Surah Al Waqiah 8600



Tahsin Tilawah Bestari - Surah Al-Waqiah | Facebook
Teratak Takwa dan Iman™
Tadabbur Surah Al-Waaqi'ah Membuatmu Menangis - Zain Abu Kautsar
Tahsin Tilawah Bestari
#HalaqahAlQuran
#PersatuanHalaqahAlQuran
#PusatPengajianAlQuran
#TahsinTilawahBestari
Tahsin Tilawah Bestari

Surat Al Waaqi'ah adalah surat ke-56 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 96 ayat dan termasuk golongan golongan surat Makkiyah. Surat yang diturunkan sesudah Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi'ah, diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama. Wikipedia
Tahsin Tilawah Bestari - Surah Al-Waqiah [Facebook10000000_381509105717485_6939276916666925056_n].mp4https://www.youtube.com/watch?v=w-dGcIxj1IISurah Al-Waqiah - YouTubeTerjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Al-Waaqi'ah
Surah Al-Waaqi'ah - سورة الواقعة
Dengar Surah Al-Waaqi'ah
http://www.audioislam.com/audio/quran/recitation/al-afaasee/surah_al_waqiah.mp3

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila berlaku hari kiamat itu,
(Al-Waaqi'ah 56:1)

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
(Al-Waaqi'ah 56:2)

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
(Al-Waaqi'ah 56:3) 

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
(Al-Waaqi'ah 56:4) 

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
(Al-Waaqi'ah 56:5)

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
(Al-Waaqi'ah 56:6) 

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
(Al-Waaqi'ah 56:7) 

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
(Al-Waaqi'ah 56:8)

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
(Al-Waaqi'ah 56:9) |

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
(Al-Waaqi'ah 56:10) 

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Al-Waaqi'ah 56:11) 

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Al-Waaqi'ah 56:12) 

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
(Al-Waaqi'ah 56:13) 

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(Al-Waaqi'ah 56:14)

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
(Al-Waaqi'ah 56:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
(Al-Waaqi'ah 56:16) 

Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
(Al-Waaqi'ah 56:17)

Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
(Al-Waaqi'ah 56:18)

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
(Al-Waaqi'ah 56:19)

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
(Al-Waaqi'ah 56:20)

Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
(Al-Waaqi'ah 56:21)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
(Al-Waaqi'ah 56:22)

Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Al-Waaqi'ah 56:23)

(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
(Al-Waaqi'ah 56:24) 

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
(Al-Waaqi'ah 56:25)

Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
(Al-Waaqi'ah 56:26)

Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
(Al-Waaqi'ah 56:27)

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
(Al-Waaqi'ah 56:28)

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
(Al-Waaqi'ah 56:29)

Dan naungan yang tetap terbentang,
(Al-Waaqi'ah 56:30)

Dan air yang sentiasa mengalir,
(Al-Waaqi'ah 56:31)

Serta buah-buahan yang banyak,
(Al-Waaqi'ah 56:32)

Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
(Al-Waaqi'ah 56:33)

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
(Al-Waaqi'ah 56:34) 

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(Al-Waaqi'ah 56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(Al-Waaqi'ah 56:36) 

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
(Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
(Al-Waaqi'ah 56:38) 

Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
(Al-Waaqi'ah 56:39)

Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
(Al-Waaqi'ah 56:40)

Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
(Al-Waaqi'ah 56:41)

Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
(Al-Waaqi'ah 56:42)

Serta naungan dari asap hitam,
(Al-Waaqi'ah 56:43) 

Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
(Al-Waaqi'ah 56:44)

Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
(Al-Waaqi'ah 56:45)

Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
(Al-Waaqi'ah 56:46)

Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
(Al-Waaqi'ah 56:47) 

"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
(Al-Waaqi'ah 56:48)

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
(Al-Waaqi'ah 56:49)

"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
(Al-Waaqi'ah 56:50) 

"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
(Al-Waaqi'ah 56:51)

Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
(Al-Waaqi'ah 56:52)

"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
(Al-Waaqi'ah 56:53)

"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
(Al-Waaqi'ah 56:54)

"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
(Al-Waaqi'ah 56:55)

Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
(Al-Waaqi'ah 56:56)

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
(Al-Waaqi'ah 56:57) 

(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
(Al-Waaqi'ah 56:58) 

Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
(Al-Waaqi'ah 56:59)

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
(Al-Waaqi'ah 56:60)

(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Waaqi'ah 56:61)

Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
(Al-Waaqi'ah 56:62)

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
(Al-Waaqi'ah 56:63)

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:64) 

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
(Al-Waaqi'ah 56:65) 

(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
(Al-Waaqi'ah 56:66)

"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
(Al-Waaqi'ah 56:67) 

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
(Al-Waaqi'ah 56:68)

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:69) 

Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
(Al-Waaqi'ah 56:70) 

Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?\
(Al-Waaqi'ah 56:71)

Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:72)

Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
(Al-Waaqi'ah 56:73)

Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
(Al-Waaqi'ah 56:74)

Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
(Al-Waaqi'ah 56:75)

Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
(Al-Waaqi'ah 56:76)

Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
(Al-Waaqi'ah 56:77) 

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
(Al-Waaqi'ah 56:78) 

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Al-Waaqi'ah 56:79)

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
(Al-Waaqi'ah 56:80)

Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
(Al-Waaqi'ah 56:81)

Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
(Al-Waaqi'ah 56:82)

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
(Al-Waaqi'ah 56:83) 

Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
(Al-Waaqi'ah 56:84) 

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
(Al-Waaqi'ah 56:85)

Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
(Al-Waaqi'ah 56:86) 

Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
(Al-Waaqi'ah 56:87) 

Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
(Al-Waaqi'ah 56:88)

Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
(Al-Waaqi'ah 56:89)

Dan jika ia dari puak kanan,
(Al-Waaqi'ah 56:90) 

Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
(Al-Waaqi'ah 56:91) 

Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
(Al-Waaqi'ah 56:92)

Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
(Al-Waaqi'ah 56:93)

Serta bakaran api neraka.
(Al-Waaqi'ah 56:94)

Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
(Al-Waaqi'ah 56:95)

Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Al-Waaqi'ah 56:96) 

Hak & Penafian : Surah.My ini bertujuan untuk memberi rujukan terjemahan - penyelidikan dan pendidikan. Ianya bebas untuk disebarkan / disalin untuk tujuan dakwah dan pendidikan / penyelidikan. Surah.My tidak bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan kandungan.
Rujukan : Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat Al-Quran Digital, Audio Islam. Ikon: StyleIslam. Audio Perayat: Verse By Verse Quran.
Sokong Projek Surah.My - Serai Solutions - Maybank Islamic - 562834606055
Laman dibangunkan/dikemaskini oleh: Serai Solutions dan Training.My. ©2007-2018.Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Al-Waaqi'ahhttp://www.surah.my/56
SUNDAY, MAY 13, 2012Tafsir Surah Al Waqiah ~ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al HamidInsya Allah wa biznillah saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Tafsir Surah Al Waqiah yang dibahaskan oleh habibuna Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid di Masjid Taman TAR,Ampang pada setiap hari selasa kuliah dhuha yg bertempat di sana .. semoga allah memberkati ilmuNYA yang kita sedang pelajari ini .. Tafsir Surah Al Waqiah -Surah ini diturunkan di Mekah Al Mukaramah. Yang diturunkan di sana kepada rasulluah SAW untuk menyelesaikan dan memantapkan masalah aqidah dan iman.kebanyakan ketika di mekah sebelum hijriah adalah kufur kepada allah .Jadi surah ini yang banyak menyentuh dan menceritakan tentang hari kiamat mengambil perhatian kepada kaum2 musyrikin untuk beriman kepada Allah .
Antara fadhilat surah Al Waqiah ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW .-Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Maksudnya :-“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
Rasulullah SAW bersabda agar mengajarkan kepada anak-anak kamu tiga perkara :-
1. Cinta kepada Nabi2. Cinta kepada Ahli Bait ( keluarga nabi saw )3. Ajarkan kepada mereka Al quran
kata Al Habib memberi nama yang baik kepada anak2 akan mempengaruhi akan nama itu ketika ia meningkat dewasa nanti .Ada sebuah kisah , sebelum memeluk islam ada seorang badwi memberi nama anak mereka الأسد (singa) , نمر (harimau), عرس ( musang) dan lain2 kerana pada nama itu terdapat sifat2 keberanian .
menjadi kebiasaan orang2 badwi dahulu memberi nama2 yang maksudnya berani kepada anak-anak mereka agar menjadi seperti sifat2 haiwan itu agar berani , kuat , gagah dan sebagainya..
sebaliknya mereka memberi nama2 yg santun kepada hamba2 mereka dan mempunyai maksud yang lemah lembut seperti لطيف (lemah lembut) agar sifat lemah lembut itu terkesan dengan keperibadiannya hamba itu dan tidak akan membantah kepada tuannya..
Pemberian nama2 haiwan yang gagah yang diberi kepada anak2 badwi itu telah menyebabkan orang kampung telah mengenali rumah itu dengan 'حديقة الحيوانات' ( zoo) .
Pada ketika itu ramai yang curiga dengan si badwi itu , mereka ingin menguji dan melihat sendiri akan apa yg ada si dalam rumah si badwi itu kerana terlah tersebar di seluruh kampung bahawa di dalamnya terdapat anak-anak yg berani dan gagah.
Maka ada seseorang telah datang mengetuk pintu rumah si badwi itu utk meminta air minuman kerana kehausan. Maka si badwi itu telah mengetahui bahawa ramai yg ingin menguji apa yg ada didalam rumahnya maka dia berkata ' engkau jangan mempermainkan aku ' kepada pemuda itu. 
Maka kata2 si badwi itu telah didengari oleh anak2 mereka . mereka faham apa yg dicakapkan oleh ibunya lalu mereka (asad,namr dan lain2 ) keluar dengan keadaan garang. lalu pemuda itu sedar bahawa mmg di situ patut digelari dengan 'zoo' kerana terdapat anak-anak yg berani dan gagah .Oleh itu , pemberian nama yg baik kepada anak akan terkesan juga akhlak yg baik selari dengan nama yg indah.
Ada sebuah qisah seorang pemuda yang bernama حزن (sedih ) , sepanjang hidupnya dia sentiasa sedih . namun setelah perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW , beliau menukar nama pemuda itu kepada سهل (mudah) .. lalu setelah itu , sepanjang hidup pemuda itu mudah dan dalam kegirangan. inilah kesan drpd nama2 yg baik.
Kata al habib kekayaan ada dua . 1 ) Harta                                                    2) Jiwakaya jiwa ialah lebih baik berbanding kayanya harta..bukanlah kekayaan itu pada harta tetapi kekayaan itu pada jiwa.
Kekayaan pada jiwa akan menyebabkan seseorang itu berasa cukup dengan apa yg ada padanya.Ada sebuah kisah , seorang raja sedang berburu di dalam hutan bersama pengawal-pengawalnya lalu terlihat seorang pemuda yg berda di tepi sungai yang meminum air sungai dan seekor ikan lalu berkata dengan sekuat hatinya 'Alhamdulillah , sega puji bagi engkau yg  mengurniakan nikmat terbesar kepada ku ' 
Raja itu kehairanan , baru minum air sungai dan seekor ikan sudah dikatakan nikmat terbesar ??syuf , lihatlah seorang pemuda yg kaya jiwanya akan sentiasa bersuyukur kepada allah walaupun nikmat itu hanya sedikit dipandang manusia namun besar disisi pemuda itu.Raja yang kaya-raya itupun tidak pernah berasa cukup atas nikmat2 kekayaan yang dikurniakannya..itulah kesan kekayaan jiwa yg ada dlm diri kita.
Ada seorang sahabat bertanya : 'Ya rasulullah , apakah amalan yg akan dicintai allah swt dan rasulnya ?maka jawab rasulullah : ' Hiduplah kamu dengan zuhud ,maka kamu akan disayangi allah , zuhudlah kamu dengan apa yg dimilik oleh orang lain ,akan disayangi manusia '
hadis ini jelas menunjukkan kepentingan zuhud di dunia dan berasa qana'ah(cukup dgn apa yg ada) akan mendapat cinta drpd allah dan manusia2 yang lain.
Jadi Surah Al Waqiaah merangkumi kekayaan jiwa dan harta .
Al Habib menyarankan kita agar membaca surah al waqiaah selepas asar pada setiap hari dengan menghayati maksudnya.Habib juga menyatakan pada waktu subuh adanya rezeki ma'nawi yakni rezeki yang kita tidak nampak .manakala waktu asar pula adanya rezeki hissi yakni rezeki yang kita nampak.oleh itu sebaiknya bacalah surah waqiah selepas asar dan insya allah akand  diganjar oleh allah swt rezeki yg melimpah luas.
Rasulullah bersabda : ' Yang emutihkan rambutku (uban) ialah bacaan surah hud dan al waqiah '-Surah Al Waqiah menceritakna tentang hari kiamat , oleh itu setiap kali rasulullah membacanya dia berasa takut dan menyebabkan membayangkan keadaan itu sehingga menyebabkan muncul uban2 kerana terlalu takut akan azab allah d hari kiamat.
Ayat pertama 
[1] 'apabila berlaku hari kiamat itu'
AL WAQIAAH pada bahasa bermaksud 'yang terjadi'.kerana kejadian hari kiamat itu pasti terjadi dan tak mungikn tidak terjadi dan disokong oleh ayat ke 2


[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
ayat kedua menguatkan ayat pertama . Al habib memberikan cth ayat :- 'Imam Masjid akan datang , dan tidak mungkin imam masjid itu tak akan datang 'sperti itu juga tentang berlakunya hari kiamat.
[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
ayat ketiga menjelaskan bahawa pada hari kiamat itu , orang yg taat akan diangkat tinggi darjatnya dan orang yg mungkar akan direndahkan darjatnya.Orang yang beriman , dari detik dia keluar dari kubur akan dibimbing sehinnga ke syurga.Manakala org yang tidak beriman , dari detik leuar dari kubur akan dibimbing ke neraka.
seperti sabda Nabi SAW :- ' Man tawadha'a rafa'allah ' [barangsiapa yang tawadhu(taat kpd allah) akan ditinggikan darjat oleh allah .
Habib Ali meceritakan kisah saidina bilal dan abu dzar yang sedang berkelahi antara satu sama lain.Abu Dzar daripada qabilah yg masyhur telah berkata kepada bilal bin rabah yg berasal daripada kaum kulit hitam dengan ' Ya Ibnu Sauda' ' (wahai anak orang hitam) .dan membuatkan bilal berasa kecil hati.
walaupun benar bilal itu drpd kalangan org kulit hitam , tetapi kata2 abu dzar yang memarahi bilal itu telah menyedihkan bilal bin rabah.
perkara itu disedari oleh rasulullah saw dan menegur kepada Abu Dzar . Aku lihat pada kamu terdapat sedikit sifat2 drpd kaum musyrikrin . Maka buanglah sifat keji itu drpd kamu '
Abu Dzar seorang sahabat nabi yg unggul , selalu berda bersama nabi dan selalu ke masjid nabi utk menuntut ilmu drpd nabi SAW akhirnya tersedar dengan kesalahannyan dengan teguran dripada nabi SAW dengna penuh hikmah.
Lalu AbuDzar kata kepada nfsunya ; ' Wahai nafsu , nah rasakanlah kamu berada di bawah telapak kaki seorang anak kulit hitam '
walaupun ditolak oleh Bilal dan dimaafkan namun Abu Dzar masih bertegas untuk mengajar hawa nafsunya yang menghasutnya , dan akhirnya bilal melakukan perkara itu dalam keadaan terpaksa. inilah didikan manhaj Nabi SAW .
Allah juga pernah bersumpah dengan hawa nafsu dengan sumpah seluruh alam dan makhluk di dalam surah Syams
1 Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;2 Dan bulan apabila ia mengiringinya;3 Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;4 Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),5 Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya)6 Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
DAN ALLAH SWT berfirman :- 
7 Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
dalam ayat ini allah telah bersumpah dengan matahari dan pasangannya ,siang dan pasangannya malam ,langit dan pasangannya bumi , dan sumpah dengan nafsu tanpa pasangannya . ini menunjukkan betapa kuatnya dorongan hawa nafsu dan berjaya lah siapa yg mensucikannya dengan firman Allah :- 
9 [maka berjayalah orang yg mensucikan dirinya(hawa nafsu)
Habib Ali Zaenal telah berkata :-Apabila lihat kepada orang yg lebih tua , ingatlah dia berbuat taat dahulu daripada kita , hinanya kita-Apabila lihat kepada orang yang lebih muda, ingatlah kita lebih tua drpd meraka dan banyak maksiat berbanding mereka, hinanya kita-Apabila lihat kepada orang kufur , ingatlah kalau dia dapat hidayah allah , belum tentu kita lebih mulia daripadanya , hinanya kita.
Tafsir ayat ke 4
4 (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5 Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
pada ayat kelima , Habib Ali menceritakan bahawa di hari akhirat kelak kita akan melalui 50 stesen sbelum ke syurga / neraka .. iaitu proses penghisaban . setiap stesen mengambil masa seribu tahun , 50 stesen jadi 50 000 tahun untuk melalui proses2 itu .. 1 hari di dunia bersamaan seribu tahun akhirat.. Masya Allah bayangkanlah betapa lamanya proses penghisaban kita di sana..
Namun Habib juga menyatakan ada orang yang lalui semua itu 1 saat shj dan msuk syurga tanpa hisab itu semua bergantung kepada amalm dan rahmat allah.

Wallahua'lam insya allah akan sambung pada post yg akan datang.
-Muhamad Izzat Bin Ziad[doakan saya menjadi hamba yg mencintai allah dan rasulnya sepnuh jiwa raga saya]Jazakumullah kahiran katsiran
izzat syahid: Tafsir Surah Al Waqiah ~ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamidhttp://izzat26.blogspot.com/2012/05/tafsir-surah-al-waqiah-habib-ali-zaenal_05.htmlNama-Nama Bulan dalam Kalender Islam Beserta ArtinyaDari Abu Bakrah Nufai’ bin Al Harits, berkata Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, “Sesungguhnya zaman telah berputar seperti masa Allah menciptakan langit dan bumi, tahun mempunyai 12 bulan, 4 diantaranya adalah bulan haram (yang bulan haram tersebut) tiga diantaranya berurutan, yaitu Dzulqo’idah, Dzulhijjah, dan Al Muharram, dan (1 satu  lagi) bulan Rajab berada diantara bulan Jumadil Tsani dan Sya’ban.” (Al Muttaffaqun ‘alaihi Al Bukhori 4662, Muslim 1679).
1. Muharrom (محرم الحرام)
Ini adalah bulan pertama dalam kelender Islam, dan Muharram termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan Muharram karena orang Arab mengharamkan berperang di bulan ini.
2. Shofar/Shafar (ﺻﻔﺮ)
Dinamakan dengan Shofar karena perkampungan Arab Shifr (kosng) dari penduduk, karena mereka keluar untuk perang. Ada yang mengatakan bahwa dinamakan dengan Shofar karena dulunya bangsa Arab memerangi berbagai kabilah sehingga kabilah yang mereka perangi menjadi Shifr (kosong) dari harta benda.
3. Robi’ul Awwal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Dinamakan demikian karena saat penamaan bulan ini bertepatan dengan musim semi.
4. Robi’uts Tsani/Akhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ / ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Dinamakan demikian karena bangsa Arab saat itu menggembalakan hewan ternak mereka pada rerumputan. Dan ada yang mengatakan bahwa dinamakan demikian karena bulan ini bertepatan dengan musim semi.
5. Jumadil Ula (جمادى الأولى)
Sebelum masa Islam dinamakan jumadi khomsah. Dinamakan Jumada karena saat penamaan bulan ini jatuh pada musim dingin, dimana air jumud (membeku)
6. Jumadil Akhiroh/Tsaniyah (جمادى الآخرة / ﺟﻤاﺪى ﺍﻟﺜﺎﻧﻲة)
Sebelum masa Islam dinamakan jumadi sittah. Dinamakan demikian karena saat penamaan bulan ini jatuh pada musim dingin juga
7. Rojab (ﺭﺟﺐ)
Rajab termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan bulan Rojab karena bangsa Arab melepaskan tombak dari besi tajamnya untuk menahan diri dari peperangan. Dikatakan: Rojab adalah menahan diri dari peperangan.
8. Sya’ban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Dinamakan demikian karena bangsa Arab saat itu berpencar ke berbagai tempat untuk mencari air.
9. Romadhon (ﺭﻣﻀاﻦ)
Ini adalah bulan puasa bagi umat Islam. Dinamakan demikian karena panas ramdh mencapai puncaknya dan saat penamaan jatuh pada musim panas.Dimana periode ini disebut panas yang parah.
10. Syawwal (ﺷﻮﺍﻝ)
Di bulan inilah saat Idul Fitri. Dinamakan demikian karena saat itu unta betina kekurangan air susu.
11. Dzulqo’dah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Bulan ini termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan demikian karena bangsa Arab duduk dan tidak berangkat untuk perang, karena bulan ini termasuk bulan haram yang tidak boleh perang.
12. Dzulhijjah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Di dalamnya terdapat musim haji dan Idul Adha. Bulan ini termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan demikian karena bangsa Arab melaksanakan ibadah haji di bulan ini.
Simak juga,Manfaat Mengetahui Kalender Hijriah 
Sumber:http://kaahil.wordpress.com/http://www.darussalaf.or.idNama-Nama Bulan dalam Kalender Islam Beserta Artinya | Rohis Facebookhttp://rohis-facebook.blogspot.com/2013/12/nama-nama-bulan-dalam-kalender-islam.html 
Didi Wirawan30 Desember 2013 12.33Itu tulisan nya ada yang salah sob, poin kedua
Makasih pengetahuan nya

http://problogiz-tech.blogspot.comRohis Facebook30 Desember 2013 15.30huruf ﺹ terkadang bs dilafalkan jd 'sho' ataw 'sha', sama dgn ﺭ terkadang dibaca 'ra' atw 'ro' gk masalah. makasih atas masukanx sy sdh mengedit mnjd Shofar/Shafar *smile



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/11/surah-al-waqiah-8600.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Al Mulk Dan Al Waqiah Hebat Rezeki Datang Mencurah

Surah Al Mulk Dan Al Waqiah Hebat Rezeki Datang Mencurah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 2944 hits
SUMBER HIJABISTALINK PENUH SURAH ALWAQIAHSURAL AL MULKSurah Al Waqi ah adalah surah yang ke 56 dalam Al Quran terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al Waaqi ah dia...
Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian

Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 571 hits
Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian Kami di DH akan kongsikan sedikit info yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian iaitu kelebihan membaca Surah Al Mulk Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia menyel...
Cara Mudah Menghabiskan Surah Kahfi Pada Setiap Hari Jumaat

Cara Mudah Menghabiskan Surah Kahfi Pada Setiap Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 2286 hits
Salam Jumaat 17 Safar 1440H Ana pasti ramai di antara kita muslimin dan muslimat yang sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan usia sebagai hambaNya tahu akan kelebihan kelebihan membaca Surah Al Kahfi pada setiap hari Jumaat Paling tidak ...
Cara Pengamalan Surat Al Waqiah Dzikir Wirid Dan Doa Rezeki Berlimpah

Cara Pengamalan Surat Al Waqiah Dzikir Wirid Dan Doa Rezeki Berlimpah

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1322 hits
Bagaimana cara mengamalkan surat al Waqiah Fadhilah keutamaan dan khasiat dari surat al Waqiah sudah tidak asing lagi di kalangan kaum muslimin Surat ini diyakini sebagai surat pembuka rezeki Siapapun yang rajin membaca dan mengamalkan wiri...
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 363 hits
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati Ustaz Kazim Elias 2018 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam B...
Cara Baca Surah A Fatihah Untuk Mohon Hajat

Cara Baca Surah A Fatihah Untuk Mohon Hajat

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 598 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh perkongsian yang sangat baik untuk kita semua yang sangat memerlukan pertolongan dari Yang Maha Esa semuga bermenafaat Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan m...
Efek Surah Al Kahfi Yang Super Dahsyat

Efek Surah Al Kahfi Yang Super Dahsyat

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 648 hits
ARTIKEL KE 887 BERKAH DI MALAM JUM AT DAN HARI JUM AT Akhirnya tibalah kamis malan atau malam jumat yang seringkali jadi kita Daripada ngabisin waktu ngebahas sunah rasul di malam jumat mending baca artikel ini Entah ini sudah malam jumat k...
Surah Kahfi Elak Fitnah Dajjal

Surah Kahfi Elak Fitnah Dajjal

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 1413 hits
Salam Alaykum Rasulullah SAW selalu membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat Oleh itu membaca surah Al Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya Kebiasaannya Surah Kahfi ini diamalkan setiap hari Jumaat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner