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan tersebut sewaktu PRU15.


Pada mulanya, petisyen bagi Parlimen Kemaman tersebut telah dibatalkan di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu.
Begitupun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh setelah rayuan Badan Perhubungan UMNO Terengganu diterima pada 2 Jun lalu.
Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Ahmad (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Pari Pejuang Tanah Air). – 
 
 (ii) Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman  -HARAKAHDAILY 26/9/2023


BERIKUT ialah kenyataan daripada Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat berhubung keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman.
Keputusan petisyen pilihan raya P.040 Kemaman
Tarikh: Selasa | 26 September 2023
Waktu: 10.30 pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Hakim: YA Datuk Anselm Charles Fernandis
Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu sebentar tadi telah membenarkan Petisyen Pilihan Raya P.040 Kemaman dengan kos sebanyak RM30,000.
YA Hakim Pilihan Raya Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan sedemikian dan selanjutkan mengisytihar bahawa YB Che Alias bin Hamid telah dilapor pilih secara tidak sah sebagai Ahli Parlimen bagi Bahagian Pilihan Raya P.040 Kemaman pada 19.11.2022 yang lalu.
Antara alasan yang dikemukakan Hakim ialah pemberian Bantuan Wang Tunai secara One-Off bagi program Ibu Tunggal, Pencen Rakyat, i-Belia dan i-Siswa di ambang PRU15 adalah terjumlah kepada perbuatan mempengaruhi undi (to induce voters) untuk mengundi Responden.
YB Exco/Timbalan Exco yang merasmikan program tersebut dianggap sebagai ejen kepada Responden atas dasar ”common interest” untuk memastikan kemenangan Responden.
Responden mempunyai masa selama 14 hari (tarikh akhir 9.10.2023) untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini.
Peguam-peguam yang bertindak mewakili YB Che Alias Hamid sepanjang perbicaraan petisyen ini adalah:
1. Wan Rohimi bin Wan Daud
2. Yusfarizal bin Yussoff
3. Mohd Faizi bin Che Abu
4. Saifuddin bin Othman
5. Mohd Nasir Embong
6. Dato’ Fariz Irwan bin Dato Mustaffa
26 September 2023 @ 12.42pm
LUHAM Pusat – HARAKAHDAILY 26/9/2023
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/syabas-pas-sedia-berdepan-siapa-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Besar Di Kedah Dulu Pas Anggap Bah Di Pulau Pinang Bala Allah

Banjir Besar Di Kedah Dulu Pas Anggap Bah Di Pulau Pinang Bala Allah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 157 hits
HarapanDaily comBanjir besar di Kedah menyaksikan ribuan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di empat daerah terjejas iaitu Kubang Pasu Kota Setar Pokok Sena dan Baling Namun pemimpin Pas dilihat tahu pula diam tidak mengeluark...
Penyokong Pas Saja Lebih Lebih Penghantar Makanan Pun Akui Silap

Penyokong Pas Saja Lebih Lebih Penghantar Makanan Pun Akui Silap

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 122 hits
HarapanDaily comPenyokong Pas malah ada pemimpin parti itu dilihat memberi reaksi berlebihan berhubung isu penghantar makanan yang motosikalnya disita dalam sekatan jalan raya kelmarin Mereka melatah dan mengambil kesempatan dengan mengecam...
Dulu Saya Rasa Belum Sedia Caprice Teruja Umum Isteri Kini Hamil 5 Bulan

Dulu Saya Rasa Belum Sedia Caprice Teruja Umum Isteri Kini Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 227 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi rap Caprice yang berkongsi perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun lima bulan Bukan tidak mahu berkongsi akui Caprice lagi dia tampil berkongsi selepas mendapat persetujuan dari isteri ter...
Penduduk Russia Didakwa Berdepan Ancaman Pupus

Penduduk Russia Didakwa Berdepan Ancaman Pupus

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 133 hits
KOSMO MOSCOW Kerajaan melancarkan skim baharu bertujuan untuk meningkatkan kadar kelahiran di Russia berikutan kebimbangan mengenai situasi demografi negara berkenaan lapor akhbar Daily Star semalam Akhbar Moskovskij Komsomolets melaporkan ...
Sultan Johor Sedia Laksana Tugas Negara

Sultan Johor Sedia Laksana Tugas Negara

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 283 hits
BernamaSultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di Pertuan Agong menzahirkan kesediaan memi...
Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 145 hits
BENTONG Ahli perniagaan Haslihelmy DM Zulhasli sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai sebagai calon Bebas walaupun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO Ahli UMNO Kampung Sum Sum berusia 36 tahun itu be...
Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 169 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara one off bagi menyelesaikan isu kekurangan 20 000 guru di negara ini Cadangan itu adalah antara lima perkara yang digariskan Pensyarah Pusa...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

New Found Hope Icon S Nostalgic Honda Vf1000f Interceptor Restomod


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Sayur Lemak Fucuk Suhun Masakan Kampung

Sedap Betul Miang Pla Di Dusun Riffaa Changlun

Rahsia Kembali Cantik Selepas Bersalin Misi Mak Mak Supermodel

Membagikan Konten Dakwah Apakah Tetap Mendapat Pahala Meski Tidak Ada Yang Membaca Atau Menontonnya

Bn Cruises To Thumping Win In Mahkota

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa