Sujud Syukur Panduan Ringkas Lengkap



Bagaimana melakukan sujud syukur?
Artikel ini akan memberi panduan secara ringkas tentang cara melakukan sujud syukur dan hukum-hukum berkaitan dengannya.
Jika anda perlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Isi kandungan panduan ini: Bila perlu sujud? Syarat sujud Bagaimana cara melakukan sujud Bolehkah sujud tanpa wuduk & tidak menghadap kiblat Kesimpulan  
Bila Perlu Sujud Syukur? Sujud syukur dilakukan ketika seseorang mendapat kebahagiaan atau kegembiraan yang besar seperti menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan terpelihara daripada musibah yang datang secara tiba-tiba.
Dalam keadaan tersebut, disunatkan untuk bersujud yang mana perbuatan tersebut adalah diluar solat.
Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA maksudnya:
Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.
— Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.
 
Syarat Sujud  Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat melakukan sujud ialah:
Suci daripada hadas besar dan kecil Suci daripada najis (di badan, pakaian dan tempat) Mengadap arah kiblat Menutup aurat  
Bagaimana Melakukan Sujud Syukur? Pelaksanaannya, hendaklah dalam keadaan berwuduk, berdiri mengadap kiblat.
Seterusnya bertakbir (Allahuakhbar) dan berniat:
Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala.
Lalu terus sujud sekali dengan tidak rukuk.
Tiada bacaan khusus semasa sujud tetapi sunat kita bertasbih atau memuji Allah sebagaimana di bawah.

Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
Kemudian duduk dan memberi salam.
 
Sujud Syukur Tanpa Wuduk & Tidak Menghadap Kiblat Terdapat perbahasan para ulama’ mengenai sujud tanpa wuduk serta tidak pula menghadap kiblat.
Ini adalah pendapat kebanyakan salaf  serta sebahagian al-Malikiyyah[4]. Begitu juga ianya adalah pendapat jemaah muhaqqiq seperti Ibn Jarir al-Tabari, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah[5], Ibn al-Qayyim[6], al-Syaukani[7] dan al-San’ani[8].
Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:
Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wuduk perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat. Zahir hadis Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwuduk. Sekiranya memerlukan wuduk pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadis menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira. Sujud dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wuduk, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwuduk, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.  
Kesimpulan Kami melihat di dalam isu ini, pendapat yang lebih dekat adalah pendapat yang mengatakan bahawa sujud boleh dilakukan tanpa adanya wuduk dan juga menghadap ke kiblat.
Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwuduk dan menghadap kiblat.
Boleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.
Jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wuduk serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.
Semoga dengan pencerahan ini, dapat sama-sama untuk kita lebih memahami berkenaan sujud syukur dengan lebih baik lagi dan yang lebih utama adalah dengan mengamalkannya.
Wallahu a’lam.
 
Rujukan:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri The post Sujud Syukur : Panduan Ringkas & Lengkap appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/sujud-syukur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Sarapan Ringkas

Menu Sarapan Ringkas

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 532 hits
MENU SARAPAN RINGKAS Haritu aku buat menu ni untuk makan lunch sebenarnya Aku teruja dengan telur goyang yang aku buat sendiri Rasa macam comel cantik je telur tu Awalnya aku buat untuk Is makan dengan roti canai banjir dia tu Berbalik pada...
Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas

Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 189 hits
Antara Yang Perlu Anda Ketahui Dalam Pembelanjaran Gunting Rambut secara ringkas 1 Mengenali peralatan dan fungsinyaMesin Jenis attachment gunting sikat penjagaan kebersihan peralatan Mengenali jenis gaya rambut mengikut bentuk mukaCutting ...
Tip Ringkas Menyukat Bahan Bahan Dalam Masakan

Tip Ringkas Menyukat Bahan Bahan Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 898 hits
Anda ada masalah hendak menyukat bahan bahan dalam masakan Tak tahu nak rujuk mana Jangan risau kekawan sebelum ini saya ada buat entri pasal Boleh rujuk kat situ ye Ada banyak cara menyukat bahan bahan Orang dulu dulu sukat bahan dengan ge...
Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 433 hits
Saban hari rakyat Malaysia menantikan perkhabaran mengenai bidadari syurga Ainul Mardhiah yang masih berada di London berikutan menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya Menerusi perkongsian terbaru yang dimu...
Sambal Goreng Jawa Mudah Dan Ringkas

Sambal Goreng Jawa Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 706 hits
Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging paru ataupun lauk lain Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang Manakala resipi asli sa...
Tazkirah Ringkas Ramadhan Dan Doa Keampunan

Tazkirah Ringkas Ramadhan Dan Doa Keampunan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 456 hits
Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandungi keberkatan Kita sering berdoa untuk keberkatan Maka rebutlah keberkatan dalam bulan ini Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian 1 10 hari pertama adalah rahmat2 10 hari kedua adalah keampunan3 10 te...
Tips Percutian Ke Bali Yang Ringkas Dan Bermanfaat

Tips Percutian Ke Bali Yang Ringkas Dan Bermanfaat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 482 hits
Anda sedang bercadang untuk bercuti ke Bali Indonesia Semestinya anda bakal menerima pengalaman yang tidak dapat dilupakan setiap kali melancong Bali telah berada dalam kategori lokasi percutian yang terkenal di seluruh dunia malah mempunya...
Turun 35kg Dalam 6 Bulan Gadis Ini Kongsi Tips Ringkas Transformasi Hebat Dirinya

Turun 35kg Dalam 6 Bulan Gadis Ini Kongsi Tips Ringkas Transformasi Hebat Dirinya

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 340 hits
Turun 35kg Dalam 6 Bulan Gadis Ini Kongsi Tips Ringkas Transformasi Hebat Dirinya Gara gara merasa tidak selesa dengan penampilan dan sering diejek gadis comel ini mengambil keputusan untuk kurus Dalam masa 6 ke 7 bulan sahaja dia mampu men...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti