Sultan Selangor Dukacita Dengan Kenyataan Abdul Hadi


hmetro.com.my
Ruwaida Md Zain
[email protected]
SULTAN Sharafuddin Idris Shah. FOTO BernamaShah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' pada 20 Februari lalu di https://pas.org.my/.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

"Antara intipati surat berkenaan, baginda menyifatkan Abdul Hadi yang membuat kenyataan terbuka di media sosial itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari.

"Khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Alamin Jenayah Syariah Kelantan 2019.

"Kenyataan sinis Abdul Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

"Kenyataan Abdul Hadi mengkritik hakim yang dikatakan gagal mentaktifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar dan kononnya dicipta dan digubal oleh penjaja mengikut acuan mereka dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air," menurut surat berkenaan.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

"Sekiranya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan baginda, Abdul Hadi akan dapat memahami maksud sebenar baginda.

"Abdul Hadi seorang ahli Parlimen veteran yang beberapa kali mengangkat sumpah setia jawatan dengan penekanan kepada sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan semenjak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi.

"Adakah Abdul Hadi tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara? Tidakkah ini juga menggambarkan Abdul Hadi sengaja mencetuskan polemik politik demi meraih sokongan rakyat khususnya umat Islam yang berbangsa melayu," demikian surat berkenaan.

Justeru, baginda menasihatkan agar Abdul Hadi lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan-kenyataan beliau yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Baginda juga menitahkan agar ahli-ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing," menurut surat berkenaan.
Disiarkan pada: Februari 29, 2024 @ 2:08pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/sultan-selangor-dukacita-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Hina Raja Raja Melayu Sultan Selangor Amat Dukacita

Hadi Hina Raja Raja Melayu Sultan Selangor Amat Dukacita

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 232 hits
Malaysiakini nbsp Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memberi peringatan kepada para alim ulama peguam hakim hakim wakil rakyat da...
Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 273 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mempertikai peranan Raja Raja Melayu Ingatan tersebut dibuat berhubung artikel yang ditulis Abdul Hadi berta...
Stop Insulting Rulers Dividing Muslims Selangor Sultan Cautions Hadi

Stop Insulting Rulers Dividing Muslims Selangor Sultan Cautions Hadi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 364 hits
Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has cautioned PAS president Abdul Hadi Awang against issuing statements that can cause division among Muslims in the country In a statement the ruler said he was very disappointed with Hadi s on ...
Selepas Sultan Selangor Berdukacita Pas Serah Hadi Untuk Jawab

Selepas Sultan Selangor Berdukacita Pas Serah Hadi Untuk Jawab

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 345 hits
AKMAL MANAFPas menyerahkan kepada kebijaksanaan Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menyelesaikan isu perutusan surat oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita terhadap beliau Ketua Penerangan P...
Selangor Sultan Rebukes Pas President Hadi Over Cynical Misleading Remarks On Country S Shariah Law

Selangor Sultan Rebukes Pas President Hadi Over Cynical Misleading Remarks On Country S Shariah Law

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 289 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah today directly censured PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang over an open letter urging the Malay Rulers among others to defend Islam in the country calling this an affront the country s royal institution In ...
Hadi Utus Surat Junjung Kasih Pada Sultan Selangor

Hadi Utus Surat Junjung Kasih Pada Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 241 hits
Malaysiakini nbsp Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini dikatakan mengutus warkah menjunjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Perkembangan itu berlaku lima hari selepas Sultan Sharafuddin membuat teguran kepada Ab...
Selangor Sultan Relinquishes Role As Mki Chairperson

Selangor Sultan Relinquishes Role As Mki Chairperson

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 265 hits
Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has relinquished his role as the chairperson of the Malaysian National Council for Islamic Religious Affairs His Highness has chaired the MKI for a tenure of almost two years since March 10 2022 ...
Pn Lupakan Hasrat Bertemu Sultan Selangor

Pn Lupakan Hasrat Bertemu Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 229 hits
Zuwairi Md YusofPN boleh lupakan hasrat ingin mengadap Baginda Tuanku SULTAN SELANGOR isu NIK ELIN Baginda Tuanku sudah serik dengan perangai buruk hodoh PAS BERSATU tebuk atap 33 bulan di MALAYSIA YDPA 17 SULTAN IBRAHIM pun tidak mahu mela...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik