Spiderman Jual Burger Peroleh Pendapatan Cecah Rm400 Sehari



BESUT — Meskipun perasaan malu pada mulanya menyelubungi seorang remaja Fakhrul Fahmie Ishak, 18, yang memakai kostum watak komik adiwira ‘Spiderman’ ketika membantu di gerai burger milik abangnya Ahmad Ridhuan Ishak, 22, namun beliau kini semakin teruja apabila strategi itu berjaya meningkatkan jualan harian mereka.

Setiap hari, gerai itu yang diusahakan bersama rakan mereka  Muhammad Syukri Hakim Yacoob, 21, di Kampung Raja di sini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan terutama yang menggunakan laluan Kampung Raja-Kota Putera sejak dibuka 31 Disember lepas.


Loading... Menurut anak bongsu dari lapan beradik itu, beliau membantu abangnya berniaga sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengumpul sedikit simpanan untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan.

 “Pada awalnya saya rasa malu memakai kostum Spiderman sebab menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang dekat sini, namun perasaan itu bertukar teruja apabila perniagaan yang diusahakan abang saya dan Syukri bertambah baik apabila ramai pelanggan datang ke gerai burger kami.

“Mereka mencuba keistimewaan burger di sini di samping berswafoto bersama saya,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Kampung Raja di sini.

Kadang kala kenderaan yang lalu dan melepasi kami pun berpatah kembali bila melihatnya berdiri di tepi jalan dan melambai-lambai kepada mereka.

“Mereka akan berhenti seketika untuk anak mereka berswafoto dan ketika itu saya mengambil peluang untuk mempromosi Square Burger Spiderman kami,” katanya.

Ridhuan pula berkata idea menggunakan kostum itu tercetus secara spontan dan bersama rakan karibnya Syukri terus membelinya secara dalam talian dengan harga hampir RM100 pada awal Disember tahun lepas sebelum memulakan perniagaan akhir bulan itu.

“Seperti yang diketahui umum perniagaan burger ini kita dapat jumpa di mana-mana disebabkan itu kami perlu menggunakan strategi perniagaan yang kreatif bagi memastikan burger kami berbeza dengan burger yang biasa dijual di tempat lain.

“Memandangkan agak sukar untuk saya dan Syukri memakai kostum itu sambil memasak, kami meminta Fakrul untuk menggayakan kostum itu dan menarik pelanggan ke gerai burger kami dan Fakrul dengan senang hati menyambut cadangan itu,” katanya.

Katanya, selain kostum Spiderman, beliau turut menonjolkan kelainan pada burger jualannya dengan menggunakan gabungan roti berwarna-warni dan daging burger berbentuk segi empat.

Hasilnya, mereka kini mampu menjual lebih 100 biji burger sehari dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10.50 mengikut pelbagai jenis burger yang diinginkan pelanggan.

Ridhuan berkata perniagaan yang dikongsi bersama sahabat karibnya itu mampu meraih pendapatan RM400 sehari berbanding sebelum ini mereka mengambil upah berniaga burger di Pasir Puteh (Kelantan) dengan bayaran RM50 hingga RM70 satu malam.

Sementara itu Syukri berkata walaupun gerai yang dibuka agak kecil tetapi mereka berniaga dengan gembira di samping dapat menjalankan perniagaan mengikut masa mereka sendiri dan pulang lebih awal sekiranya stok jualan mereka habis awal.

“Kami memulakan perniagaan seawal 5 petang selepas waktu Asar dan menutup gerai pukul 1 pagi. Sebelum ini ketika bekerja di bawah orang kami akan memulakan kerja seawal pukul 4 petang dan hanya balik pukul 4 atau 5 pagi.

“Bila berniaga bersama Ridhuan ini semuanya lebih mudah dan teratur, yang mana setiap hari kami akan turun dari rumah masing-masing di Kampung Padang Pak Ahmad, Pasir Puteh kira-kira pukul 3 petang dan mula berniaga pukul 5 petang selepas membuat persiapan berniaga,” katanya. — Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/spiderman-jual-burger-peroleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Jenis Burger Yang Unik Lain Dari Yang Lain Tak Jual Kat Mana Mana

7 Jenis Burger Yang Unik Lain Dari Yang Lain Tak Jual Kat Mana Mana

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 660 hits
Burger Apa yang menariknya dengan daging yang diapit dua keping roti gebu ini Sebenarnya burger terdapat pelbagai jenis isian Ada daging lembu daging ayam daging kambing isi ikan dan pelbagai lagi Menambahkan lagi kelazatan apabila diletakk...
Instafamous Cikgu Vnkery Peroleh Rm500k Dalam 2 Bulan Hasil Jual Sambal Hitam

Instafamous Cikgu Vnkery Peroleh Rm500k Dalam 2 Bulan Hasil Jual Sambal Hitam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 542 hits
Sambal hitam merupakan makanan tradisi orang Pahang khususnya di daerah Kuala Lipis Raub dan Jerantut Sambal hitam biasanya dijadikan sebagai pencicah atau hidangan sampingan yang amat sedap jika dimakan dengan nasi panas Sambal hitam meman...
Pemilik Akaun Bank Luar Negara Yang Belum Lapor Pendapatan Sila Ke Lhdn

Pemilik Akaun Bank Luar Negara Yang Belum Lapor Pendapatan Sila Ke Lhdn

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 317 hits
Individu yang ada akaun bank di luar negara dan pendapatan yang belum dilaporkan diminta segera hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Dalam satu kenyataan hari ini Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata pihaknya telah m...
Kementan Target Pendapatan Petani Meningkat 6 Kali Lipat Tahun Ini

Kementan Target Pendapatan Petani Meningkat 6 Kali Lipat Tahun Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 152 hits
Kementerian Pertanian menargetkan pendapatan petani bisa meningkat hingga 6 kali lipat di 2019 Salah satunya dengan memaksimalkan rawa menjadi lahan persawahan untuk komoditas padi Menteri Pertanian Amran Sulaiman mengatakan selama ini laha...
8 Pemimpin Negara Dengan Pendapatan Tertinggi Di Dunia

8 Pemimpin Negara Dengan Pendapatan Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 341 hits
Tentu tidak sedikit yang memimpikan atau bercita cita menjadi seorang presiden saat kecil Selain memiliki kekuasaan dan wewenang gaji presiden juga memiliki nominal yang tidak kecil Sebagai contoh gaji presiden Indonesia Joko Widodo berada ...
10 Tips Jana Pendapatan Sebagai Tutor Sambilan

10 Tips Jana Pendapatan Sebagai Tutor Sambilan

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 318 hits
10 Tips Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Tutor Sambilan Dulunya aku fikir bidang pendidikan bukanlah satu bidang yang sesuai untuk aku sebab aku bukanlah seseorang yang reti menerangkan sesuatu topik tu Tapi dalam tak sedar sebenarnya dari...
Citilink Targetkan Pendapatan Di 2019 Naik Hingga 23 Persen

Citilink Targetkan Pendapatan Di 2019 Naik Hingga 23 Persen

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 301 hits
Direktur Niaga Citilink Indonesia Benny Rustanto menargetkan untuk meraup total pendapatan hingga 23 persen pada 2019 Optimisme itu muncul pasca dikeluarkannya kebijakan bagasi berbayar yang akan diterapkan Citilink Indonesia mulai 8 Februa...
Jana Pendapatan Dari Rumah Di Hujung Jari Dengan Jag Reward

Jana Pendapatan Dari Rumah Di Hujung Jari Dengan Jag Reward

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 271 hits
Siapa yang tak nak duit kan Lebih lebih lagi para ibu yang tak boleh bekerja dan hanya surirumah sepenuh masa walau dapat duit dari en suami tapi mesti teringin nak ada duit poket sebagai tambahan kan Rasanya ramai yang pasti buka Facebook ...
Bps Ungkap Indonesia Kini Termasuk Negara Pendapatan Menengah Ke Atas Siapa Aja Nih Yang Naik Gaji

Bps Ungkap Indonesia Kini Termasuk Negara Pendapatan Menengah Ke Atas Siapa Aja Nih Yang Naik Gaji

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 243 hits
Meski bukan lagi negara berpendapatan menengah ke bawah katanya kita tidak boleh senang dulu Masih butuh perjalanan panjang untuk menanggalkan status sebagai negara ber flower
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas