Sprm Lawat Tingkat 52 Komtar



Dua kumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di tingkat 52, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), pagi tadi.

Kumpulan pertama terdiri daripada empat pegawai itu tiba di lokasi jam 9.40 pagi manakala kumpulan kedua tiba kira-kira 25 minit kemudian.


Tingkat 52 menempatkan pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman; Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan EXCO Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin.

Kumpulan pegawai SPRM itu dijangka akan menyoal beberapa kaunselor eksekutif negeri berkenaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.


Difahamkan hanya Soon Hin berada di pejabat sementara Ramasamy yang tiba di pejabatnya sekitar jam 9.15 pagi dilihat meninggalkan lokasi selepas mempengerusikan mesyuarat sementara Zairil juga meninggalkan pejabatnya kira-kira jam 9 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat lain.

Semalam, Ramasamy memaklumkan kepada media, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap penyiasatan berhubung projek terowong bawah laut itu.

"Sebelum ini, saya pernah dipanggil oleh SPRM untuk beri kenyataan bagi membantu siasatan projek berkenaan pada 2018, namun tidak ada tindakan susulan selepas itu.

"Sekarang, kerajaan baharu mahu melihat semula perkara itu," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan SPRM akan memulakan semula siasatan ke atas Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang susulan bukti baharu yang diterima berkaitan perkara itu.

Sumber terdekat berkata, lebih ramai saksi dari kerajaan Pulau Pinang akan dipanggil membantu siasatan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dijalankan SPRM malah beliau turut dimaklumkan beberapa pemimpin negeri akan disoal berhubung perkara itu.

Selasa lalu, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew adalah individu pertama ditahan berhubung kes itu, ketika ini beliau ditahan reman selama empat hari.

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencetuskan kontroversi sebelum ini terutama membabitkan kos bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta, selain ia lewat dua tahun daripada tarikh siap.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan jalan sejauh 30 kilometer dan terowong bawah tanah dengan nilai keseluruhan dijangka RM6.3 bilion.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/sprm-lawat-tingkat-52-komtar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Ke Komtar Lagi Untuk Soal Siasat Lebih Ramai Exco

Sprm Ke Komtar Lagi Untuk Soal Siasat Lebih Ramai Exco

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 322 hits
Beberapa pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tiba di Komtar untuk melawat pejabat 3 exco kanan susulan penemuan petunjuk baru dalam siasatan rasuah ke atas projek terowong dasar laut dan lebuh raya bernilai RM6 3 bilion Difa...
Sprm Ambil Keterangan Beberapa Kakitangan Di Komtar Bernama

Sprm Ambil Keterangan Beberapa Kakitangan Di Komtar Bernama

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 372 hits
GEORGE TOWN 3 Julai Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini hadir di bangunan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak di sini untuk mengambil keterangan beberapa petugas di bangunan itu ...
Sprm Cari Nurfadziana

Sprm Cari Nurfadziana

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 550 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan seorang wanita bernama Nurfadziana Abdul Kadir bagi membantu siasatan kes Wanita berusia 28 itu mempunyai alamat terakhir di Kampung Silam Lamag Peti Surat 60945 91118 Laha...
Palsukan Tandatangan Adun Seorang Kontraktor Dan Bekas Penyelia Pejabat Ditahan Sprm

Palsukan Tandatangan Adun Seorang Kontraktor Dan Bekas Penyelia Pejabat Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 650 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Seorang kontraktor dan bekas penyelia pejabat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini kerrana disyaki memalsukan tandatangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan tuntutan palsu bernilai kira kir...
Sprm Buka 2 Bilik Gerakan Pada Prk Chini

Sprm Buka 2 Bilik Gerakan Pada Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 363 hits
SPRM buka 2 bilik gerakan pada PRK Chini nbsp Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2020 1 14PM
Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR 20 Jun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membuka dua bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan jika berlaku sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil...
Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 676 hits
GEORGETOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan Jeffrey Chew bekas pegawai tinggi di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Sumber berkata Jeffry yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng itu ditahan se...
Sprm Cari 4 Lelaki Bantu Siasatan Kes Rasuah

Sprm Cari 4 Lelaki Bantu Siasatan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 543 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan SPRM dalam kenyataannya berkara pihaknya mengesan lelaki bagi kes pertama iaitu Sabana Maraleh 43 yang mempunyai...
Siti Zainab Menggunakan Rosli Dahalan Sebagai Talian Hayat Bagi Menyelamatkan Diri Dari Tindakan Sprm

Siti Zainab Menggunakan Rosli Dahalan Sebagai Talian Hayat Bagi Menyelamatkan Diri Dari Tindakan Sprm

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 410 hits
Hari ini Isnin 29hb Jun 2020 jam 3 petang di Kompleks Mahkamah Kajang Jalan Cempaka Putih Kajang Selangor Pihak Jabatan Peguam Negara atas Arahan Siti Zainab akan sekali lagi mencuba nasib mereka untuk mengenakan Bon Jaminan Keamanan sebany...
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah

Meiska Adinda Badut Chord