Subsidi Bersasar Dalam Bentuk Pindahan Tunai Rafizi


 
Kerajaan dijangka mempertimbangkan pemberian subsidi bersasar dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan, kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding sebelum ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. 

Berbanding sebelum ini, subsidi kerajaan diserap terus ke dalam harga barangan yang dinikmati semua pengguna tanpa mengira tahap pendapatan serta status kerakyatan, termasuk rakyat asing.

“Cadangan yang diangkat kepada kerajaan sekarang sedang dibincangkan dan yang akan diputuskan ialah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan.

“Sebelum ini, kalau ada bantuan kerajaan lain, kita bagi tiga atau empat bulan sekali melalui e-wallet dan sebagainya,” kata Rafizi. 

Menjelaskan demikian pada sesi dialog awam berkenaan Pangkatan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam, Rafizi berkata, cadangan berkenaan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini. 

“Melalui PADU, kita mahu ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk jangka masa panjang. Sebab itu, melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan, RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan. 

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak boleh menunda tarikh tutup pendaftaran PADU kerana perlu mematuhi jadual piawaian yang telah ditetapkan atau terpaksa menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar ditangguhkan. 

“Kos itu sangat tinggi dan itu pun jangkaan secara konservatif, sedangkan lebih baik sekiranya RM2 bilion itu disalurkan kepada keluarga yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, katanya, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. 

“Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan itu ke belakang,” katanya sambil menambah, tumpuan kerajaan bukan sekadar menjaga harga barangan semata-mata, sebaliknya menangani kos sara hidup menerusi usaha meningkatkan pendapatan bulanan isi keluarga.

Untuk penjawat awam, katanya, kerajaan dalam usaha memuktamadkan kenaikan gaji, manakala bagi swasta diperkenalkan Dasar Gaji Progresif supaya gaji dapat dinaikkan. 

“Untuk keluarga yang patut dapat bantuan pula, walaupun gaji naik, tapi masih tak cukup, apa kerajaan perlu buat? 

“Sebab itu melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan, iaitu RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pegawai Kementerian Ekonomi akan bertemu wakil kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu pendaftaran PADU, susulan arahan agar pendaftaran sistem itu untuk kakitangan kerajaan negeri berkenaan ditangguhkan. 

“Sarawak antara negeri yang paling tinggi pendaftaran. Saya ingat ada beberapa pandangan daripada anggota Kabinet Sarawak yang menyebabkan arahan itu (penangguhan). 

“Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan kita akan duduk bersama untuk berbincang. 

“Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pendaftaran PADU bagi penduduk. Pendaftaran boleh diteruskan melalui portal PADU seperti biasa,” katanya. 

Beliau mengulas laporan media yang memetik Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam sistem PADU. 

Abdul Karim mengibaratkan pendaftaran PADU seperti ‘menelanjangkan diri’ apabila mendedahkan semua butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi menafikan khabar angin subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Aidilfitri. 

“Tak betul, kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat. 

“Kerajaan juga umumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas. 

“Ini kerana bila lihat garis masa, kita memang perlu suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227165/kerajaan-kaji-subsidi-bersasar-secara-pindah-tunai-bulanan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/subsidi-bersasar-dalam-bentuk-pindahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 102 hits
HarapandailySemua Perdana Menteri bersetuju bahawa pelaksanaan dasar subsidi bersasar adalah untuk kebaikan rakyat Sejak zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak lagi polisi mengenai subsidi bersasar disebut Semasa membentangkan Belanjawan ...
Negeri Pembangkang Antara Yang Tertinggi Daftar Padu Rafizi

Negeri Pembangkang Antara Yang Tertinggi Daftar Padu Rafizi

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 71 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata negeri yang ditadbir oleh pembangkang merupakan antara negeri tertinggi mendaftar program Pangkalan Data Utama Rafizi ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari berkata rakyat di negeri yang mempunyai pe...
Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 86 hits
Orang di sebalik PADU pangkalan data terbaru kerajaan yang semakin dikritik atas kebimbangan isu privasi dan keselamatan tampil mempertahankannya dengan mendakwa sistem itu berjaya menepis lebih dua juta cubaan serangan dalam tempoh semingg...
Something Fishy More Leaders Berate Rafizi As Padu Deadline Draws Near

Something Fishy More Leaders Berate Rafizi As Padu Deadline Draws Near

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 109 hits
The RM80 million allocation could be used to upgrade eKasih which is in place to help low income people says Datuk Seri Wee Ka Siong MCA PRESIDENT Datuk Seri Wee Ka Siong has warned that Malaysians may be getting suspicious at the complicat...
Padu Bukti Kegagalan Raja Formula Rafizi Kata Puad

Padu Bukti Kegagalan Raja Formula Rafizi Kata Puad

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 99 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 24 2024 11 53 AMPemimpin Umno mengkritik kegagalan sistem Pangakalan Data Utama yang disebabkan kelemahan dalam sistem kerja serta komunikasi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata ia jug...
Penuh Rafizi Ramli Jawab Soalan Mengenai Langkah Meningkatkan Dan Memp

Penuh Rafizi Ramli Jawab Soalan Mengenai Langkah Meningkatkan Dan Memp

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 76 hits
Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Bandar Tun Razak minta MENTERI EKONOMI menyatakan apakah mekanisme untuk meningkatkan dan mempercepatkan pendaftaran rakyat Malaysia terhadap Pangkalan Data Utama yang mana setakat Januari 2024 hanya 1 ...
Rafizi Tempelak Wakil Pembangkang

Rafizi Tempelak Wakil Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 58 hits
MSOMenurut Menekom Mohd Rafizi Ramli sehingga jam 10 malam tadI seramai lebih 8 juta atau kira 36 8 warganegara berusia 18 tahun ke atas telah mendafar dengan Padu Beliau sangat optimis menjelang tamat tarikh pendafaran 31 Mac pencapaian di...
Rafizi Puad Kritik Padu Kerana Kalah Pru Terpelanting Dari Kerajaan

Rafizi Puad Kritik Padu Kerana Kalah Pru Terpelanting Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 94 hits
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan hanya beberapa orang sahaja yang mengkritik mengenai sistem Pangkalan Data Utama dan kritikan itu dibuat disebabkan isu per...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kunci Meningkatkan Produktivitas Dan Kesehatan Burung Juara Kontes

Rendang Udang Mudah Dan Sedap

Tersangkut Offer Kasut Lewre Kat Sogo

Lirik Lagu Bukan Sebuah Rindu Andmesh Yovie Widianto

Cara Aminkan Doa

Learning From May 13 For Lasting National Reconciliation