Surat Untuk Ketua Pembangkang Yang Gagal


 

Keputusan PRN Johor: BN 40, PN 3, PH 12, MUDA 1.
Syabas kepada saudara kerana memberi kemenangan yang mudah kepada BN di PRN Johor.
Kegagalan saudara selama dua minggu berkempen telah memberi nafas baru kepada BN dan sekaligus, seperti yang diramalkan, hampir melenyapkan parti saudara, PKR, dari DUN Johor.
Ini berpunca dari kempen strategi yang salah, kaedah yang tidak cekap, tanpa sebarang strategi politik yang boleh menarik pengundi untuk menang.
Ramai Calon
Walaupun menjadi ketua pembangkang, saudara cuma bertindak untuk parti sendiri, iaitu PKR, dan tidak untuk semua parti-parti yang menentang BN.
Sepatutnya saudara mengumpulkan semua parti-parti pembangkang untuk membentuk strategi menghadapi PRN Johor.
Ketua pembangkang harus menilai di mana kekuatan parti masing-masing, menyelaraskan perpaduan dan membahagi kerusi-kerusi untuk melawan BN satu lawan satu.
Daripada keputusan PRN ini, ternyata pengundi amat keliru dan mengundi berbagai-bagai parti.
Dengan perpecahan undi antara PH, PN, Pejuang, MUDA, dan Warisan, sememangnya tiada parti yang cukup kuat untuk mengalahkan BN secara bersendirian.
Kesimpulannya, BN menang bukan kerana mereka gagah, sebaliknya kerana saudara amat lemah dan tidak lagi berdaya untuk mengetuai pihak pembangkang.
Sebagai ketua pembangkang, saudara sepatutnya bertemu dengan ketua-ketua mereka dan berbincang terlebih dahulu tentang bagaimana cara yang paling sesuai dan berkesan untuk merancang satu kempen strategi untuk melawan.
Tutup Pintu
Tetapi ini tidak terjadi kerana dari awal lagi, saudara telah menutup pintu untuk sebarang perbincangan. Ini bukan cara memimpin namanya.
Dalam PH sendiri pun saudara membuat keputusan memihak kepada PKR.
Tanpa mengambil kira naluri DAP dan Amanah serta ahli akar umbi mereka di Johor, keputusan-keputusan saudara telah menyebabkan mereka juga turut kecundang di banyak kerusi yang ditandingi.
Amanah yang dulunya mempunyai sembilan kerusi, cuma tinggal satu. DAP yang mempunyai 14, tinggal 10.
Parti saudara sendiri cuma menang satu dan kalah 19, satu angka yang amat mengecewakan.
Kempen kosong
Saya melihat ‘livestream’ saudara semasa berkempen. Intinya tidak ada, melencong dengan banyaknya ‘anekdot’ yang tidak relevan.
Strategi saudara, kalaupun boleh dinamakan sedemikian, tersasar, dan lari jauh dari isu-isu tempatan.
Saudara turun ke padang tanpa membuat ‘kerja rumah’ terlebih dahulu. Ini tidak mencerminkan seorang ketua pembangkang yang “hands-on” dan disegani ramai.
Tiada sebarang kempen strategi yang efektif untuk menyangkal BN yang pandai menutup isu-isu utama dan kesalahan mereka dengan baik.
Ini memberikan persepsi taraf kepastian yang tinggi dikalangan pengundi dan menolak parti pembangkang.
Dalam keadaan BN yang berpecah dua, antara “court cluster” dan yang tidak, saudara masih tidak berjaya mengambil kesempatan dari situasi tersebut.
Saudara tidak dapat membaca apa yang sebenarnya pengundi Johor mahu.
Banyak isu-isu di Johor yang tidak dibawa oleh PH dan pembangkang lain. Semuanya tidak senada dan masing-masing membawa rentak kempen berbeza.
Saudara sendiri kelihatan seperti ketakutan memainkan peranan sebagai ketua pembangkang untuk menyerang pihak-pihak tertentu yang begitu tamak dengan kuasa.
Mereka dengan rakus membolot segala peluang yang ada.
Rakyat Johor dapat melihat dengan jelas, tetapi peranan pembangkang untuk menyuarakan hal-hal demikian tidak kedengaran.
Apabila saudara tidak membawa isu tanah, reklamasi laut, geran rumah yang berdekad tidak selesai, ekonomi yang muram, tiada peluang pekerjaan dan projek-projek besar dikaut oleh kaum elit sahaja, saudara dilihat sebagai tidak lagi berfungsi untuk terus menjawat jawatan ketua pembangkang.
Sekatan untuk masuk bekerja semula di Singapura, juga tidak disuarakan, sedang inilah isu amat penting bagi ramai rakyat Johor.
Tidak berani
Pengundi tidak lagi melihat saudara sebagai ketua pembangkang yang berani dan tegas.
Jadi bagaimana mereka mahu mengundi parti saudara dan pembangkang yang lain?
Di sinilah letaknya punca kekalahan tersebut.
Parti-parti yang melawan BN berkempen dengan cara dan agenda mereka sendiri. Semuanya tidak fokus dan tidak kena pada sasaran.
Apa lagi untuk membantu isu-isu tempatan yang serius dan membimbangkan tadi.
Isu besar, iaitu sistem feudalisma yang semakin menebal dan bergerak bebas, tidak disebut langsung.
Perkara ini melibatkan rakyat Johor yang telah lama tertindas dan jarang dibangkitkan, tidak disuarakan oleh saudara dan pembangkang yang lain.
Tidak ada keberanian, bererti kempen PRN itu berada dilandasan ketakutan.
MoU dengan Kerajaan
Dua hari sebelum PRN, tiba-tiba timbul cadangan untuk sambung MoU yang saudara tandatangani bersama kerajaan pusat.
Ini sesuatu yang amat kelakar dan tidak masuk akal. Tetapi saudara juga terdiam.
Kepincangan saudara sebagai ketua pembangkang dan rakan-rakan pembangkang lain di Parlimen, telah lama dilihat sebagai amat mengecewakan.
Ini terbukti di PRN Johor.
Jadi apa gunanya ada pembangkang? Sekiranya mereka semua menyokong kerajaan?
Ini juga mengecewakan pengundi di Johor. Mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.
Apa tugas parti-parti pembangkang, apabila takut untuk bersuara dan takut untuk menegakkan keadilan?
Kalaupun ada pembangkang di DUN Johor, ramai yang berfikir, mereka tidak akan menjalankan tugas dengan berani dan nekad.
Sebenarnya, permainan politik saudara banyak yang tidak kena dan jauh terpesong dari aspirasi rakyat.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk bersara dari politik. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/surat-untuk-ketua-pembangkang-yang-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pembangkang Dunggu Punya Pasal Umno Bn Kalah Undi Majoriti Tetapi Menang Atas Undi Minoriti

