Swipel Serai Wangi Penghalau Serangga Yang Berkesan Semut Dan Kutu Kucing Pun Bye Bye


Salam dears… Sejak kisah ngeri ‘diserang’ kutu kucing, Serai Wangi AFY Haniff dah jadi salah satu benda yang wajib ada kat rumah kitorang ni. Tu ‘senjata’ Mama untuk halau serangga terutamanya semut, lipas, lalat dan macam macam lagi lah. Ehh korang tahu tak yang sekarang ni Serai Wangi AFY Haniff dah bertukar nama jadi SWiPEL? Haaa baru lah hipster sikit bunyinya kannn hehehe.
Serai Wangi AFY Haniff dah berubah wajah dan nama. Sekarang nama glamornya ialah SWiPEL tau. SWiPEL Serai Wangi Penghalau Serangga Yang Berkesan! Ohh yaa…SWiPEL ialah singkatan untuk ‘Serai Wangi Insect Repellent’. Setakat yang Mama dok guna, SWiPEL memang berkesan untuk halau serangga. Semut, lipas, lalat, kutu kucing pun bye bye!
Tapi dengan penggunaan yang konsisten lah. Macam Mama biasa guna SWiPEL ni setiap minggu. Janganlah sembur sekali ja setahun pastu harap serangga dah gone forever plak hokay…itu ‘angan-angan Mat Jenin’ namanya tu hahaha.
SWiPEL Insect Repellent & Cleaner ni ada dua jenis tau – satu jenis semburan dan satu lagi jenis pekatan. Mama guna kedua duanya. Yang jenis pekatan lagi jimat sebenarnya, tapi disebabkan Mama ni ‘rajin’, maka Mama lebih suka yang jenis semburan sebab bila nak guna boleh terus spray ja lagi senang. Bila nak mop lantai baru Mama bancuh yang jenis pekatan tu.
Mama suka guna SWiPEL Serai Wangi jenis spray ni Fungsi 2-Dalam-1 SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff Bestnya SWiPEL ni ialah ia ada fungsi 2-dalam-1, iaitu sebagai penghalau serangga dan pembersih permukaan (insect repellent and cleaner).
SWiPEL mengandungi pati Serai Wangi yang merupakan bahan aktif citronellol dan berfungsi menghalau serangga secara semulajadi dengan bau ‘tajam’ serai wangi yang tak disukai oleh serangga.
SWiPEL juga bebas DEET (N,N-Diethyl-meta-toluamide) yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar. Jadi Mama rasa lebih yakin nak guna sebab SWiPEL berasaskan bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.
Selain daripada menghalau serangga, SWiPEL juga mengandungi agen pembuihan yang bertindak untuk membersih dan menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria di permukaan.
SWiPEL Serai Wangi ni boleh membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Haaa dalam keadaan sekarang ni memang sangat penting lah untuk kita sentiasa jaga kebersihan di luar dan di dalam rumah gak kan. Kerap kerap lah guna SWiPEL ni untuk bersihkan dapur, meja, mop lantai dan sembur kat sofa dan tilam gak. Kita ikhtiarlah sedaya mungkin untuk jaga kesihatan diri sendiri dan keluarga kita kan?
Ada sesetengah orang akan rasa yang bau SWiPEL ni agak kuat. Ye lah kalau baunya sweet manjah manjah gitu jer, ada yang semut leh releks lengkang kangkung ja kan hehe. Ni bau power, baru lah bersepah lari tak mai dekat dah haaa.
Tapi kalau ikut hidung Mama ni, ok ja baunya. Masa nak sembur tu jarakkan lah jauh sikit dari muka atau pakailah face mask kalau korang jenis yang tak tahan. Kejap ja nanti bau yang kuat tu hilang dah ok dah.
Cara Guna SWiPEL Serai Wangi: Bersihkan permukaan yang ingin disembur terlebih dahulu.Goncang sebelum guna.Putarkan trigger pada stream atau semburan.Sembur dengan jarak 20cm dari objek.Tidak perlu dibilas selepas disembur.Jika digunakan pada tumbuhan atau haiwan cairkan semburan pada nisbah 1:3. Ada Banyak Lagi Produk SWiPEL Kalau korang belum tahu, sebenarnya ada banyak lagi produk dalam rangkaian SWiPEL ni. Bukan setakat semburan dan pekatan saja tapi juga ada kiub penghalau lipas, kiub penghalau tikus, lilin penghalau lalat dan penyegar udara gak.
Ada macam macam produk penghalau serangga dalam rangkaian SWiPEL ni tau Kuib SWiPEL untuk halau tikus Kiub serai wangi SWiPEL untuk halau lipas Kiub Anti-Tikus dan Anti-Lipas SWiPEL ni berfungsi untuk menghalau tikus dan lipas, bukan untuk bunuh tau. Baunya yang kuat dalam ruangan tertutup akan menghalang tikus dan lipas daripada memasuki ruang tu. Ia bebas daripada alkohol yang mempercepatkan pengeringan bau pada kiub. Jadi kiub ni boleh tahan selama dua minggu gak dalam ruangan yang tertutup.
Lilin Serai Wangi SWiPEL halau lalat Lilin Serai Wangi SWiPEL untuk halau lalat dan serangga ni mengandungi parfum serai wangi dan pandan segar. Sesuai digunakan kat dapur, di restoran, spa, perkhemahan dan kat pasar pun ok.
SWiPEL Hanging Insect Repellent SWiPEL Hanging Insect Repellent ni adalah penghalau serangga dan penyegar udara. Ada bau Serai Wangi dan Pandan. Mama letak kat dalam bilik, tutup pintu…bila buka pintu ja fuhhh baunya semerbak satu bilik wehhh. Memang power!
Ohhh yaa..walaupun SWiPEL ni bahan utamanya adalah serai wangi, tapi pastikan korang sentiasa ambil langkah keselamatan gak tau. Bak kata omputih, better safe than sorry.
Pastikan simpan ditempat yang tak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Bilas tangan dengan air bersih lepas guna, pakai sarung tangan kalau kulit jenis sensitif. Kalau terkena mata, cepat cepat bilas dengan air bersih tau.
Kat Mana Nak Beli SWiPEL? Nak beli produk SWiPEL ni pun senang, rata-rata pasaraya ada jual. Boleh cari kat AEON Big, Mydin, Tesco, Giant dan banyak lagi lah. Kedai runcit kat area rumah korang pun mungkin ada kot. Pergi laa tengok hehe.
Tapi kalau korang risau nak keluar ke kedai masa kes Covid tengah meningkat ni, boleh gak beli secara online. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk kat laman web dan media sosial AFY Haniff yer…
Website: AFY Haniff
Facebook: AFY Haniff
Instagram: AFYHaniff_Consumer
YouTube: AFY Haniff
Pembelian Online: AFY Haniff
 55 total views,  2 views today
The post SWiPEL Serai Wangi Penghalau Serangga Yang Berkesan, Semut dan Kutu Kucing Pun Bye Bye! appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2020/10/swipel-serai-wangi-penghalau-serangga-yang-berkesan-semut-dan-kutu-kucing-pun-bye-bye.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Kutu Kucing Jenis Dan Cara Menghilangkannya

Punca Kutu Kucing Jenis Dan Cara Menghilangkannya

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 486 hits
Punca Kutu Kucing Jenis Dan Cara Menghilangkannya Kutu kucing atau dikenali sebagai Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah yang boleh dijumpai pada badan kucing Apakah punca dan sebab kenapa kucing itu boleh dijangk...
Swipel Musuh Serangga Perosak Di Rumah Anda

Swipel Musuh Serangga Perosak Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 497 hits
Masalah serangga perosak kat rumah Cik Sue ni macam tak sudah sudah pula terutama semut Dari ruang depan sampai ke meja makan meja kerja pun ada sampailah ke dapur Padahal selalu je lap vakum sapu dan mop Mungkin sebab rumah atas tanah dan ...
Swipel Membersih Dan Menghalau Serangga Swipel Membunuh Kuman 99 9

Swipel Membersih Dan Menghalau Serangga Swipel Membunuh Kuman 99 9

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 290 hits
Dalam menguruskan rumah kereta atau pejabat tidak dapat lari daripada seranggan lalat dan juga semut Semua itu sangat mengganggu kehidupan seharian Setelah beberapa ketika dan mencuba pelbagai jenis ubat semut daripada yang di jual dipasar ...
Drama Kucing Dan Itik Ini Raih Perhatian Ralit Pulak Tengok

Drama Kucing Dan Itik Ini Raih Perhatian Ralit Pulak Tengok

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 293 hits
Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai video kreatif yang dikongsikan menerusi laman media sosial seperti Tiktok Twitter dan Instagram oleh generasi muda Ada yang menyunting video tarian nyanyian malah juga menghasilkan drama pendek yang ...
Kisah Sedih Kucing Tiap Hari Datangi Makam Adik Berharap Muncul Lagi Dan Ajak Main

Kisah Sedih Kucing Tiap Hari Datangi Makam Adik Berharap Muncul Lagi Dan Ajak Main

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 249 hits
Perasaan sedih akibat kehilangan yang terkasih tak hanya bisa dirasakan oleh manusia namun juga bisa dirasakan hewan Salah satunya adalah kucing berbulu oren bercampur putih ini Menurut penjelasan akun Twitter pawangcat setiap sore kucing i...
Pak Lebai Didakwa Cederakan Kucing Jiran

Pak Lebai Didakwa Cederakan Kucing Jiran

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 330 hits
Kota Bharu Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor kucing milik jirannya Tertuduh Ab Hamid Ismail 70 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan diba...
Dia Ingat Tu Rumput Kot Viral Video Kucing Suka Cium Ketiak Manusia

Dia Ingat Tu Rumput Kot Viral Video Kucing Suka Cium Ketiak Manusia

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 1059 hits
Dia ingat tu rumput kot Viral video kucing suka cium ketiak manusiaNetizen di negara jiran heboh dengan video Tiktok yang sedang viral Video yang dimuat naik oleh Ahmad Ijudin itu menunjukkan seorang lelaki sedang baring dengan tangan kirin...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap