Src International Dzulkifli Marah Bila Dituduh Lindungi Najib


Kasthuri Jeevendran Bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika hadir bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL 
KUALA LUMPUR – Saksi ke-15, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyebut beberapa kali perkataan ‘tohmahan’ ketika perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Malah raut wajah bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga kelihatan serius ketika Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram menuduhnya cuba melindungi Najib ketika masih menjawat jawatan Perdana Menteri sekitar tahun 2016.

Ada kalanya beliau tampak seperti hilang sabar kerana dituduh bertalu-talu oleh Sithambaram ketika perbicaraan yang sudah masuk hari ke-91 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa itu mencadangkan kepada saksi apa yang berlaku adalah sandiwara oleh SPRM serta Jabatan Peguam Negara ketika itu cuba mendakwa Najib mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sithambaram kemudiannya menuduh SPRM dan Jabatan Peguam Negara bertindak membersihkan nama Najib dengan mengarahkan no futher action (NFA) bagi kes berkenaan.

 

Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda, itu adalah satu sandiwara kerana keputusan telah di ambil untuk tidak tuduh Najib?

Dzulkifli: Ini satu tohmahan, tidak betul dan tidak benar sama sekali.

Penjelasan lanjut berkaitan kertas siasatan lanjut’ adalah sangat penting untuk mengetahui sama ada kes itu boleh dibuktikan atau tidak, dalam hal elemen pendakwaan yang dicadangkan.

Sithambaram: Tan Sri, ini hak saya untuk tanya, kamu jawab sahaja ya atau tidak.

Dzulkifli: Yelah, saya jawab soalan kamu, itu satu tohmahan. Cuma saya mahu terangkan dengan lanjut dakwaan itu.

Sithambaram: Jadi tidak benar? Begitu kata kamu?

Dzulkifli: Ya, tidak benar.

Sithambaram: Pejelasan lanjut oleh SPRM tidak lebih daripada untuk cover up Najib? Setuju atau tidak?

Dzulkifli: Tidak benar, ini tohmahan kepada pasukan pendakwaan.

Sithambaram: Keputusan NFA kes SRC, 1MDB adalah berdasarkan keterangan setakat 26 Jan 2016?

Dzulkifli: Ya, setakat 26 Januari 2016.

Dalam pada itu, Dzulkifli yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya SPRM mendedahkan pihaknya juga ada mencadangkan supaya seramai empat pengarah SRC International untuk didakwa.

Itu termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah syarikat, Datuk Suboh Md. Yassin dan dua pengarah SRC yang beliau tidak ingat namanya.

Kata Dzulkifli lagi, wang yang masuk ke akaun peribadi Najib tidak boleh dianggap sebagai satu semestinya kesalahan.

“Aliran masuk wang tidak semestinya boleh dianggap sebagai satu kesalahan melainkan jika ia telah dibuat dengan pengetahuan dan mala fide (niat jahat) atau mens rea (niat untuk melakukan suatu kesalahan),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali sebentar tadi. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/src-international-dzulkifli-marah-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Src Trial Former Macc Chief Dzulkifli Ahmad Among Those To Testify Tomorrow

Najib Src Trial Former Macc Chief Dzulkifli Ahmad Among Those To Testify Tomorrow

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 212 hits
NAJIB SRC TRIAL The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters day 89 today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live ...
Bicara Src Tangguh Najib Mengadap Istana Negara

Bicara Src Tangguh Najib Mengadap Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan bersambung hari ini ditangguhkan esok Ia berikutan Najib perlu hadir ...
Wang Masuk Ke Akaun Najib Tak Salah Belanjakannya Salah Dzulkifli

Wang Masuk Ke Akaun Najib Tak Salah Belanjakannya Salah Dzulkifli

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 279 hits
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak semestinya merupakan suatu kesalahan kecuali...
Src International Shafee Latheefa Bertekak Ketika Perbicaraan

Src International Shafee Latheefa Bertekak Ketika Perbicaraan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 236 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian penyokong semasa hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Perbicaraan SRC I...
Kenapa Mahathir Marah Sangat Kepada Najib

Kenapa Mahathir Marah Sangat Kepada Najib

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 291 hits
Ramai yang tanya kenapa PM4 dan PM7 amat dengki dengan saya Kenapa dia selalu fitnah saya meburuk burukkan saya dan menyalahkan saya sebelum dan selepas PRU14 Pelbagai gelaran diberi oleh dia terhadap saya Berulang ulang dia sebut Penyamun ...
Najib Src Trial Proceedings Resume Amid New Pm Ag S Resignation

Najib Src Trial Proceedings Resume Amid New Pm Ag S Resignation

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 211 hits
DAY 85 The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters day 85 today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports o...
Src Trial Macc Chief Reveals Deputy S Aide First To Obtain Najib S Phone Recording

Src Trial Macc Chief Reveals Deputy S Aide First To Obtain Najib S Phone Recording

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 249 hits
Malaysian Anti Corruption Commission chief Latheefa Koya told the High Court today a special officer to her deputy was the first person who obtained the nine audio tapes which showed an alleged cover up surrounding the 1MDB investigation ba...
Src International Latheefa Koya Beri Keterangan Esok

Src International Latheefa Koya Beri Keterangan Esok

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 285 hits
Latheefa Koya KUALA LUMPUR Perbicaraan SRC International Sdn Bhd penyewelengan dana sebanyak RM42 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masuk hari ke 85 perbicaraan dengan prosiding pagi tadi ditangguh ...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Ini Sebenarnya Serangan Di Kashmir Berlaku

Dugaan Pagi Khamis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan

Anak Sulung Setuju Edika Yusof Amp Nor Hidayah Bercerai Sedia Jaga Ibu Selagi Termampu Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka