Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim


SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)
Bermula pada 1 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 
Para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 
Sekiranya anda masih perlukan lebih banyak info mengenai Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), berikut dikongsikan beberapa perkara penting untuk rujukan semua. 
BACA JUGA: Celik Digital – Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam
Apa Itu Sistem Saraan Malaysia (SSM)? Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah diperkenalkan pada tahun 2002, menumpukan kepada aspek pengukuhan terhadap penambahbaikan di bawah SSB yang mana antaranya melibatkan pengenalan elemen kompetensi dalam pengurusan prestasi penjawat awam. 
Pada tahun 2011, sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diperkenalkan dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak  RM2.9 bilion. 
Namun, pelaksanaannya telah dibatalkan dan SSM ditambah baik melalui pengenalan Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) dan kadar gaji baru serta kenaikan gaji 7% hingga 13%.
Pemantapan SSM diteruskan pada tahun 2016 melalui rasionalisasi skim perkhidmatan yang melibatkan penyeragaman gred lantikan, tambahan lapisan gred kenaikan pangkat, perluasan pemakaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindaan perbekalan skim perkhidmatan, pemindahan kelayakan sijil politeknik / sijil setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daripada skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/ diploma serta penjumudan dan pemansuhan skim perkhidmatan. 
Setelah hampir 21 tahun anggota perkhidmatan awam mengguna pakai SSM, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA.
Ringkasan:
Kadar upahan untuk kerja mengikut. perkhidmatan, jawatan dan prestasi anggota.  Kelayakan masuk dan latihan.  Gaji pokok dan komponen berubah.  Perbandingan adil bagi jenis dan peringkat kerja yang dianggap penting dan tinggi nilainya.  Relativiti dan Pariti.  Pengasingan bagi Badan-badan Berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan dan segi kewangan dan jentera organisasi yang kukuh. Sumber infografik : Laman web rasmi SSPA Prinsip-Prinsip Saraan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) 1. KADAR UPAH UNTUK KERJA 
Prinsip ini menetapkan bahawa seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerjadan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diterima.
2. KELAYAKAN MASUK DAN LATIHAN 
Prinsip yang memerlukan seseorang calon memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam Sektor Awam dan prinsip ini membolehkan kadar upah ditentukan berdasarkan kepada kelayakan dan latihan yang ditetapkan dalam sesuatu Skim Perkhidmatan.
3. RELATIVITI DAN PARITI 
Relativiti: satu hubungkait munasabah dalam struktur gaji antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan lebih rendah. Contohnya relativiti antara pegawai gred 48 dengan gred 29. 
Pariti: pegawai Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Perkhidmatan setaraf sewajarnya menerima saraan yang setaraf.Contohnya paritidi antara pegawai gred UD54 dengan M54.
4. PERBANDINGAN ADIL
Prinsip perbandingan adil menetapkan saraan yang diterima oleh pegawai perlulah munasabah dan secara keseluruhannya setanding dengan saraan semasa bagi jawatan setaraf di pasaran bagi membolehkan Sektor Awam menarik dan mengekalkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.
5. GAJI POKOK DENGAN KOMPONEN BERUBAH
Prinsip ini menetapkan supaya pegawai dibayar gaji yang mencukupi untuk menyerah keperluan hidup asas (living wage) yang mengandungi keperluan bagi makanan,pakaian dan tempat tinggal.
6. PENGASINGAN
Prinsip ini mengasingkan pentadbiran saraan bagi badan-badan berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh daripada sistem saraan Sektor Awam yang lain.
Apa Itu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) SSPA merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. SSPA bakal menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai selama hampir 21 tahun bermula pada 1 Disember 2024. 
Semakan semula adalah selari dengan perkembangan semasa, serta seiring dengan peranan yang perlu dimainkan oleh perkhidmatan awam dalam mencapai aspirasi nasional yang digariskan menerusi dokumen-dokumen dasar termasuk Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang memberi fokus kepada keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Fokus SSPA tertumpu kepada aspek mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan awam, menangani pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.  
Melalui SSPA, kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan menerusi pengukuhan elemen-elemen perkhidmatan awam iaitu, Pengoptimuman Sumber dan Peningkatan Produktiviti, Pengurusan dan Pembangunan Modal Insan, Pengukuhan Kepimpinan, Pengukuhan Tatakelola dan Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan. 
SSPA dirangka sebagai satu sistem saraan yang berteraskan kepada aspek prestasi. Selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.  
BACA JUGA: SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Objektif Pelaksanaan SSPA Berikut ialah beberapa objektif pelaksanaan SSPA:
Bagi memastikan penjawat awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti diberikan pengiktirafan; Bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam serta struktur organisasi ke arah memantapkan penyampaian perkhidmatan; Bagimengoptimumkan sumber manusia dan kewangan negara; dan Bagi peningkatan kualiti perkhidmatan awam akan menyumbang kepada keberkesanan Kerajaan yang akan diterjemahkan dalam bentuk penarafan antarabangsa. Prinsip Digunakan untuk Merangka SSPA SSPA telah dibentuk dengan mengambil kira perkaitan antara pembentukan modal insan dan aspirasi nasional.
Tiga (3) elemen utama prinsip SSPA adalah Dinamik, Nilai dan Adil (DNA), yang merangkumi elemen organisasi dan penjawat awam seperti yang berikut:
Dinamik: Struktur dan skim perkhidmatan serta modal insan sektor awam yang tangkas dan sedia masa hadapan. Nilai: Penerapan nilai dan amalan murni penjawat awam ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan perkhidmatan berorientasikan rakyat.  Adil: Kesaksamaan dan kesamarataan dalam penetapan dasar sumber manusia merangkumi fasa sebelum semasa dan pasca perkhidmatan. Perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – SSM vs SSPA Berikut ialah beberapa perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA):
1. SSM vs SSPA – Umum Kredit: NikFasihah N HarisHarun Kredit: NikFasihah N HarisHarun 2. SSM vs SSPA – Jenis Elaun Kredit: NikFasihah N HarisHarun 3. SSM vs SSPA – Aspek Kemudahan Kredit: NikFasihah N HarisHarun 4. Perbezaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Dari Aspek Kemajuan Kerjaya Kredit: NikFasihah N HarisHarun Contoh Simulasi Gaji SSM vs SSPA Contoh simulasi gaji untuk Jururawat dan Penerbit Rancangan pemberian BIPK dalam SSM dan SSPA.
Simulasi N11 – Jumlah pelarasan gaji di Fasa 2 = RM496 (RM1,712 – RM1,216).
Simulasi Gaji Gred 19
Peningkatan gaji untuk Gred 19 ialah 23.9%.
Jika Tuan/ Puan memilih opsyen SSPA, 1 Disember 2024 gaji baru ialah RM3,008.00.
Tunggu setahun, 1 Januari 2026 pula RM3,282.51.
Simulasi Elaun Pegun
Kelebihan SSPA Kredit: NikFasihah N HarisHarun Kredit: NikFasihah N HarisHarun BACA JUGA: Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2024
Soalan Lazim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 1. SSPA terpakai kepada siapa?
JAWAPAN:
SSPA terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Pekeliling Perkhidmatan SSPA yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada September 2024.
Peruntukan Pekeliling Perkhidmatan SSPA berkenaan pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
Tawaran opsyen SSPA hanya diberikan kepada Pegawai Lantikan Tetap. Bagi pegawai-pegawai lantikan kontrak sedia ada termasuk Lantikan Kontrak (Interim), terma-terma kontrak akan diselaraskan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan SSPA.
2. Bilakah SSPA berkuat kuasa?
JAWAPAN: 
Tarikh kuat kuasa SSPA adalah pada 1 Disember 2024.
3. Apa kelebihan SSPA berbanding SSM?
JAWAPAN:
SSPA disediakan bersandarkan kepada falsafah ganjaran menyeluruh (total rewards) merangkumi skim perkhidmatan, urusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan ke ] arah peningkatan motivasi, prestasi dan produktiviti perkhidmatan awam yang disokong dengan pembudayaan nilai-nilai teras yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.
Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dibawa oleh SSPA kepada penjawat awam termasuk pelarasan gaji dan pencen, Jadual Gaji Maksimum-Minimum (JGMM) baharu, penambahbaikan dalam pemberian elaun, kemudahan, pemberian pengiktirafan dan struktur skim perkhidmatan.
4. Siapakah peneraju SSPA?
JAWAPAN:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku jabatan penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam.
Kajian SSPA telah dijalankan bermula dari 29 Julai 2023 dan diterajui oleh oleh tiga (3) jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kecil Kerja Pengurusan Bakat (JKPB), Jawatankuasa Kecil Kerja Pembangunan Operasi (JKPO), dan Jawatankuasa Kecil Kerja Kemapanan Saraan (JKKS).
5. Apakah keberhasilan utama yang diperolehi melalui SSPA?
JAWAPAN:
SSPA memfokuskan kepada dua (2) keberhasilan utama seperti yang berikut:
Memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja penjawat awam. Peningkatan produktiviti dilihat melalui output kerja yang lebih tinggi dan layanan yang lebih berkualiti kepada masyarakat. Memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tenaga kerja, teknologi, dan kewangan dengan cara yang paling efektif dan efisien. Ini termasuk penambahbaikan proses-proses kerja dengan penggunaan teknologi bagi mengautomasi dan memudahkan prosedur, serta pengurangan pembaziran sumber. Melalui pengoptimuman sumber ini, sektor awam dapat menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih cepat, tepat dengan kos yang lebih rendah. 6. Apakah dokumen rujukan mengenai SSPA?
JAWAPAN:
Pegawai boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan SSPA Tahun 2024 yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada September 2024.
Maklumat Lanjut SSM vs SSPA Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jawapan Perkhidmatan Awam. 
MUAT TURUN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf Pemakluman:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ssm-vs-sspa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ssm-vs-sspa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 88 hits
Mungkin masih ramai yang tak perasan adanya Lampiran Soalan Lazim yang lebih terperinci dalam Pekeliling SSPA Penting untuk setiap penjawat awam membaca setiap lampiran ini bagi memastikan anda betul betul faham dan dapat membuat pilihan op...
Perbezaan Ssm Dan Sspa

Perbezaan Ssm Dan Sspa

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 139 hits
PERBEZAAN SSM DAN SSPABerdasarkan perkeliling berikut adalah perbezaan utama antara Sistem Saraan Malaysia dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Tidak ada satu jawapan mutlak yang menyatakan bahawa satu sistem adalah lebih baik daripada yang ...
Teks Bacaan Doa Penghulu Istighfar Dan Kelebihan Doa Penghulu Istighfar

Teks Bacaan Doa Penghulu Istighfar Dan Kelebihan Doa Penghulu Istighfar

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 66 hits
Doa Penghulu Istighfar juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar adalah salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai permohonan ampun kepada Allah SWT Ia dianggap sebagai penghulu atau pemimpin segala bentuk istighfar kerana mak...
Teks Bacaan Doa Mohon Kekuatan Dan Rezeki Dan Kelebihan Jadi Mukmin Kuat

Teks Bacaan Doa Mohon Kekuatan Dan Rezeki Dan Kelebihan Jadi Mukmin Kuat

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 74 hits
Teks Bacaan Doa Mohon Kekuatan Dan Rezeki dan Kelebihan Jadi Mukmin Kuat Teks Bacaan Doa Mohon Kekuatan Dan Rezeki dan Kelebihan Jadi Mukmin Kuat Doa adalah salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memohon segala ...
Teks Bacaan Doa Panjang Umur Dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam

Teks Bacaan Doa Panjang Umur Dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 113 hits
Teks Bacaan Doa Panjang Umur dan Kelebihan Umur Panjang Dalam Islam Doa panjang umur bukan hanya bertujuan untuk memperpanjang hayat di dunia tetapi juga agar kita diberikan kesihatan keberkatan dalam rezeki dan ketenangan hati Ini kerana h...
Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi Saw Dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi

Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi Saw Dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 92 hits
Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi SAW dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi Doa selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam Ia adalah satu bentuk penghormatan dan cinta umat Islam terhadap Rasulull...
Contoh Soalan Ujian Buta Warna Ujian Kpp Jpj

Contoh Soalan Ujian Buta Warna Ujian Kpp Jpj

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 109 hits
Ujian buta warna merupakan salah satu ujian penting yang perlu dilalui semasa mengambil lesen memandu di Malaysia khususnya bagi Ujian KPP JPJ Ujian ini bertujuan untuk memastikan bahawa bakal pemandu mempunyai penglihatan yang mencukupi un...
6 Cara Menjawab Soalan Kenapa Berhenti Daripada Kerja Lama Sewaktu Temuduga Kerja

6 Cara Menjawab Soalan Kenapa Berhenti Daripada Kerja Lama Sewaktu Temuduga Kerja

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 134 hits
Interviewer Why did you leave your last job Walaupun nampak macam soalan mudah tapi percaya tak lebih 70 orang salah jawab soalan ni So ini 6 contoh jawapan mudah untuk korang 1 Alasan gaji I have made the most of my job at company and I ha...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Darul Hana Bridge Waterfront Kuching

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Seketika Di Bandar Hatyai

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Bersama Melawan Denggi Meningkatkan Kesedaran Komuniti Tentang Denggi Dan Pencegahannya