Steven Sim Membantu Lagi Kali Ini Kak Ina Pula Dibantunya
25 kali berulang alik dari pulau ke Bukit Mertajam untuk hantar bunga demi sesuap nasi.
Ibu mertua saya baru meninggal dunia😞. Semasa majlis pengkebumian, saya kagum dan terharu lihat kegigihan Kak Ina, yang buat delivery karangan bunga pengkabungan. Dia sanggup buat 25 trip dari pagi sampai malam.
Apatah daya, Kak Ina hanya pandu sebuah kereta wira yang usang dan kecil 🚙. Tak dapat muat banyak karangan bunga pada satu masa. Jadi terpaksa buat banyak trip.
Saya janji dengan Kak Ina saya akan jumpa dia selepas pengkebumian mak mertua 🤝🏻.
Dan baru-baru ini, walaupun agak sibuk dengan urusan Parlimen dan kementerian, saya tunaikan janji untuk berjumpa dengan Kak Ina.
Sedih mendengar kisah kehidupannya. Kak Ina sendiri kurang sihat, tapi terpaksa berhutang sebab nak jaga ibu yang uzur. Kini ibu tersayang sudah tiada, tapi hutang masih mengikat hidup.
Hutang dengan bank RM15,000 tak mampu bayar sampai kena blacklist😞.
Hutang sewa-beli rumah, bil indah water dan lain-lain mencecah puluh ribu.
Kadang kala duit makan pun tak ada. Bukan sebab Kak Ina malas bekerja. Tapi hidup terperangkap dalam kitaran hutang menyebabkan Kak Ina tak dapat meningkatkan keupayaan bekerja. Nak upgrade kereta kecil kepada van tak mampu, nak buat kerja lain, tak mampu. Kerja sekarang berhempas pulas income baru RM800 sebulan, kalau nasib baik mungkin cecah RM1,000.
Memang buntu.
Memandangkan takdir telah ketemukan kita, Steven akan tolong Kak Ina.
✅️Pertama sekali, saya tolong langsaikan hutang RM15,000 tersebut dengan pihak bank. Keluarkan Ina dari blacklist dulu. Kita mulakan kehidupan baru.
✅️Kedua, saya telefon kawan saya Eric Cheng, anak muda pengasas syarikat CARSOME Malaysia , sebuah portal jual beli kereta terpakai terkemuka. Apabila saya berkongsi kisah Kak Ina, Eric terus menawar untuk taja sebuah van 🚐 berharga RM23,000 kepada Ina. Kenderaan yang Carsome inspect memang tip-tip, walaupun second hand tapi macam baru.
✅️Ketiga, seorang lagi kawan saya Giden Lim, pengasas portal menjual bunga, BloomThis , bagitau saya, syarikatnya akan mengambil Ina bekerja sebagai penghantar bunga secara freelance. Sebulan dia jangka Ina boleh dapat RM3,000 - 5,000 jika dia sanggup kerja bersungguh-sungguh.
Saya bantu setakat mampu. Tapi saya bertuah ada kawan-kawan yang sanggup menyumbang. Malaysia Madani bukan setakat slogan, Malaysia Madani bermakna, jika kita susah, kerajaan akan bantu, jiran tetangga akan bantu, tak kira kaum dan agama. Sama-sama kita mendukung sesama kita sebagai rakyat Malaysia yang Madani🙏🏻.
Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya harap usaha kerdil saya akan memberikan kehidupan baru kepada Kak Ina. Selebihnya Kak Ina kena berusaha sendiri.
Oh ya, RM15,000 yang saya bantu Kak Ina langsaikan hutang, saya kata bukan duit free. Kak Ina kena mula bayar balik selepas 6 bulan dan jika income Kak Ina dah cecah sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Bukan bayar balik kepada saya, saya nak Kak Ina cari asnaf atau anak orang miskin, bagi sedekah bulan-bulan. Kak Ina pula yang bantu orang lain lepas ini👍🏻.
Semoga kita semua dikurnia rahmah Tuhan Yang Maha Esa di bulan yang mulia ini 🤲🏻.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/04/steven-sim-membantu-lagi-kali-ini-kak.html