Suis Tak Tutup Masa Tu Beringatlah Tangan Anak Melecur Terkena Pengecas Telefon Pintar
Gara-gara suis pengecas telefon bimbit tidak ditutup, tangan si kecil ini melecur. Menurut ibu mangsa, ketika kejadian tersebut anak perempuanya sedar bermain sendiri.
“Jadikan pengajaran. Plug pengecas telefon tak tutup.”
Tambah Puan Ekin, kejadian ini dikongsi sebagai pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berwasapada ketika anak kecil bermain sendiri.
“Peringtan untuk ibu ayah. Jangan sampai jadi macam anak mama ni. Melecur jari terkena charger fon.”
Menurutnya, anak kecil itu dalam fasa meneroka dan sedang bermain-main sendiri. Namun setelah dibawa ke pusat perubatan, anaknya kembali aktif bermain namun masih memerlukan rawatan susulan.
“Tak sedar bila masa dia pegang charger tu. Dan masa tu memang plug tak tutup.”
“Esok kena datang balik ke klinik untuk follow up. Tapi lepas balik dari klinik dia aktif bermain, memanjat.”
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur.
Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
Sumber : Ekin Ed
Kredit: MyHealthportal
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
The post “Suis Tak Tutup Masa Tu, Beringatlah!” Tangan Anak Melecur Terkena Pengecas Telefon Pintar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suis-tak-tutup-masa-tu-beringatlah-tangan-anak-melecur-tekena-pengecas-telefon-pintar/