Ketua Pembangkang Dunggu Punya Pasal Umno Bn Kalah Undi Majoriti Tetapi Menang Atas Undi Minoriti

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 249 hits
UMNO sebenarnya telah KALAH undi majoriti pengundi di PRN Johor pada 12 Mac 2022 Yang berikut adalah sedikit analisa oleh seorang penulis sdra Saiful Bahar yang menunjukkan bahawa di 17 kerusi DUN Johor jumlah undi yang diberi kepada parti ...
Kesemua 3 Usul Ketua Pembangkang Dun Melaka Ditolak

Kesemua 3 Usul Ketua Pembangkang Dun Melaka Ditolak

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA DATELINEKesemua tiga usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Adly Zahari hari ini ditolak oleh kerajaan Barisan Nasional Adly yang juga ADUN Bukit Katil telah mencadangkan tiga usul untuk dibincang...
Sudah Tulis Surat Ke4 Mahathir Masih Gagal Paksa Rakyat Benci Najib

Sudah Tulis Surat Ke4 Mahathir Masih Gagal Paksa Rakyat Benci Najib

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Sirajuddin AhmadTUN MAHATHIR kini telah pun menulis surat ke Empat dalam siri kempen nya untuk PRN Johor Unprecedented bagi Tun Mahathir untuk berbuat sedemikian dalam apa apa keadaan Diwaktu hendak menjatuhkan Perdana Menteri Tuanku A...
Kajian Demi Kajian Kpm Akui Masih Gagal Tangani Isu Beg Sekolah Berat

Kajian Demi Kajian Kpm Akui Masih Gagal Tangani Isu Beg Sekolah Berat

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 142 hits
The ReporterFoto MajoritiIsu beg sekolah murid sekolah rendah berat sentiasa dibangkitkan oleh golongan ibu bapa tetapi isu itu tidak pernah selesai Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengakui isu tersebut belum dapat ditangani sepenu...
Hiburan Bila Kita Jadi Kerajaan Balik Korang Tahulah Nanti Pemimpin Pembangkang Ugut Pdrm Kini Disiasat

Hiburan Bila Kita Jadi Kerajaan Balik Korang Tahulah Nanti Pemimpin Pembangkang Ugut Pdrm Kini Disiasat

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 196 hits
Sebuah kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia telah dibuka seperti laporan Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah yang memaklu...
Bayaran Bkm Fasa 1 Gagal Kredit

Bayaran Bkm Fasa 1 Gagal Kredit

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 214 hits
BAYARAN BKM FASA 1 GAGAL KREDIT Bagi penerima BKM Fasa 1 yang tidak mempunyai akaun bank mereka boleh melakukan pengeluaran di cawangan Bank Simpanan Nasional bermula SEMAKAN PEMBAYARAN BKM FASA 1 Berikut adalah membuat semakan status bayar...
Tony Pua Dan Ong Kian Ming Gagal Mendapat Tempat Pada Pemilihan Cec Dap Pada Hari Ini

Tony Pua Dan Ong Kian Ming Gagal Mendapat Tempat Pada Pemilihan Cec Dap Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 144 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang sebelum ini menyokong kerjasama politik dengan kerajaan Muhyiddin Yassin tahun lalu gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam Jawatankuasa Eksekutif Pus...
Enggan Tangani Isu Penting Punca Pembangkang Kalah

Enggan Tangani Isu Penting Punca Pembangkang Kalah

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 132 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiada guna menyalahkan kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri Johor atas peratusan keluar mengundi yang rendah bagi menutup keengganan berterusan untuk menangani isu penting kata Setiausaha Agung DAP ...
Umno Sebenarnya Sejak 2018 Gagal Adakan Pemilihan Parti

Umno Sebenarnya Sejak 2018 Gagal Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 185 hits
JAMZURI ARDANITok Mat kata pemilihan Umno hanya akan dibuat 6 bulan selepas PRU15 Ok itu game politik dalaman Umno saya tak nak campur Lepas tu Tok Mat kata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan pe...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam