Star Timbang Tanding Prk Sandakan


Lu Wei Hoong 
   
Selain PAS, satu lagi parti pembangkang Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) menyatakan minat untuk bertanding pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.

Bagaimanapun, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), yang sering bertanding di kawasan itu, tidak akan meletakkan calon.

Presiden Star Jeffrey Kitingan berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk meletakkan calon namun bergantung kepada perbincangan dengan pakatan Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

"Kami menimbangkan untuk bertanding namun beberapa anggota GBS mungkin berminat jadi kami akan berbincang sesama sendiri dan putuskan parti mana yang akan letak calon.

"Kami akan bermesyuarat dalam minggu ini. Saya sudah bercakap dengan mereka dan tunggu mereka putuskan," katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan, Star kemungkinan mencalonkan Liew Wean Chee, iaitu ketua bahagian Star Tanjung Papat. Tanjung Papat merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN dalam parlimen Sandakan.

GBS terdiri daripada Star, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, LDP bertanding di Sandakan, namun ini merupakan kali pertama parti Sabah itu memutuskan untuk tidak bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Presidennya, Chan Shu Pin berkata, selepas mesyuarat kepimpinan, parti mereka memutuskan untuk memberi laluan kepada DAP yang memenangi kerusi itu sebelum ini.

Dipetik Sin Chew Daily, dia berkata keputusan PRK Sandakan tidak akan mempengaruhi kedudukan kuasa di parlimen.

Maka, kata Chan, tiada keperluan untuk partinya bertanding dan sebaliknya menghormati keputusan pengundi pada PRU tahun lalu.

Menurut data pada 2018, pengundi Sandakan terdiri daripada 51 peratus Cina, 26 peratus bumiputera Sabah, 16 peratus Melayu dan tujuh peratus dari etnik lain.

Kerusi majoriti Cina itu dilihat sebagai kubu kuat DAP.

Malaysiakini difahamkan bahawa DAP Sabah dijangka mencalonkan salah seorang anak perempuan mendiang Stephen Wong untuk mempertahankan kerusi ayahnya.

Vivian Wong, 30, dilihat paling berpeluang untuk dicalonkan, kata sumber.

SPR menetapkan 27 April untuk hari pencalonan dan 11 Mei untuk hari mengundi. Tempoh berkempen adalah 14 hari.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/star-timbang-tanding-prk-sandakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Bekas Calon Pas Pada Pru 13 Tanding Bebas

Prk Rantau Bekas Calon Pas Pada Pru 13 Tanding Bebas

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 374 hits
REMBAU Bekas calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 Mohd Nor Yassin antara mereka yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil bagi kerusi DUN Rantau kali ini Beliau yang tewas di Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada PRU 13 ...
Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 280 hits
1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya M...
Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 342 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANMESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruha...
Prk Parlimen Sandakan Pada 11 Mei

Prk Parlimen Sandakan Pada 11 Mei

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 267 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan akan diadakan pada 11 Mei ini Bercakap pada sidang media di Putrajaya selepas mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tarikh penting PRK Sandak...
Ahli Amanah Tanding Bebas Prk Rantau Automatik Gugur Keahlian Husam Musa

Ahli Amanah Tanding Bebas Prk Rantau Automatik Gugur Keahlian Husam Musa

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 369 hits
KOTA BHARU Keanggotaan Mohd Nor Yassin 67 dalam Parti Amanah Negara gugur secara automatik susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata...
Spr Bermesyuarat Jumaat Ini Bincang Prk Sandakan

Spr Bermesyuarat Jumaat Ini Bincang Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 321 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan tarikh tarikh penting Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata...
Prk Sandakan Warisan Akan Bantu Pasti Kemenangan Dap

Prk Sandakan Warisan Akan Bantu Pasti Kemenangan Dap

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 382 hits
Parti Warisan Sabah akan membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan daripada DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Mei depan kata Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal Bagi berdepan PRK itu Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri...
Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 547 hits
Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa Apa Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Rantau Mohamad Hasan percaya karier politiknya tidak akan berakhir meskipun jika beliau tewas pada PRK berkenaan Andai kata saya tak berjaya dalam PRK ni ...
Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

Prk Rantau Jangan Takut Calon Bukan Melayu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 577 hits
Tidak ada masalah untuk mana mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik bersih dan tidak mengamalkan rasuah kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbang...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine