Sultan Nazrin Ramai Jadikan Mahkamah Gelanggang Tegakkan Benang Basah



(Bernama) – Beban kerja di mahkamah dapat diringankan jika lebih ramai individu menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan kejadian jenayah menurun, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.
Namun, titah baginda, ketika ini ramai individu tidak takut melakukan dosa dengan mereka yang melakukan pelbagai jenayah menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah serta tergamak terus berbohong walaupun telah melafazkan sumpah untuk bercakap benar di kandang saksi.
“Sering terjadi, ketika dihadapkan ke muka pengadilan, insan yang melakukan dosa mencari pelbagai alasan dan menggunakan pelbagai hujah mahu menafikan perbuatan mereka.
“Mereka bersedia membayar fi guaman yang tinggi yang sering kali pula dibiayai daripada wang yang diperoleh melalui sumber jenayah atau hasil daripada perlakuan dosa,” titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan hakim-hakim syariah Perak serta Ahli Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di Ipoh.
Titah baginda, realiti yang berlaku hari ini memberi gambaran bahawa masih ramai umat Islam yang belum menghayati ajaran agama itu sepenuhnya.
Perbuatan jenayah tidak dapat dikurangkan melalui penambahan pegawai penguat kuasa, mahkamah dan penjara, namun lebih berkesan ditangani melalui pendekatan menyemaikan nilai-nilai Islam secara berkesan dan dihayati dalam jiwa, titah Sultan Nazrin.
“Perbuatan menipu, mencuri, menyeludup, pecah amanah, rasuah dan lari daripada membayar cukai merupakan antara perlakuan jenayah terhadap organisasi, syarikat atau kerajaan.
“Perlakuan jenayah-jenayah tersebut turut memberi implikasi perlakuan dosa terhadap pemegang kepentingan entiti-entiti berkaitan, sama ada mereka terdiri daripada pemegang saham, pemilik syarikat atau rakyat sesebuah negara,” titah baginda lagi.
Belia perlu diberi kepercayaan
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan watikah kepada 12 hakim iaitu tiga yang dilantik sebagai hakim mahkamah utama syariah, tujuh hakim mahkamah rayuan syariah serta masing-masing satu sebagai hakim mahkamah tinggi Syariah dan ketua pendaftar mahkamah utama syariah.
Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Wan Mohammad Afiq Wan Arisfatillah dan Ezatul Farita Rohawi selaku ahli MAIPk yang juga mewakili belia.
Pelantikan Ezatul Farita juga bermakna MAIPk kini mempunyai tiga ahli wanita.
Sultan Nazrin bertitah buat pertama kali baginda memperkenankan pelantikan dua orang mewakili belia sebagai ahli MAIPk dengan mengambil iktibar daripada pelbagai sumber berhubung peranan penting golongan remaja mencipta sejarah.
“Golongan belia perlu diberikan kepercayaan untuk terlibat secara aktif, berada di barisan hadapan, meremajakan program-program di bawah anjuran Majlis dengan menyuntik dinamisme baharu.
“Golongan remaja wajib didampingi, suara golongan remaja wajib didengari, pandangan golongan remaja wajib difahami, kehadiran golongan remaja wajib diiktiraf,” titah baginda.
Titah Sultan Nazrin, usaha itu bertujuan menjadikan program yang dianjurkan atas nama Islam lebih relevan sehingga dapat menarik penyertaan lebih ramai remaja untuk berjinak-jinak dalam aktiviti di masjid dan program atas nama Islam.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/19/sultan-nazrin-ramai-jadikan-mahkamah-gelanggang-tegakkan-benang-basah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beban Kerja Di Mahkamah Dapat Dikurangkan Jika Ramai Hindari Dosa Sultan Nazrin

Beban Kerja Di Mahkamah Dapat Dikurangkan Jika Ramai Hindari Dosa Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 197 hits
124 total views 124 views today IPOH 19 Mac Beban kerja di mahkamah dapat diringankan jika lebih ramai individu menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan kejadian jenayah menurun titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini Namun tit...
Sultan Nazrin Court Workload Can Be Eased When More People Refrain From Committing Sins

Sultan Nazrin Court Workload Can Be Eased When More People Refrain From Committing Sins

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 289 hits
Workload in the courts can be eased when more individuals refrain from committing sins said the Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah He said it was unfortunate that many people were now not afraid to commit sins where even those who had commi...
Mencarut Sangat Dua Remaja Didakwa Di Mahkamah

Mencarut Sangat Dua Remaja Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh Akibat mencarut dua remaja didakwa di mahkamah hari ini di bawah Akta Kesalahan Kecil SAAT habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia memang detik yang ditunggu tunggu bagi semua pelajar tingkatan 5 walaupun perjalanan mereka di dunia ...
Boleh Bayar Jaminan Mahkamah Melalui Sidang Video

Boleh Bayar Jaminan Mahkamah Melalui Sidang Video

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 211 hits
Kelonggaran diberikan badan kehakiman itu berkuat kuasa 15 Mac ini PUTRAJAYA Orang Kena Tuduh yang ditahan reman di penjara kerana tidak dapat menyelesaikan proses jaminan selepas didakwa di mahkamah kini boleh melakukannya menerusi sidang ...
Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 330 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke 99 bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM 1 4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit insurans kenderaan dan...
Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 385 hits
Selepas imej mereka bermotosikal sambil mengenakan baju sekolah yang diconteng dengan perkataan mencarut guru hari ini dua remaja sekali lagi menjadi perhatian ramai Kedua dua remaja yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...
Ismail Sabri Dapat Perintah Mahkamah Arah Bekas Srikandi Bersatu Padam Kenyataan Fitnah

Ismail Sabri Dapat Perintah Mahkamah Arah Bekas Srikandi Bersatu Padam Kenyataan Fitnah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 260 hits
Ismail Sabri dapat perintah mahkamah arah bekas Srikandi Bersatu padam kenyataan fitnah Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterb
Hina Sangat Ke Kluster Mahkamah

Hina Sangat Ke Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 263 hits
Zahid kata inilah kluster yg mempertahan umno Najib ambil pendekatan denial syndrome kluster tolak jawatan Kluster tolak jawatan kurang tepat cuba offer TPM pada mat Maslan atau pd SHAHRIR Hakikatnya dari awal prinsip Muhyiddin tolak offer ...
Mahkamah Tolak Afidavit Dakwa Umno Ada Akaun Rahsia

Mahkamah Tolak Afidavit Dakwa Umno Ada Akaun Rahsia

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 340 hits
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang mendakwa Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit untuk menerima derma politik Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak dan Umno Afida...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pelakon Zulkifli Ismail Dedah Nafas Terhenti Ketika Tidur Jalani Sleep Test

Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar

7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak