Suami Pukul Teman Lelaki Isteri Hingga Mati Akibat Cemburu


PASIR SALAK – Akibat cemburu selepas isteri keluar dengan kekasih, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan memukul teman lelaki isterinya itu sehingga menggunakan kayu berpaku dalam kejadian di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 2.40 petang.
“Tiba di lokasi, anggota mendapati suspek yang berusia lingkungan 40an itu masih lagi memukul mangsa sebelum dia kemudiannya diberkas. 
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan rumah isteri suspek dan ketika kejadian mangsa sedang menghantar pulang isteri suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 
Tambah Nik Rosdi, suspek kemudian bertindak menyerang mangsa dengan memecahkan cermin kereta sebelum menariknya keluar. 
“Suspek seterusnya memukul mangsa menggunakan kayu yang berpaku sehingga dia meninggal dunia di lokasi tersebut. 
“Isteri suspek cuba menghalang suaminya namun gagal dan dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 
Katanya, siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perasaan cemburu suspek selain dia mengesyaki isterinya ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. 
“Pasangan tersebut yang mempunyai enam anak itu sudah setahun tidak tinggal bersama dan mereka difahamkan dalam proses perceraian. 
“Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. 
Menurutnya, mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat. – K! ONLINE
The post Suami pukul teman lelaki isteri hingga mati akibat cemburu appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/suami-pukul-teman-lelaki-isteri-hingga-mati-akibat-cemburu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Wanita Dakwa Di Pukul Suami Akibat Perselisihan Faham

Polis Wanita Dakwa Di Pukul Suami Akibat Perselisihan Faham

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 533 hits
KUANTAN Seorang wanita mendakwa dipukul suaminya dengan menggunakan penyapu penyangkut baju dan rotan bulu ayam selain dicucuh dengan puntung cerut oleh suaminya di Mentakab Temerloh dekat sini Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood...
Suami Tak Henti2 Belasah Oku Hingga Mati Depan Polis Yang Tiba Di Tempat Kejadian

Suami Tak Henti2 Belasah Oku Hingga Mati Depan Polis Yang Tiba Di Tempat Kejadian

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 1018 hits
AKIBAT cemburu lelaki orang kurang upaya dipukul sehingga mati oleh seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Kenanga 8 FELCRA Changkat Lada Kampung Gajah hari ini Dalam kejadian 2 30 petang mangsa berusia 42 tahun yang juga duda anak tiga par...
Suami Bunuh Isteri Diri Sendiri Akibat Kecewa Selingkuh

Suami Bunuh Isteri Diri Sendiri Akibat Kecewa Selingkuh

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 521 hits
Penduduk Kupang Gunung Timur di Surabaya dikejutkan dengan penemuan mayat sepasang suami isteri di kediaman mereka semalam Menurut Sumardi 56 dan isterinya Romiyah 55 ditemui oleh jiran mereka kira kira jam 6 30 petang di rumah kos terletak...
Suami Perlu Bantu Isteri Ketika Rasa Sakit Melahirkan Anak

Suami Perlu Bantu Isteri Ketika Rasa Sakit Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 591 hits
SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK Sebagai suami kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan cesarean Kedua duanya sama sakit Kita orang lelaki bi...
Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 472 hits
Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama sama mendengar luahan hati Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini a...
Saat Saya Tunjuk Muka Suami Semua Terkejut Dan Menangis Isteri Mithali Ini Tetap Setia Walau Suami Sakit

Saat Saya Tunjuk Muka Suami Semua Terkejut Dan Menangis Isteri Mithali Ini Tetap Setia Walau Suami Sakit

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 667 hits
Saban hari pelbagai isu rumah tangga menjadi halwa telinga kita Kisah kecurangan atau kehadiran orang ketiga antara punca keretakan rumah tangga Namun kita juga dihidangkan dengan kisah rumah tangga yang bahagia Mereka saling menghargai sat...
Puak Pemabuk Bodoh Pemandu Mabuk Tanpa Lesen Langgar Makcik Jual Nasi Lemak Hingga Mati

Puak Pemabuk Bodoh Pemandu Mabuk Tanpa Lesen Langgar Makcik Jual Nasi Lemak Hingga Mati

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 619 hits
Minum alkohol memang tak salah dari segi undang undang tapi bila dah minum tu kenalah bertanggungjawab Sekarang ni dah banyak e hailing so takde alasan lah kalau korang memang kena drive dan membahayakan nyawa orang lain Macam kejadian yang...
Suami Isteri Menangis Mengaku Tidak Bersalah

Suami Isteri Menangis Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 342 hits
Suami isteri dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera dua beradik di Pusat Bandar Puchong Serdang Sabtu lalu JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMAS...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force