Sukarnya Beriklan Di Facebook Tapi Nasib Baik Autopost Software Viral Ada
Bismillah
Sejak saya delete akaun Facebook saya yang sudah ada 5,000 rakan dan 1,000 lebih followers pada tahun 2016 dan kemudian cuba kembali ke dunia Facebook. Ianya sebenarnya sangat mencabar. Sukar untuk kekal aktif untuk bersosial malah untuk update status di Facebook personal. Jika kalian selalu singgah di blog saya anda juga mungkin perasan saya agak sukar untuk berkongsi mengenai kisah saya dan keluarga, suami dan anak-anak.
Sebenarnya saya agak protective, dan terlalu risau akan banyak perkara jika saya terlalu kerap menceritakan hal keluarga. Risau terbagi maklumat yang boleh mendatangkan bahaya kepada keluarga sendiri. Haa beginilah tahap kebimbangan saya.
Cukuplah sedikit kisah dan luahan hati saya hari ini. Oleh sebab saya alami kesukaran untuk kembali aktif di media sosial namun kerja-kerja pengiklanan tetap harus diteruskan. Rugi tersangat rugi jika saya tidak menggunakan peluang yang terbentang luas ni, masih terlalu ramai pengguna Facebook di Malaysia. Dan kita tidak harus limitkan diri hanya kerana kita rasa kita kurang serasi di media sosial tersebut. Facebook group dan Facebook Fanpage adalah salah satu medium yang amat berguna dalam mempromosikan produk jualan dan servis yang kita jalankan.
Dengan membina Facebook Fanpage bagi produk anda, anda membina sebuah kedai rasmi buat perniagaan anda. Usah limitkan diri anda untuk 100% berada di dalam kelompok 5,000 kawan sedangkan anda boleh pergi jauh dengan membina sebuah kedai rasmi anda di Facebook Fanpage. Untuk membina FB page juga sangatlah mudah. Dan tiada bayaran dikenakan jika anda sekadar nak setup Fb page. Ok?
Kedua, anda wajib join group-group Facebook untuk memaksimakan pengiklanan anda secara percuma! Rugi sangat anda tidak join group-group beriklan di Facebook kerana anda tidak perlukan bayaran langsung malah anda boleh bertemu ramai prospek di sana.
Jadi usah peningkan kepala dengan asyik memikirkan malu nak beriklan dekat Fb personal, anda boleh gunakan FB page dan FB group untuk iklankan produk jualan anda kay :)
Sejak saya gunakan FB Autopost dan 13 fungsi yang ada dekat Software Viral 2.0 ni, alhamdulillah kerja-kerja pengiklanan jadi lebih mudah. Jika saya kurang kawan, saya boleh add rakan-rakan baru secara automatik. Anda boleh pilih bagaimana anda nak add rakan, setkan masa dan add rakan baru dalam 50 ke 100 orang sehari tanpa anda perlu klik satu per satu. Software Viral ini akan lakukan kerja untuk anda. Kemudian, bercakap pasal FB personal, anda perlu juga aktif membuat interaksi bersama rakan-rakan FB anda yang lain. Janganlah ada kawan sampai 5,000 tapi krik lebih kan.. Biarlah rakan ramai, interaksi juga tinggi. Jika tinggi dapatlah kita prospek yang lebih besar juga. Betul? Jadi bagaimana nak buatkan rakan-rakan kita ni sentiasa follow dan lihat iklan kita ialah dengan kita aktif bersama mereka juga. Oleh itu, apa yang Software Viral ini sediakan ialah Auto likes dan Auto komen status rakan-rakan anda. Dengan lakukan perkara ini, dan konsisten, rakan-rakan FB yang sunyi tu akan mula melihat status-status post anda di wall mereka!
Ha!! Itu yang kita perlukan! Setuju?
Apa lagi kehebatan Software Viral ni?
Ok.. Anda boleh Auto join group-group FB setelah anda buat carian berdasarkan keyword. Contohnya, ada taip dropship sebab anda nak tambah dropship bagi produk anda. Ok, anda taip dan akan keluarlah semua group yang ada di dalam FB yang menggunakan keyword dropship! Jadi anda hanya perlu klik pada group-group tersebut dan tekan RUN NOW, oleh itu SV 2 akan mula menambah group-group ini bagi pihak anda.
Fungsi paling best! Anda boleh iklankan atau post apa sahaja anda nak share ke group-group FB dan biarkan sahaja software buat kerja anda. Anda bolehlah buat kerja lain kan... Jika ada 300 group FB, anda boleh kategori kan setiap group ini berdasarkan pilihan anda sendiri. Jadi mudahlah anda nak beriklan dengan lebih baik apabila anda groupingkan group FB ini dengan kategori lebih baik.
Sebagai contoh, saya ada kategorikan " group dropship", "group blogger" dan yang anda rasa sesuai untuk anda dengan produk jualan anda.
Software Viral 2.0 dengan 13 fungsi hebat ini berharga RM179 sahaja! Harga asal RM329. Jadi anda dah jimat banyak dengan diskaun yang diberikan. RM 179 ni, harga software dan lesen anda, jika masuk tahun kedua, anda tidak perlu bayar RM 179, tapi sambung sahaja dengan bayaran RM 39 untuk bayaran server sahaja!
Tidak mahal kan? Untuk modal RM179 insha Allah anda boleh balikkan modal setelah anda dapat jualan melalui software viral 2.0. Insha Allah, jika anda percaya anda pasti mampu lakukan.
Nak dapatkan produk hebat Software Viral 2.0?
Whatstapp SV2 ke 018-9100 852
Whatstapp SV2 ke 018-9100 852
Whatstapp SV2 ke 018-9100 852
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.emmemarina.com/2018/10/beriklan-di-facebook-secara-automatik-dan-percuma.html