Surirumah Zero Hutang Dan Hidup Tenang Tanpa Hutang
Suri rumah pun ada hutang? Ya, saya juga salah seorang dari mereka. Dari mana datangnya hutang bagi seorang suri rumah? Menjadi suri rumah bukan suatu pekerjaan yang terpilih, setiap insan bergelar wanita mengimpikan pekerjaan setelah tamat belajar. Lalu mereka menggenggam segulung ijazah, bekerja dan akhirnya menjadi seorang suri rumah. Hutang tetap ada. Bagi mereka yang sudah selesaikan hutang sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa, alhamdulillah. Teruskan zero hutang, usah ditambah apatah lagi digali. Tahniah saya ucapkan.
Kebanyakkan graduan di Malaysia terikat dengan hutang PTPTN semasa melanjutkan pelajaran mereka. Apabila sudah tidak bekerja lagi, masakan boleh membayar hutangnya? Namun ingatlah wahai para suri, membayar hutang itu wajib dilunaskan selagi kita masih hidup, dan apabila mati kelak waris pula harus menyelesaikannya.
“Isteri yang zero hutang adalah isteri yang tenang dalam mengurus rumahtangga” - Puan Masayu Ahmad.
Terdapat 2 ayat berkenaan kewajiban membayar hutang semasa hidup dan matinya yang disebut di dalam Al Quran iaitu;
Pembahagian faraid adalah selepas menyelesaikan hutang si mati
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(An-Nisaa' 4:11)
Orang-orang yang bertakwa adalah orang yang menulis hutangnya dan menyelesaikannya sama ada kecil atau besar
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Al-Baqarah 2:282)
Saya ada terbaca di laman pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yakni hutang merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan dengan secara adil dan hukum untuk melangsaikannya sebagai satu akad antara sesama manusia adalah wajib, ini seperti disebutkan di dalam al-Quran:
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. (Surah al-Nisa: 58)
Selain itu, terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang ancaman terhadap golongan yang sengaja enggan membayar hutang dan tidak berusaha untuk melunaskan hutangnya tersebut.
Rasulullah SAW juga bersabda:
أيُّما رجلٍ يَدَّينُ دَينًا وهو مجمعٌ أن لا يوفِّيه إيَّاه لقي اللهَ سارِقًا
Maksudnya: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri. Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)
Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagimana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)
Jelas menunjukkan betapa melunaskan hutang itu suatu kewajiban yang tidak boleh ditinggalkan sekiranya kita mahu menjadi hambaNya yang bertakwa dan diredhai Allah swt.
Mahukah pada suri rumah dan sahabat semua saya kongsikan sebuah buku digital yang bakal membantu anda semua menguruskan kewangan dan hutang-hutang ini?
Saya kongsikan feedback pembaca Ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang dan Ebook Surirumah Zero Hutang buat pembaca semua.
Apa Ada Dalam Ebook Suri Rumah Zero Hutang dan Ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang?
SURIRUMAH ZERO HUTANG
BAB 1: GAYA HIDUP
BAB 2: ICU KEWANGAN
BAB 3: STRATEGI URUS HUTANG
BAB 4: PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAB 5: STRATEGI CAPAI BEBAS KEWANGAN
EBOOK BONUS: HIDUP TENANG TANPA HUTANG
SENARAI BAB
BAHAGIAN 1:
BAB 1: HIDUP TENANG BEBAS HUTANG
BAB 2: TERPERANGKAP DENGAN SISTEM
BAB 3: AGENSI KAUNSELING & PENGURUSAN KREDIT (AKPK)
BAB 4: YEAY. BEBAS HUTANG!
BAHAGIAN 2:
BAB 5: RUMAH CASH ATAU LOAN
BAB 6: RUMAH KEDIAMAN, PELABURAN ATAU PERSARAAN?
BAB 7: BUAT DUIT DENGAN RUMAH
BAB 8: RUMAH BEBAS HUTANG
Sudah masanya kita bebas dari belenggu hutang, sudah masanya kita sebagai surirumah fikirkan hal ini seserius yang mungkin. Jalan sudah ada, usahanya sahaja yang perlu diberikan komitment. Yakinlah para suri sekalian, anda berniat sahaja nak bayar hutang ni, Allah akan bantu. Percayalah dengan niat yang baik ini.
Suri rumah sahaja ke sesuai baca buku ni?Tidaklah. Bila berbual dengan kak Masayu Ahmad, juga merupakan mentor dan guru saya sendiri, beliaulah guru besar yang mengajar saya menulis di blog. Beliaulah yang membuka Akademi Bekerja Dari Rumah buat para surirumah. Buku ini bukan sahaja untuk surirumah tetapi yang bekerja malah lelaki pun ramai di dalam group support Hidup Tenang Tanpa Hutang.
Tidak kiralah anda belum ada duit, maka marilah kita baca buku ini dan mula fikirkan apakah jalan penyelesaiannya daripada buku digital ini. Sudah terbukti ramai surirumah boleh bebas hutang. Jadi kita pun boleh!
Nak dapatkan ebook Surirumah Zero Hutang dan ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang?
Penulis faham, harga memainkan peranan kan, jika harga buku mencecah ratusan mesti terasa sempit, faham akan situasi semua orang. Oleh itu, jom kita dapatkan segera sebelum masuk tahun 2024.
Azam Tahun 2024 : Misi Bebas Hutang
Untuk Pembelian
Combo Pakej 1: https://toyyibpay.com/Bebas-Hutang-Combo-Pakej-1Combo Pakej 2: https://toyyibpay.com/Bebas-Hutang-Combo-Pakej-2
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/12/surirumah-zero-hutang-dan-hidup-tenang-tanpa-hutang.html