Sulung 2 0 Pengecualian Yuran Ipt Wakil Pertama Keluarga


Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG diteruskan dengan Program Pembangunan Siswa SULUNG 2.0 atau singkatannya SULUNG 2.0.
Program ini memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.
Program ini memberi penawaran pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA).
SULUNG 2.0 memberi kemudahan kepada pelajar agar tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman yang tinggi kerana sebahagian besarnya telah ditanggung oleh UA melalui pemberian pengecualian yuran universiti.
Pada edisi terdahulu, seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama keluarga B40 diumumkan akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.
Aturan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif program Pembangunan Sulung Keluarga Malaysia ini untuk makluman akan menyokong usaha tersebut dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.
Sebagai perincian, kumpulan pelajar ini dipilih berasaskan keputusan cemerlang mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di samping itu kumpulan ini juga turut berdepan kekangan wang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
Namun untuk makluman, sokongan program ini diperincikan hanya tersedia untuk memberi pengecualian yuran pengajian sahaja, sementara kos sara hidup pelajar pula masih tertakluk akan tanggungan keluarga pelajar.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.
Sejarah & Latarbelakang Inisiatif Sulung 2.0 Program ini pertama kalinya digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan diberi nama SULUNG B40.
Baca juga: Pakej PerantiSiswa: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Melalui Sulung B40, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.
“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.
“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.
“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini,” katanya.
Infografik oleh BERNAMA Baca juga: Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik
Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.
Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.
Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Tawaran Biasiswa Suung Asrama Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan Cara Permohonan & Kelayakan KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG 2.0) yang fokus membantu pelajar B40.
Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.
Berikut merupakan beberapa poster mengenai permohonan untuk SULUNG 2.0 dari beberapa universiti:
Lain-lain Inisiatif KPT Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi [INFOGRAFIK] KPT PERKENAL 5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE IPT
1. Memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal.
95 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 Universiti Awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula kemasukan Sesi Akademik 2023/2024.
2. Pengajian bagi sesetengah program dipendekkan daripada 4 tahun kepada hanya 3 tahun.
44 program pengajian dari 9 IPT dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajian.
3. Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG).
10 ribu mahasiswa wakil pertama dari keluarga B40 dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua 20 universiti awam.
4. Memperkenalkan Program Asasi TVET.
Program persediaan calon lepasan SPM sebelum mereka menyambung pengajian di peringkat ijazah di Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
5. KPT bersama-sama dengan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti sedang memuktamadkan proses membolehkan pengambilan pemegang-pemegang sijil kemahiran dari semua jenis institusi kemahiran untuk menyertai Politeknik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sulung-2-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sulung-2-0

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yuran Pengajian Universiti Politeknik Percuma Program Sulung 2 0

Yuran Pengajian Universiti Politeknik Percuma Program Sulung 2 0

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 220 hits
Yuran Pengajian Universiti Politeknik Percuma Program Sulung 2 0 Yuran pengajian merupakan bayaran yang dikenakan ke atas pelajar yang ingin menyambung pengajian mereka Yuran pengajian ini adalah terdiri daripada yuran pendaftaran yuran ked...
Soal Peluang Bobby Nasution Gabung Golkar Ungkit Sebagai Partai Pertama Yang Usung Di Pilwalkot Medan

Soal Peluang Bobby Nasution Gabung Golkar Ungkit Sebagai Partai Pertama Yang Usung Di Pilwalkot Medan

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 111 hits
Bobby diberikan pilihan menjadi calon gubernur di Sumatera Utara atau wali kota Medan pada periode keduanya
Ironi Firli Bahuri Catat Sejarah Ketua Kpk Pertama Jadi Tersangka Suap

Ironi Firli Bahuri Catat Sejarah Ketua Kpk Pertama Jadi Tersangka Suap

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 128 hits
Penetapan tersangka dilakukan usai Firli menjalani pemeriksaan kedua yang dilakukan penyidik gabungan Bareskrim Polri dan Polda Metro Jaya Selasa
196 Warga Pdrm Ditahan Kerana Dadah Dalam 10 Bulan Pertama Tahun Ini Kata Kpn

196 Warga Pdrm Ditahan Kerana Dadah Dalam 10 Bulan Pertama Tahun Ini Kata Kpn

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 139 hits
SERAMAI 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain Beliau berkata dalam tempoh sama seramai 623 anggota dan pegaw...
Kalsel Jadi Provinsi Pertama Sosialisasikan Sp4n Lapor Bagi Difabel

Kalsel Jadi Provinsi Pertama Sosialisasikan Sp4n Lapor Bagi Difabel

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 181 hits
Sunarman juga mengapresiasi sosialisasi ini Dengan harapan penyandang disabilitas semakin familiar dengan layanan praktis yang disediakan pemerintah
Pertama Kali Akan Diadakan Di Malaysia Tiktok Awards People S Choice 2023

Pertama Kali Akan Diadakan Di Malaysia Tiktok Awards People S Choice 2023

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 275 hits
TikTok Awards People s Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan anugerah berk...
Mantan Panglima Tni Yudo Mengaku Bukan Pertama Kali Ikut Pemilu Waktu Kelas 2 Sma Pencoblosan

Mantan Panglima Tni Yudo Mengaku Bukan Pertama Kali Ikut Pemilu Waktu Kelas 2 Sma Pencoblosan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 138 hits
Menurutnya pada saat pencoblosan baik Pilpres ataupun Pemilu nanti bukan merupakan kegiatan yang pertama dilakukan olehnya
Dia Tak Ikhlas Tapi Terpaksa Abang Tesla Akui Dah Lama Ada Niat Nak Kahwin Lain Isteri Pertama Tersakiti

Dia Tak Ikhlas Tapi Terpaksa Abang Tesla Akui Dah Lama Ada Niat Nak Kahwin Lain Isteri Pertama Tersakiti

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 252 hits
Bahagia di luar tak semestinya bahagia di dalam Itu yang dapat dideskripsikan tentang isteri pertama Abang Tesla seorang influncer yang sempat menjadi kontroversi tentang isu poligaminya itu Meskipun kelihatan gembira bersama namun tiba tib...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang