Superpark Malaysia Indoor Playground Di Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia – Indoor Playground di Kuala Lumpur
Anda tercari-cari tempat nak bawa anak pergi berseronok sempena hujung minggu atau cuti sekolah? Jangan risau, kami ada cadangan menarik untuk anda!
SuperPark Malaysia adalah salah satu pilihan tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda boleh pertimbangkan untuk mengisi masa bermakna bersama seisi keluarga.
Di sini anda boleh menikmati pelbagai aktiviti riadah dalam satu lokasi (indoor).
Dengan pelbagai tarikan interaktif, SuperPark Malaysia sangat sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa.
Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai destinasi ini.
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
SuperPark Malaysia – Pengenalan
SuperPark Malaysia ialah indoor playground yang terletak di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur.
Terdapat lebih daripada 25 aktiviti menarik yang boleh dicuba di sini. Dengan kombinasi antara permainan fizikal dan teknologi moden, tidak hairanlah ia menjadi ia tempat kegemaran ramai.
Tempat ini telah dibuka sejak tahun 2018 lagi, dan telah menjadi lokasi pilihan hujung minggu yang menyeronokkan untuk keluarga. Bukan setakat anak-anak yang seronok, ibu ayah pun boleh bermain sekali tau.
Sumber: Google Review (SuperPark)
Salah satu ciri unik SuperPark Malaysia adalah gelanggang skating yang diperbuat daripada ais sintetik mesra alam.
Ia bertujuan untuk menyediakan ruang bermain yang selamat, interaktif, dan menyeronokkan untuk keluarga, kanak-kanak, dan remaja.
Sumber: Google Review (SuperPark)
Terletak di Tingkat 4 pusat membeli-belah Avenue K, Superpark merangkumi kawasan seluas 40,000 kaki persegi dan tiga zon utama, iaitu:
1. Kawasan Pengembaraan (Adventure Area): Zon ini direka khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mencari cabaran fizikal untuk bermain penuh keseronokkan.
2. Arena Permainan (Game Arena): Zon ini menawarkan pelbagai permainan sukan interaktif.
3. Dewan Freestyle (Freestyle Hall): Zon ini sesuai bagi peminat sukan yang agak lasak. Ia menawarkan ruang untuk pengunjung melepaskan kreativiti dan tenaga mereka.
Waktu Operasi
Superpark Malaysia beroperasi setiap hari untuk memastikan pengunjung boleh menikmati keseronokan pada bila-bila masa.
Waktu operasinya adalah seperti berikut:
Isnin hingga Ahad: 10 pagi sehingga 7 malam.
Waktu operasi ini membolehkan pengunjung untuk merancang lawatan mereka dengan lebih fleksibel, sama ada untuk lawatan singkat selepas kerja atau sesi bermain yang panjang pada hujung minggu.
Sumber: Google Review (SuperPark)
Lokasi dan Cara ke Sana
Superpark Malaysia terletak strategik di pusat bandar Kuala Lumpur. Sangat mudah untuk diakses sama ada dengan menaiki kenderaan ataupun pengangkutan awam.
Alamat lengkapnya adalah:
Unit 4-1, Tingkat 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk ke sana, anda mempunyai beberapa pilihan:
1. Menggunakan LRT
Stesen LRT terdekat dengan SuperPark Malaysia adalah KLCC.
Dari stesen ini, anda hanya perlu berjalan kaki selama kira-kira 10 minit untuk sampai ke Avenue K Shopping Mall, di mana SuperPark terletak di Tingkat 4.
Setelah keluar dari stesen, ikuti petunjuk ke Avenue K yang terhubung dengan stesen LRT melalui laluan pejalan kaki yang dilindungi.
2. Menggunakan Bas
Terdapat beberapa laluan bas yang berhenti berdekatan dengan SuperPark.
Anda boleh mengambil bas dengan nombor berikut:
302
402
BET7
300
303
Bas-bas ini akan membawa anda ke perhentian yang berdekatan dengan Avenue K, dan dari situ, anda hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke Superpark.
3. Menggunakan MRT
Sekiranya anda berada di kawasan lain di Kuala Lumpur, anda juga boleh menggunakan MRT.
Stesen MRT terdekat adalah Kampung Baru, namun perjalanan dari sini mungkin memerlukan sedikit lebih banyak masa berjalan kaki berbanding jika anda menggunakan LRT KLCC.
4. Perkhidmatan Shuttle
Beberapa hotel dan pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur mungkin menawarkan perkhidmatan shuttle ke Avenue K.
Jika anda menginap di hotel berdekatan, tanya kepada pihak pengurusan mengenai ketersediaan perkhidmatan ini.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Harga Tiket Masuk
Harga tiket masuk ke Superpark Malaysia berbeza-beza bergantung pada pakej yang anda pilih. Anda boleh rujuk jadual di bawah:
Sumber: SuperPark Malaysia
Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Google Review (SuperPark)
Untuk membeli tiket masuk, anda boleh:
1. Pembelian di Kaunter: Anda boleh membeli tiket secara terus di kaunter tiket Superpark Malaysia di Avenue K.
2. Pembelian Dalam Web: Anda juga boleh membeli tiket dalam talian melalui laman web rasmi SuperPark di pautan berikut: https://www.superpark.com.my/tickets/
3. Pembelian Dalam Talian: Untuk mengelakkan beratur dan mendapat harga yang lebih baik, anda juga boleh membeli tiket masuk melalui platform Klook. Klook sentiasa menawarkan diskaun dan promosi khas untuk penjimatan berganda!
Pastikan anda membeli awal tiket masuk terutamanya untuk lawatan pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Klook.com
NOTA:
Sila tiba sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal sebelum sesi masing-masing.
“WAJIB” bagi setiap pelawat mengisi “BORANG WAIVER” sebelum memasuki taman.
Pastikan anda membeli grip socks (stoking dengan lapisan getah di bawah) yang diperlukan untuk masuk ke taman. Stoking ini boleh dibeli di kaunter tiket jika anda tidak memilikinya.
Tarikan Utama di SuperPark Malaysia
Haa, apa yang menarik di SuperPark ni? Jawapannya, banyak sangat aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur di sini.
Berikut adalah beberapa tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan mengikut zon:
1. Adventure Area
Zon ini direka khas untuk pencinta aktiviti yang mencabar. Selain kanak-kanak, ibu bapa pn boleh turut serta bermain disini. Beberapa tarikan popular di zon ini ialah:
Sumber: Google Review (SuperPark)
Flying fox
Kid’s Freestyle Area
Kid’s Gym
Pedal Car Track
Sliding Mountains
Tube Slide
Ninja Track
Kid’s Adventure City
2. Game Arena
Sumber: Google Review (SuperPark)
Zon ini pula menyediakan pelbagai aktiviti bertemakan sukan interaktif. Kalau main sama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan memang seronok sangat di zon ini.
Antara aktivitinya yang popular ialah:
i Teacher Lü
Baseball
Hot Stepper
Street Basketball
SuperBall
SuperBowling
SuperHoop
SuperPinball
Street Soccer Court
Super Teng Teng
Dan sebagainya!
3. Freestyle Hall
Sumber: Google Review (SuperPark)
Zon ketiga ialah zon untuk peminat aktiviti lasak. Tapi, jangan risau. Di sini keselamatan sangat diutamakan. Walaupun aktiviti lasak, keselamatan anda tetap terjamin.
Antara aktiviti di zon ini yang anda boleh cuba ialah:
Augmented Climbing Wall
Trampoline Platform
Clip and Climb
Air Bag
Selain 3 zon utama yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan yang menyeronokkan, di SuperPark Malaysia juga anda boleh melakukan aktiviti team building, sambutan hari jadi dan juga trip sekolah. Bestkan?!
Sumber: Google Review (SuperPark)
Siapa Sesuai Datang ke Sini?
1. Keluarga
Indoor playgroun ini sangat sesuai untuk anda menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Dengan aktiviti yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, ibu bapa dan anak-anak boleh berseronok bersama-sama.
2. Kanak-kanak dan Remaja
SuperPark menawarkan ruang yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak dan remaja melepaskan tenaga mereka dan meneroka pelbagai aktiviti fizikal.
3. Kumpulan Rakan
Bagi sekumpulan rakan yang mencari aktiviti yang menyeronokkan, Superpark menawarkan pelbagai permainan dan cabaran yang boleh dinikmati bersama-sama.
4. Pasangan
Asyik pergi dating dekat taman atau kafe je boring juga kan, sekali-sekala bolehlah ke SuperPark untuk mencuba sesuatu yang berbeza bersama pasangan anda.
5. Pelancong
Bagi pelancong yang mencari pengalaman unik di Kuala Lumpur, Superpark menawarkan hiburan yang menyeronokkan dan berbeza daripada tarikan pelancongan biasa.
6. Syarikat dan Kumpulan Korporat
SuperPark juga sesuai untuk acara team building dan hari keluarga syarikat. Ia menawarkan banyak aktiviti yang menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan.
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Penutup
Dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, SuperPark Malaysia ialah destinasi ideal yang membolehkan setiap pengunjungnya berseronok dengan sepuasnya.
Jadi, jika anda sedang mencari tempat untuk melepaskan tekanan, menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga, atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan di Kuala Lumpur, SuperPark Malaysia adalah pilihan yang anda wajib cuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/superpark-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=superpark-malaysia