Suami Kalau Ikhlas Sayang Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Mati



Pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahayamata sebagai pengikat kasih. Namun tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga berpeluang memilikan cahaya mata sendiri. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyambung zuriat namun tidak kurang juga yang masih terus menunggu zuriat diimpikan, malangnya masih belum kunjung tiba

Dalam situasi ini kaum wanitalah yang paling tertekan dan sering dipersalahkan. Ikuti catatan Suffiyah Ramadhani II tentang wanita-wanita yang berkahwin namun masih belum mempunyai zuriat

Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika

Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu

Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye

Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi

Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi

Penuh newsfeed dgn cerita mereka

Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita


ANAK RAMAI TAPI SUAMI TAK SAYANG
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang

Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada

Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita

Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan

Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata

Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita

JANGAN STRES BILA TAK ADA ANAK
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul

Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini

Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini

Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak

NIKMATI REZEKI DAN PELUANG YANG ALLAH BAGI
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali

Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat

Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki

Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka

Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.

Merungut sahaja

JANGAN PERSOALKAN APA YANG ALLAH NAK BAGI
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita

Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita

Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri

Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri

Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya

Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana

Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Sumber kredit: FB: Suffiyah Ramadhani II via http://bit.ly/31nEqcA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/suami-kalau-ikhlas-sayang-tak-ada-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 289 hits
KOTA TINGGI Seekor anak gajah betina ditemui mati di Batu 13 Jalan Kota Tinggi Mersing di sini hari ini Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor Salman Saaban berkata anak gajah dianggar berumur enam tahun itu ditem...
Tak Mahu Diganggu Ketika Main Game Online Suami Sanggup Bunuh Isteri Yang Baru Melahirkan Anak

Tak Mahu Diganggu Ketika Main Game Online Suami Sanggup Bunuh Isteri Yang Baru Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 371 hits
TANGERANG Seorang ibu muda bernama Apiyatu Syahdiah warga Jatiuwung Kota Tangerang tewas dianiaya suaminya Dede Suryana Pembunuhan dilakukan lantaran pelaku kesal korban kerap menyuruhnya saat sedang asyik bermain game onlineIbunda korban Y...
Lagi Hamil Anak Kedua Rachel Vennya Lulus Kuliah Bareng Suami Ini Baru Namanya Saling Dukung

Lagi Hamil Anak Kedua Rachel Vennya Lulus Kuliah Bareng Suami Ini Baru Namanya Saling Dukung

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 226 hits
Menyelesaikan pendidikan setelah berumah tangga dan punya anak emang nggak mudah Tapi Rachel berhasil mewujudkannya dan siap untuk S2
Luluh Hati Saya Anak Kucing Mati Dicampak Dari Tingkat 2 Oleh Sekumpulan Budak

Luluh Hati Saya Anak Kucing Mati Dicampak Dari Tingkat 2 Oleh Sekumpulan Budak

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 770 hits
Malang nasib seekor anak kucing dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur menyebabkan haiwan kecil itu cedera dan nyawa nyawa ikan Menurut individu yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya Kid 22 berka...
Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 419 hits
Setiap orang pasti mendambakan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat Bahagia di dunia kerana memiliki rezeki yang berlimpahan bahagia di akhirat dengan amal yang menyelamatkan kita semua Ya rezeki Allah itu misteri tetapi kemat...
Kaka Azraff Suami Pilih Nama Anak Aslan

Kaka Azraff Suami Pilih Nama Anak Aslan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 282 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada 11 Oktober lalu The post appeared first on
Sayang Anak Kurangkan Gajet Lega Tengok Perubahan Attar Berbanding Sebelum Ni Diam

Sayang Anak Kurangkan Gajet Lega Tengok Perubahan Attar Berbanding Sebelum Ni Diam

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 577 hits
Gajet dengan anak kecil ini umpama satu yang sukar dilepaskan bila anak dah terbiasa Kebanyakan ibu bapa pada awalnya beri anak gajet untuk gembirakan si kecil tapi bila tak dikawal lain pula kesannya nanti Pengalaman yang dilalui oleh pela...
Saya Sayang Awak Sampai Mati Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik

Saya Sayang Awak Sampai Mati Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 876 hits
Jika korang adalah salah seorang peminat atau pun followers usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram mahu pun di Youtube sudah pasti korang tahu hubungan Aliff dan isterinya Datin Seri Shahida sedikit goyah BACA Kenapa Edit Ca...
Stop Ucapkan 7 Kalimat Child Shamming Terselubung Ini Sayang Anak Bukan Gini Caranya

Stop Ucapkan 7 Kalimat Child Shamming Terselubung Ini Sayang Anak Bukan Gini Caranya

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 248 hits
Buat kalian yang waktu kecil dulu sering dengar kalimat kalimat ini peluk hangat dari jauh ya
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam