Suka Duka Mac 2023
Bulan Mac 2023 bulan awal puasa iaitu pada 23/03/2023. Sebenarnya bulan
ni aku nak buat live di tiktok dibulan puasa untuk borak2 banyakkan
follower dan Engagement. Aku akan cuba merialisasikan apa yang aku
rancang… insyaAllah
02/03/2023 - Aku dan team opis menghadiri lawatan ke Melaka atas urusan kerja. banyak ilmu yang telah kami terima memandangkan Melaka salah satu syarikat air yang memandang ke depan.
04/03/2023 - ada kenduri di rumah bapa saudara suami, dah alang-alang balik kampung singgah di kampung mak mertua lihat-lihat kawasan rumah.
video ni aku pun dah lupa kenapa adha menangis...
05/03/2023 - hari ni aku masih giat buka booth untuk meniaga barangan Forever Living dan dalam masa sama aku dan keluarga mengamalkan produk ini. atas kesedaran yang tinggi aku mahu ramai lagi mengenali produk kesihatan ini yang sangat baik dan tinggi khasiatnya.
08/03/2023 - Macam biasa la zumba setiap minggu aku dan team untuk kesihatan dan kecerdasan diri aku sendiri.
10/03/2023 - gigih hari ni pun kami zumba. patutnya pada hari Jumaat kami tak zumba tapi nak sihat nak cantik kami gigihkan juga untuk terus sihat... checheche hahahh
dan tarikh ni jugak mak sampai dari kampung ke Kuala Lumpur. tapi aku tak dapat jumpa sebab esok ada kenduri dekat kampung suami.
11/03/2023 - Kalau ikutkan hari ni kenduri doa selamat di rumah faizal tapi masa sama ada gotong royong di kampung suami. so aku tidak kesampaian untuk berjumpa mak waktu ini.
12/03/2023 - semalam aku dan keluarga tidur di kampung ibu mertua. sebelum balik sempat orang kampung ajak pergi kenduri kahwin anak mereka.
13/03/2023 - biasalah monday mood, kerja oh kerja... kerja tu kerja jugak content pun aku kena buat jugak. ada waktu rajin dan ada waktu malas nak buat. hidup kena teruskan hehehehe...
17/03/2023 - Last jumaat sebelum menempuh bulan ramadan pada minggu depan. aku cuma bawak nasi putih dengan keropok keping yang dah siap goreng. yea la kalau belum goreng nak goreng kat mana di opis ni kan? hahahha...
20/03/2023 - hari pertama adha masuk sekolah, mula-mula memang exited tapi harap berjalan lancar la lepas-lepas ni. pagi tak ada tanda-tanda nak menangis sehingga tengahari minta atok dia ambilkan... alhamdulillah...
23/03/2023 - Bermula lah puasa dibulan ramadan. hari ini 1 ramadan.. alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang untuk terus bernafas dibumi DIA yang fana ini.
27/03/2023 - Selesai belian motor suami untuk mudahkan dia pergi ke tempat kerja.. InsyaAllah
28/08/2023 - hari ni rajin pulak update makanan untuk buka puasa. biasa memang tak ada masa lah nak ambik gambar dan video bagai...
30/03/2023 - Kemas-kemas barang untuk balik terengganu. nak buka puasa sama-sama adik beradik di kampung. aku dan keluarga bertolak dalam pukul 11.58 malam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penulisanyus.blogspot.com/2023/10/suka-duka-mac-2023.html