Suasana Malam Meriah Di Teluk Cempedak Kuantan
Harini baru berkesempatan update blog.Cerita pun dah basi ni.Kisahnya jalan-jalan di Teluk Cempedak pada sebelah malam.
Sangat meriah suasana di Teluk Cempedak pada waktu malam.Ramai pengunjung dari dalam dan luar Kuantan sebenarnya.Malam tu,hari Jumaat.Kebiasaannya orang kemaman turun ke Kuantan pada hari cuti mereka.
Jam 10 malam,parking di kawasan Teluk Cempedak sudah penuh.Kalau ada pun parking,kemungkinan yang paling jauh ke belakang tu.Jauh yang amat lah.Nasiblah.. jauh berjalan kaki nanti.
Tadaa~ lebih kurang 20 minit kami sekeluarga berada di Teluk Cempedak,barulah costum Ultraman ni muncul.Eh,sebenarnya ada banyak lagi custom ni.Mana entah dorang menyorok.Lama juga menunggu.Anak-anak lah yang beria tau.Sementara tu,Ina pujuk lah dulu mereka ni dengan belon sabun tu.Heeee...
Ahaks! Mama pun nak menumpang bergambar jugak ni dengan superhero Ultraman ni.Bukan senang tau,hahaha.Dari Jepun mari Ultraman ni tau. Ni alang-alang Ultraman dah terdampar di Teluk Cempedak.Kita terus lah shoot beberapa keping.
Kesian pula tau Ultraman ni, Ina syak lah kan.Ultraman ni baru sahaja berlawan dengan musuh.Perhatikan muka ultraman tu.Mulut pun dah nak hancur,senget jee.Mata pulak dah lari.. dan nyawa dia pula nyawa-nyawa ikan tu,weak sangat warna oren.Mujur tak nazak bila jumpa peminat dia ni haa. Ahaks!
Kos Bergambar bersama Costum
Sebelum ni,pernah dengar dari mulut-mulut orang ramai.Katanya jika nak bergambar bersama costum sebegini ada jumlah yang ditetapkan iaitu sebanyak RM 30.00. Terkejutlah.. mustahil betul! Tak percaya langsung.
Rupanya bayaran adalah seikhlas hati.Mulut-mulut yang berkata demikian,mungkin jealous dengan mereka-mereka yang mencari makan sebegini.Ikhlas hati Ina,dengan penat lelah dia begini cara makan.Ina sumbangkan note merah aje.
Di Teluk Cempedak,sepanjang di tepi laluan pejalan kaki turut meriah dengan kehadiran jurujual.Ada pelbagai jualan.Makanan.minuman,barangan mainan anak-anak dan juga lukisan potret.
Feeling seperti cerita Fairytales
Ala,,baru nak berangan macam dalam citer fairytales tu.Ahaks! Ada belon-belon buih banyak kan? Haaa,duk kerah juga anak-anak seramai 3 orang tuu,suh hasilkan belon banyak-banyak tau.Adeiii~ tak jadi pula dah.Puas duk pusing-pusing feeling macam princess ni nikmati suasana sekeliling.Okay.. suami duk geleng kepala kat depan tu tau.Hahahaha~
Korang kalau perut lapar semasa jalan-jalan,jangan risau.Semuanya ada disini seperti McDonalds,KFC,Subways,A&W,Loft serta masakan panas.Semuanya ada disini. Ehh,lepas makan korang boleh lepak kat tepi pantai tu pula.Ada sofa bed disana weiii.. ada bayaran tertentu untuk sewaan.
Demikian kisah Ina sekeluarga menikmati suasana malam di Teluk Cempedak,Kuantan.Kami sekeluarga kategori vampire..ahaks! Suka jalan-jalan pada waktu malam jer.Siang duk kat rumah,sebab berbahang sekarang ni musim panas di Kuantan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2019/03/suasana-malam-meriah-di-teluk-cempedak.html