Syabas Dr Kamarul Dedahkan Dap 13 Mei Lu Mahu Tipu Sapa




DAP tak terlibat 13 Mei: Mahu tipu siapa? -DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF 
TULISAN Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk “Adakah PAS Mahu Tutup 'Bangkai Gajah' Guna Isu 13 Mei?” adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara.

Di dalamnya, Howard Lee menggunakan Kertas Putih Kerajaan bertarikh 9 Oktober 1969, dengan judul penuhnya adalah “The May 13 Tragedy: A Report, The National Operations Council”, untuk menyatakan Peristiwa 13 Mei bukan berpunca daripada DAP tetapi PKM.

Hakikat sebenarnya adalah:

(1) Pada muka surat iv kertas putih ini disebutkan bahawa salah satu punca Peristiwa 13 Mei adalah calon-calon pembangkang dalam PRU 3 yang berkempen atas garis perkauman serta menyerang Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Pada muka surat 21 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan lebih ekstrem sesetengah calon pembangkang dalam PRU 3 yang mempersoalkan hak dari sudut sejarah orang-orang Melayu untuk menganggap diri mereka sebagai Bumiputera.

(3) Pada muka surat 24 kertas putih ini disebutkan mengenai amaran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, di Kuala Pilah pada 15 April 1969 bahawa jika DAP cuba mengubah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan maka akan berlaku huru-hara.

(4) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.

(5) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 10 malam 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan” kepada polis-polis Melayu.

Ekoran Peristiwa 13 Mei ini, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, telah ditahan di bawah Seksyen 11(2)(b) ISA pada 18 Mei 1969 di mana asas utama penahanan ini adalah tindakan beliau mempertikaikan pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera'.

Menjawab pertuduhan terhadap beliau pada 30 Julai 1969, Lim Kit Siang dengan berani mengakui penentangan beliau ke atas pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' kerana beranggapan bantuan perlu diberi berasaskan ‘need’ bukan ‘race’.

Dalam sidang Parlimen pada 3 Mac 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, menggelar Ahli-Ahli Parlimen DAP sebagai seperti “ruthless,  tricky,  smooth,  suave,  slick  political  rogues” yang menggunakan isu-isu sensitif untuk menang dalam PRU 3.

Diungkapkan balik oleh Tun Dr Ismail petikan pelbagai kenyataan sensitif Lim Kit Siang, antaranya yang menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan yang didakwa tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu, tanpa apa-apa bantahan dari wakil DAP.

Semua ini adalah bukti nyata DAP tidak boleh berlepas tangan daripada Peristiwa 13 Mei.

Menariknya, walaupun Lim Kit Siang telah ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969 kerana mempertikaikan pembahagian rakyat kepada 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera', selaras dengan Deklarasi Setapak 1967, hingga kini prinsip ini tetap menjadi pegangan DAP.

Bandingkan sahaja kenyataan Lim Kit Siang mengenai perkara ini sebelum beliau ditahan di bawah ISA, antaranya ialah pada 29 September 1968, 2 November 1968, 7 Januari 1969, 25 Januari 1969, 26 Januari 1969, 7 Mei 1969 dan 13 Mei 1969, dengan kenyataan baru beliau.

Contoh kenyataan baru beliau ini adalah:

(1) “Saya dengan ini mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan” atau “I would therefore call for the abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (10 September 1995).

(2) “DAP mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan segera” atau “DAP calls for the immediate abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (15 September 1995 dan 20 September 1995).

Ini belum lagi diambil kira kenyataan lebih baru Lim Guan Eng dan Anthony Loke. Soalnya kini, setelah menang, bila dan bagaimana pembahagian ini mahu dihapuskan? Cukupkah agaknya dengan pemberian bantuan berasaskan ‘need’ bukan ‘race’ sahaja dahulu? - HARAKAHDAILY 18/5/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Dr Kamarul Zaman! Al-hamdulillah, dedahkan tembelang DAP dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.. DAP, lu mahu tipu sapa? Sama-sama bodoh gaya lu boleh la!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/syabas-dr-kamarul-dedahkan-dap-mei-lu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tak Terlibat 13 Mei Mahu Tipu Siapa

Dap Tak Terlibat 13 Mei Mahu Tipu Siapa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 278 hits
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF HARAKAHTulisan Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak Howard Lee dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk Adakah PAS Mahu Tutup Bangkai Gajah Guna Isu 13 Mei adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakya...
Provokasi Dap Punca Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 Abu Zahar

Provokasi Dap Punca Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 Abu Zahar

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 676 hits
KUALA LUMPUR Peristiwa hitam yang membadai negara menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi dan tindakan biadap anggota parti tamak haloba DAP Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Z...
Sejarah 13 Mei Hanya Dongeng Generasi Muda Patut Lupakannya Edry Faizal Ajk Dap

Sejarah 13 Mei Hanya Dongeng Generasi Muda Patut Lupakannya Edry Faizal Ajk Dap

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 292 hits
Sejarah 13 Mei Hanya Dongeng Generasi Muda Patut Lupakannya Edry Faizal AJK DAP Sejarah 13 Mei Hanya Dongeng Generasi Muda Patut Lupakannya Edry Faizal AJK DAP
Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 654 hits
ULASAN Tragedi 13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai peri pentingnya menjaga hubungan kaum dalam Malaysia Sikap hormat menghormati bertolak ansur bertoleransi dan menjauhi sifat sifat yang terkeji seperti berdengki beriri hati ...
Sekretaris Yayasan Bina Sarana Al Ittihaad Diciduk Diduga Fasilitasi Demo 22 Mei

Sekretaris Yayasan Bina Sarana Al Ittihaad Diciduk Diduga Fasilitasi Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 204 hits
Polisi mengamankan Sekretaris Umum Yayasan Bina Sarana Al Ittihaad Tebet Budiono Dia dikabarkan memfasilitasi massa yang akan menggelar demo 22 Mei di sejumlah lokasi
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm