Staycation Di Hotel Park Inn By Radisson Putrajaya Bertaraf 4 Bintang
STAYCATION DI HOTEL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA BERTARAF 4 BINTANG - Lama kami tak keluar vacation mahupun staycation. Anak-anak dah mula bertanya. Bila nak vacation atau staycation. Memandangkan jadual kami agak padat. Kami mengambil inisiatif staycation dekat-dekat. keebtulan hujung minggu itu akami ada program larian. Selesai program larian Hydro Run GSC X Air Selangor terus STAYCATION DI HOTEL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA BERTARAF 4 BINTANG
STAYCATION DI HOTEL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA BERTARAF 4 BINTANG
STAYCATION DI HOTEL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA BERTARAF 4 BINTANG . Hotel ini terletak berdekatan dengan IKRAM, KLIUC, UNITEN. Hotel Park Inn ini , agak baru juga. Di buka pada tahun 2020.
Sesuai dengan kami pada waktu itu, ,schedule kami agak tight dengan beberapa activities di sekitar Putrajaya & IOI City Mall Putrajaya.
Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya ini sangat dekat dengan IOI City Mall Putrajaya. Hanya mengambil 5 minit sahaja perjalanan .
Maka, kami ambil keputusan untuk staycation di hotel berdekatan. Dengan memilih Hotel Park Inn. Hotel ini banyak fasiliti dan juga bertaraf 4 star hotel.
Jenis bilik kami adalah Junior Suite. Bilik ini mempunyai pilihan 2 double bed atau 1 king bed. Kami dapat 2 bedded
Terdapat 220 bilik di sini. Antara jenis bilik lain seperti Standard room, Deluxe Room, Superior Room
Keluasan bilik kami agak besar 30m2 / 323 ft2 (besar). Boleh memuatkan lagi 1 katil king. Nak bawa toto extra atau tilam angin pun muat lagi ini.
Apa yang best tentang Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, ni?
Apa yang best tentang Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, ni?
WiFi FREE dan sangat laju.
Bilik kami
>> ada tingkap
>> city view
>> ada TV, telefon, hair dryer, mini fridge, coffee, tea, mineral water, safe box, hangers, lamp, iron, iron board
>> plug banyak, USB port pun banyak
>> meja dan kerusi untuk menulis / buat kerja
>> kerusi malas
Katil pun sangat best :
>> tilam sangat empuk
>> comforter tebal
>> selain cadar, katil ada pelapik juga
Bilik Air
>> lengkap dengan toiletteries , shaver, comb, tisu tandas, tong sampah
>> tuala, alas kaki di sediakan
>> shower air panas , sejuk berfungsi dengan baik
>> shower ada 2 jenis
Lif
>> Ada 3 lif di sini.
>> kena touch card bilik untuk naik. Sangat privacy.
>> lif tidak terlalu sempit.
Swimming pool
>> terletak di Ground Floor
>> buka 7 pagi - 10 malam
>> 2 jenis swimming pool. Kedalaman >1.2 meter & 0.5 meter
>> ada toilet di sediakan di kawasan kolam renang
>> di sediakan juga kerusi dan meja
Gymnasium
>> berhadapan dengan swimming pool
>> buka 24 jam
>> kanak-kanak tidak di benarkan atas faktor keselamatan
>> berhawa dingin
>> tuala di sediakan
>> ada alat penimbang berat
Breakfast
>> free 2 pax untuk bilik kami Junior Suite
>> banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, roti boom, kuah kari ayam, popia goreng, hash brown , kuey tiaw goreng, puding, kek, mee sup, kuey tiaw sup, sup fishball, buah, roti bakar, salad, ABC, aiskrim, bubur nasi, cereal, minuman panas, minuman sejuk dan banyak lagi.
>> ruangan makan yang luas. Boleh memilih makan di dalam (berhawa dingin) , luar (fresh air) dan juga privacy room di sediakan
>> waktu breakfast 7 pagi - 10 pagi
Parking
>> luas
>> banyak parking
>> RM1/ entry via kad debit, kredit atau touchNgo sahaja. Nak dapat harga ini, kena validate. Kalau tak , harga lebih lagi lah ye
>> ada parking OKU
Fasiliti hotel
>> lobi
>> mesin air dan makanan ringan di lobi
>> ruangan menunggu di lobi
>> meeting room
>> ruangan untuk event, party, family day
Check in / check out
>> Check in ikut standard biasa hotel 3 petang. Nak awal, boleh runding dengan pihak hotel. Sangat cepat, mudah proses check in. Tiada deposit bilik>> Check out pun senang dan tak perlu tunggu lama, tinggalkan kad bilik. Siap
Staff
>> sangat membantu
>> peramah
>> siap boleh tolong ambilkan gambar dan video kami lagi.
Tempat menarik yang berdekatan
>> pasaraya super 7 - jalan kaki 1-2 minit sahaja
>> watsons : jalan kaki 1-2 minit sahaja
>> mamak : jalan kaki 1-2 minit sahaja
>> universiti (nak konvo , family boleh stay sini..dekat sangat-sangat UNITEN dan KLIUC)
Tempat lain yang berdekatan
>> 5 min ke IOI City Mall Putrajaya
>> 10 min ke Alamanda Putrajaya
>> 5 min ke Hospital Serdang
>> 15 min ke Kajang
Recommend ??
Of course !! highly recommended
Sebab anak-anak kami, suka sangat & minta extended lagi bermalam di sini
Next time insyaallah ye, kids
Nak jimat banyak? Mummy cadangkan korang grab promosi ini. Stay & Dine. Sangat berbaloi sebab dapat bilik Junior Suite + 2x breakfast + 2x Steamboat Dinner dan 15% diskaun untuk ala cart dan Weekend Hi-Tea.
Boleh call terus 03-8911 1999 for reservation.Dan juga untuk promosi boleh ikuti facebook mereka di https://www.facebook.com/parkinnbyradissonputrajaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/12/staycation-di-hotel-park-inn-by.html