Surah Al Insyirah Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemanisan


Teks Jawi, Makna & Sejarah di Sebalik Ayat Inna Maal Usri Yusra yang terdapat dalam Surah Al-Insyirah!
Setiap individu pastinya akan diuji, tidak kiralah sama ada individu tersebut sudah berusia atau belum, kaya atau miskin. Namun begitu di sebalik setiap ujian, pastinya ada kemenangan atau kemanisan yang akan kita rasa kemudiannya, dan perkara inilah yang telah disebut dalam Surah Al-Insyirah. 
Untuk mengetahui lebih lagi tentang surah ini dan sejarah mengapa ia diturunkan, pastikan anda bersama dengan artikel ini sehingga ke penghujung artikel. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda memahami Islam dengan lebih mendalam. 
Surah Al-Insyirah Surah Al-Insyirah atau dikenali juga sebagai Surah Asy-Syarh dan Alam Nasyrah merupakan surah ke-94 dalam Al-Quran yang diturunkan di Mekah. Nama yang diberikan ke atas surah ini, ketiga-tiganya membawa maksud yang hampir sama iaitu pembuka hati atau kelapangan.
Surah ini merupakan antara surah yang terpendek dalam Al-Quran dengan mengandungi hanya lapan (8) ayat sahaja. Menurut Ustaz Ibnu Omar, surah ini diturunkan bagi memberikan semangat dan kelapangan hati kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian sewaktu baginda menyebarkan ajaran agama Islam.
Daripada surah ini, kita mempelajari bahawa Allah S.W.T itu menjanjikan kebahagiaan dan kemudahan setelah kita menghadapi sesuatu ujian atau kesulitan. Oleh itu, sangat penting untuk kita terus bersabar dan tidak menyerah setiap kali kita ditimpa sesuatu ujian.
Penerangan Ayat Inna Maal Usri Yusra Surah Al-Insyirah, atau Surah Asy-Syarh ini menceritakan tentang pengharapan dan kemudahan setelah kesulitan. Pengulangan frasa “Inna Maal Usri Yusra” dalam ayat ini menunjukkan ketegasan Allah S.W.T bagi meyakinkan hambanya bahawa setiap kesulitan itu akan diiringi dengan kemudahan.
Penurunan ayat ini dilakukan ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri sedang merasa sedih akan kesukaran yang dihadapi Baginda sewaktu menyebarkan agama Islam di Mekah. Penurunan surah ini bertujuan membantu menguatkan semangat Baginda semula untuk terus berjuang pada ketika itu.
Surah Al-Insyirah ini jelasnyamengandungi pengajaran penting tentang ketabahan dan bersangka baik ke atas Allah S.W.T. Ayat ini juga mengajak umat Islam untuk tetap bersabar dan percaya bahawa Allah S.W.T sentiasa menyediakan kemudahan walaupun dalam saat-saat sukar.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang mampu memahami mesej ini, kita diingatkan untuk tidak berputus asa dan terus berusaha dalam menghadapi segala ujian hidup. Hal ini demikian kerana janji Allah S.W.T itu pasti, jadi kemudahan dan kesenangan itu juga pasti akan datang.

Teks Jawi, Bacaan Rumi & Maksud Surah Berikut merupakan teks bacaan rumi bagi surah Al-Insyirah ini, bersama bacaan rumi dan maknanya:
Teks Rumi:
Alam nasyroh laka sodrok. Wawadho’na ‘anka wizrok. Allazii anqodho zhorok. Wa rafa’na laka zikrok. Fa inna ma’al ‘usri yusra. Inna ma’al ‘usri yusra. Fa iza faroghtafansob. Wa ila robbika farghob
Makna:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam), Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). Lafaz Bacaan Surah Al-Insyirah Berikut merupakan video bacaan surah Al-Insyirah yang dibacakan Shiekh Abdur-Rahman As-Sudais, buat pendengaran anda:
Kelebihan Membacanya Dipermudahkan Segala Urusannya Dengan membaca surah ini, Insya-Allah segala ujian dan kesulitan yang dihadapi akan dipermudahkan-Nya. Diberi Kekayaan Dikatakan dengan mengamalkan surah ini sebanyak 40 kali selepas solat, rezeki kita akan dimurahkan. Terhindar Dari Segala Masalah Insya-Allah dengan membaca Surah Al-Insyirah ini, kita akan dapat menghindari diri daripada masalah-masalah yang bakal datang. Kelapangan hati juga akan diberikan bagi memudahkan kita untuk mencari jalan penyelasaian. Menjadi Lebih Positif Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian. Menghilangkan Rasa Dukacita Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hati kerana Allah S.W.T akan kurniakan kegembiraan buat mereka. Memupuk Keyakinan Ayat ini mengajarkan kita untuk tetap yakin bahawa setiap kesulitan akan diikuti dengan kemudahan, memberikan harapan kepada mereka yang sedang berjuang. Mendorong Kesabaran Mengamalkan ayat ini dapat membantu memperkuat kesabaran dalam menghadapi ujian hidup, menjadikan kita lebih tabah dan tidak cepat berputus asa. Meningkatkan Keberanian Dengan memahami makna ayat ini, individu akan lebih berani menghadapi cabaran, kerana mereka yakin bahawa Allah sentiasa bersama mereka. Memberi Motivasi Ayat ini sering digunakan sebagai motivasi dalam pelbagai situasi, membantu kita untuk terus berusaha dan tidak mudah menyerah ketika berhadapan dengan kesulitan. Baca juga: Surah Al Mulk (Ayat 1-30) Teks PDF : Maksud & Kelebihan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/al-insyirah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=al-insyirah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 150 hits
Syasya Rizal bekas anggota kumpulan Dolla membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal 23 meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi...
Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 203 hits
Penyanyi sensasi Baby Shima memaklumkan dirinya telah menerima satu ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali Menerusi satu hantaran di Shima memuat naik tangkap layar satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya Adver...
Beragam Manfaat Air Tajin Kalau Tahu Pasti Bakal Simpan Air Beras Ini

Beragam Manfaat Air Tajin Kalau Tahu Pasti Bakal Simpan Air Beras Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 159 hits
Siapa yang pernah minum air beras Ternyata ada beragam manfaat air tajin mulai dari merawat kulit menjaga kesehatan sampai buat pupuk tanaman Air tajin itu guys adalah air yang keruh keruh bening hasil dari menanak nasi Iya benar sekali Jad...
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah Fc Turun Liga Dan Sri Pahang Fc Pula Tarik Diri

Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah Fc Turun Liga Dan Sri Pahang Fc Pula Tarik Diri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 280 hits
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan Dua kelab yang disebut sebut akan meninggalkan Liga Super selepas tamat musim 2024 2025 adalah Kedah ...
Isteri Jadi Buta Setelah 15 Bulan Tak Henti Menangis Suami Hilang Tanpa Berita Rupanya

Isteri Jadi Buta Setelah 15 Bulan Tak Henti Menangis Suami Hilang Tanpa Berita Rupanya

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 139 hits
Seorang doktor gigi berkongsi pengalaman uniknya berhadapan dengan seorang pesakit buta yang mengingatkannya kepada watak Kassim Selamat dalam filem klasik Ibu Mertua Ku Menurut doktor wanita tersebut seorang makcik dengan masalah penglihat...
Hiburan Kami Kembali Setelah Hadapi Saat Sukar Bersama The Family Uk Muat Naik Keadaan Terkini Fatimah

Hiburan Kami Kembali Setelah Hadapi Saat Sukar Bersama The Family Uk Muat Naik Keadaan Terkini Fatimah

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 202 hits
Setelah beberapa bulan hilang tanpa khabar berita pengendali Instagram influencer akhirnya mengemaskini keadaan terbaru personaliti cilik kesayangan ramai Fatimah Omar Mukhlis Sebelum ini Fatimah dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana kea...
Surah Al Kahfi Terjemahan

Surah Al Kahfi Terjemahan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 227 hits
1 Alhamdu lillaahil lazeee anzala alaa abdihil kitaaba wa lam yaj al lahoo iwajaaSegala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Kitab suci Al Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok 2 Qaiyimal liyunzir...
Surah Al Qiyamah Ayat 1 10

Surah Al Qiyamah Ayat 1 10

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 230 hits
1 Aku bersumpah dengan Hari Kiamat 2 Dan Aku bersumpah dengan Nafsul Lawwaamah 3 Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang tulangnya 4 Bukan sebagaimana yang disangka itu bahkan Kami berkuasa menyusun jarin...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu