Sri Ram Pertahan Lantikannya Dalam Kes Rasuah Rosmah


Ho Kit YenRosmah Mansor mendakwa, pelantikan Gopal Sri Ram terbatal kerana surat lantikannya hanya ditandatangani oleh Peguam Negara, Idrus Harun pada 8 Julai tahun lalu, ketika perbicaraannya sudah berjalan.KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram akan mempertahankan pelantikannya sebagai pendakwaraya ad-hoc.
Isteri bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya dan membatalkan prosiding.
Beliau mendakwa, pelantikan Sri Ram terbatal kerana surat lantikannya hanya ditandatangani oleh Peguam Negara Idrus Harun pada 8 Julai tahun lalu, ketika perbicaraannya sudah berjalan.
Rosmah sedang dibicarakan atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta daripada kontraktor (Saidi Abang Samsudin) bagi projek pembekalan solar sekolah di Sarawak, serta dua pertuduhan menerima RM6.5 juta daripada Saidi.
Wang itu didakwa bertujuan bagi menolong syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd untuk mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam, memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengenai pendirian pendakwaan ketika sebutan kes untuk kedua-dua permohonan Rosmah.
“Sri Ram akan datang ke mahkamah dan menjelaskannya pada 3 Jun kerana beliau mengatakan secara peribadi terkesan dengan permohonan itu,” kata Mustafa.
Sehubungan itu, peguam Rosmah Jagjit Singh berdiri dan membantah pihak pendakwaan dengan mengatakan bahawa Sri Ram tidak boleh menjelaskan pelantikannya.
“Ia sangat tidak sesuai,” katanya.
Sebagai reaksi balas, Mustafa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan berpandukan oleh duluan yang ditetapkan dalam kes liwat 2 Anwar Ibrahim, di mana peguam Muhammad Shafee Abdullah datang untuk mempertahankan pelantikannya di mahkamah.
Peguambela Akberdin Abdul Kadir kemudian mengatakan bahawa masalah yang berkaitan dengan pelantikan Shafee dalam kes liwat 2 dan pelantikan Sri Ram dalam kes ini adalah berbeza.
“Fiat (kebenaran rasmi) beliau (Sri Ram) menghadapi tentangan,” tambahnya.
Bagaimanapun Zaini berkata, beliau tidak akan membuat perintah mengenai pertikaian pihak pembelaan mengenai kehadiran Sri Ram untuk membantah pelantikannya.
Beliau juga memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan permohonan mereka pada 28 Mei.
“Saya juga akan menasihati kedua-dua pihak untuk bersedia pada 9 Jun bagi meneruskan perbicaraan, jika permohonan ini tidak memihak kepadanya (Rosmah),” kata Zaini.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan Rosmah menjawab tiga tuduhan rasuah yang dihadapinya, dan kes pembelaan ditetapkan pada 9-10, 15-17, 22-23 Jun, serta 12 dan 15 Julai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/sri-ram-pertahan-lantikannya-dalam-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sri Ram Akan Jawab Sendiri Permohonan Rosmah Mahu Gugurkannya

Sri Ram Akan Jawab Sendiri Permohonan Rosmah Mahu Gugurkannya

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 287 hits
26 total views 26 views today Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan berhujah bagi pihak diri sendiri pada prosiding permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkannya sebag...
Court Fixes June 1 To Finalise Najib S Appeal To Disqualify Sri Ram

Court Fixes June 1 To Finalise Najib S Appeal To Disqualify Sri Ram

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 347 hits
The Federal Court had in 2019 ruled that retired judge Gopal Sri Ram s appointment by former attorney general Tommy Thomas a year earlier was valid PUTRAJAYA The Court of Appeal has fixed June 1 to finalise Najib Razak s appeal to disqualif...
Sri Ram To Defend Law Firm In 1mdb Suit Says No Conflict Of Interest

Sri Ram To Defend Law Firm In 1mdb Suit Says No Conflict Of Interest

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 318 hits
Former Federal Court judge Gopal Sri Ram will act for law firm Wong Partners and its partner Brian Chia Hock Gee against a US 1 billion suit filed by 1Malaysia Development Bhd against them When contacted by Bernama Sri Ram said there was no...
Pahang Cadang Pkp Di Kuantan Jika Kes Terus Naik

Pahang Cadang Pkp Di Kuantan Jika Kes Terus Naik

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIAKINIPelaksanaan PKPD di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan bermula tengah malam ini dipercayai berpunca daripada penularan akibat aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOPKerajaan negeri Pahang bercadang mengenakan peratur...
Sprm Tak Siasat Kes Katak Politik Bukti Agensi Kerajaan Jadi Senjata Politik Kata Guan Eng

Sprm Tak Siasat Kes Katak Politik Bukti Agensi Kerajaan Jadi Senjata Politik Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 350 hits
May 3 2021 Lim Guan Eng berkata kegagalan SPRM menjalankan tugas secara profesional dan bertanggungjawab hanya akan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International terus merosot PETALING JAYA Setiausah...
Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan berkaitan pandemik Covid 19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan dan tiga kes bagi varian United Kingdom Menteri Kesihatan Datuk Seri D...
Lagi 5 Kes Covid 19 Terkait Kelompok Ttsh

Lagi 5 Kes Covid 19 Terkait Kelompok Ttsh

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 400 hits
SINGAPURA Lima kes baru dalam masyarakat adalah antara 17 jangkitan baru COVID 19 yang dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa dedah Kementerian Kesihatan Semua kes itu dikesan menerusi ujian proaktif terhadap pesakit pela
Kes Video Adun Tular Setpol Azmin Jamin Kepada Pm Tiada Laporan Susulan Dari Media

Kes Video Adun Tular Setpol Azmin Jamin Kepada Pm Tiada Laporan Susulan Dari Media

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 466 hits
FAZLI RADZISetiausaha Politik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Muhammad Hilman Idham memberi jaminan kepada Perdana Menteri berhubung klip rakaman kamera litar tertutup seorang ahli politik berpeluk dengan dengan s...
Covid 19 Seluruh Dunia Alami Peningkatan Kes Benar Kah

Covid 19 Seluruh Dunia Alami Peningkatan Kes Benar Kah

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 290 hits
COVID 19 SELURUH DUNIA ALAMI PENINGKATAN KES Menurut statistik Universiti Johns Hopkins SELURUH dunia dikhabarkan mengalami peningkatan kes meskipun telah byk negara melaksanakan program vaksinisasi rakyatnya Maka logiklah di Malaysia pun s...
Pn Dan Mn Bolehkah Pas Main Dua Kolam

Pemimpin Dunia Dalam Ketegangan Trump Isyaratkan Perubahan Strategi Di Hemisfera Barat

Easy Ground Beef Heart Recipe

Stella Philip Bisi Orang Sanggup Nganti Sulu Chord

Plan Asal Nak Lambai Ja Tuanku Berhenti Rezeki Tak Disangka Raja Sehari Bergambar Bersama Sultan Pahang Tengku Ampuan

Umno Youth Special Convention Got Zahid S Blessing Says Akmal

Kekalkan Semangat Waja Di Blog Anda Sila Baca Kapsyen Gambar Berbicara Pagi Ini

Spm 2026 Trial Paper Questions Answers


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Google Pixel Berbanding Iphone Patutkah Anda Beralih

Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Digital Innovation Driving The Future Of Business Society And Technology In 2026

Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Hyperthyroid

Permata Tersembunyi Penemuan Bersejarah Di Bawah Persepolis

Forum Multikultural Belia Global Menonjolkan Budaya Xizang Di Singapura Dan Malaysia