Suami Isteri Rentung 7 Melecur Dalam Kebakaran 40 Rumah


BERNAMA
SEPASANG suami isteri rentung manakala tujuh lagi melecur dalam kebakaran membabitkan kira-kira 40 rumah di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama di Tawau tengah malam tadi.
Mayat Saiful Rosli, 32, dan isterinya, Jumaidah M Jida, 36, isterinya Junaidah M Pide, 36, ditemukan anggota bomba awal pagi tadi selepas kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi ditamatkan pada 6.20 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.25 tengah malam tadi dan 25 anggota serta dua jentera diatur gerak ke lokasi.
“Mangsa yang melecur 86 peratus ialah Abdul Mutalib Suma, 45, manakala seorang lelaki, 26 tahun dan seorang remaja, 18 tahun melecur 17 peratus.
“Selain itu, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berumur antara enam hingga 12 tahun melecur antara 1 hingga 6 peratus dan semua mangsa melecur dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, mangsa kebakaran Mala Tipung, 46, ketika ditemui Bernama menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya yang ditinggalkan kosong selama seminggu itu musnah dalam kebakaran.
“Saya ke tempat kerja suami seminggu lalu di Sungai Burong Teck Guan, pagi ini saya balik, baru saya tahu rumah kami terbakar, semua tinggal jadi debu, satu barang pun tidak dapat diselamatkan,” katanya hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Hasoni Basiah, 34, berkata, ketika kejadian beliau sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah oleh sahabatnya, bernama Awil.
“Saya buka pintu, kawan saya Awil sudah berteriak ‘api’ dan saya tengok api besar sudah di belakang rumah saya, melihat api marak saya kejutkan isteri dan adik ipar, untuk menyelamatkan diri, ” katanya menambah dia hanya sempat mengambil dokumen penting sebelum lari keluar dari rumah.
Nur Anita Saddu, 30, pula berkata, dia suami serta dua anaknya sempat menyelamatkan diri selepas mendengar salakan kuat anjing seperti memberi amaran sesuatu berlaku sebelum kedengaran suara jiran menjerit memberitahu berlaku kebakaran.
“Ketika kami keluar rumah, api sudah merebak ke rumah jiran, saya cuma sempat bawa keluar baju anak manakala suami sempat pindahkan kereta ke tempat selamat,” katanya.
Selain itu Abbas Tenri, 49, berkata, dua surat lahir anaknya tidak sempat diambil dan musnah bersama barangan lain dalam kebakaran itu.
“Saya dan tujuh anak selamat cuma ada dua surat lahir anak saya tidak sempat ambil, saya juga bingung esok anak-anak akan mula sekolah tetapi barang-barang sekolah mereka semua musnah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/suami-isteri-rentung-7-melecur-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukupkan Isteri Dengan Anak Anak Dulu Barulah Rezeki Suami Datang Tak Putus

Cukupkan Isteri Dengan Anak Anak Dulu Barulah Rezeki Suami Datang Tak Putus

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 233 hits
Bila kita hulur duit kat orang tua orang tua suruh cukupkan dulu isteri dengan anak anak Katanya isteri dengan anak anak di bawah tanggungan dan tanggungjawab suami Kalau suami tak cukupkan keperluan mereka maka siapa lagi yang akan buat se...
Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 267 hits
Sejak semalam tular sebuah video sepasang suami isteri tampil secara terbuka dengan menafikan tuduhan bahawa mereka merupakan perakam yang menuduh seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk sehingga merempuh beberapa kenderaan yang dip...
Bekas Isteri Dakwa Badrul Muhayat Larikan 2 Anak Rumah Dipecah Masuk Ini Penjelasan Tuan Punya Badan

Bekas Isteri Dakwa Badrul Muhayat Larikan 2 Anak Rumah Dipecah Masuk Ini Penjelasan Tuan Punya Badan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 497 hits
TIADA angin tiada ribut tiba tiba sahaja nama Badrul Muhayat dihimpit kontroversi selepas bekas isterinya iaitu Julia Daud mendakwa dua orang anak mereka yang bawah jagaannya dilarikan aktor itu
Tahniah Datin Seri Heliza Helmi Dan Suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman Telah Sah Begelar Suami Isteri

Tahniah Datin Seri Heliza Helmi Dan Suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman Telah Sah Begelar Suami Isteri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 1229 hits
Tahniah kepada penyanyi bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima pelakon dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi 36 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan jutawan bergelar Datuk Seri Siapa tak kenal Datuk Seri Mahadi ...
Kebakaran Rumah Tahfiz Quran Di Bekasi Kota Santri Asal Filipina Meninggal Dunia

Kebakaran Rumah Tahfiz Quran Di Bekasi Kota Santri Asal Filipina Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 233 hits
Sementara itu saksi lainnya yakni Ustaz Moh Sidqie langsung menghitung jumlah santri begitu api padam Saat itu ditemukan satu orang santri dengan kondisi telah meninggal dunia
Lapan Rumah Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

Lapan Rumah Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 206 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEKURANG KURANGNYA lapan buah rumah dua tingkat musnah dalam satu kejadian kebakaran berhampiran SJK Chin Chiang Jalan Haji Siraj Renggam Kluang malam tadi Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam ...
Nak Pergi Kerja Cium Isteri Dulu Boleh Panjangkan Umur Suami

Nak Pergi Kerja Cium Isteri Dulu Boleh Panjangkan Umur Suami

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 496 hits
Sesibuk mana sekalipun amat penting untuk suami isteri saling menjaga dan ambil berat akan keadaan pasangan anda Carilah masa dan ruang untuk saling mendengar dan menghabiskan masa bersama sama Apabila isteri mahupun suami mempunyai masalah...
3 Bulan Suami Tak Beri Nafkah Tiba Tiba Isteri Jumpa Resit Beli Barang Kemas

3 Bulan Suami Tak Beri Nafkah Tiba Tiba Isteri Jumpa Resit Beli Barang Kemas

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum Tidak slah anak lelaki masih mahu menbur bakti pada orang tua selepas berkahwin namun janganlah mengaba1kan tanggungjawab diri pada isteri dan anak Suami perlu diingatkan jangan dhagakan pujian semata mata namun dalam diam i...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan