Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Belimbing) - Gambar kredit: duniapengetahuan165.blogspot.comPenyu Belimbing adalah spesis penyu terbesar di dunia.Ia bercengkerang lembut (tujuh jalur memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor seperti buah belimbing) dan warna badannya kehitaman serta bertompok putih. Ia boleh membesar sehingga 2 meter panjang dengan berat badan 600 kg. Ia menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di laut lepas dan berkebolehan menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Bahagian atas mulutnya melengkung bagi memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Musim bertelurnya dari Mac hingga Ogos (menghasilkan 60 – 120 biji sekali bertelur). Lokasi utama penyu ini naik untuk bertelur adalah di Rantau Abang dan Paka, Terengganu.
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Agar) - Gambar kredit: hafidzyoungscientist.blogspot.comPenyu Agar juga dikenali sebagai 'penyu hijau'. Warna cengkerangnya adalah coklat tua atau kehitaman. Ia boleh membesar sehingga 1m dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April hingga September (menghasilkan 100 – 140 biji sekali bertelur).Penyu ini mendarat di pantai Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Agar) - Gambar kredit: facebook.com
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Lipas) - Gambar kredit: terengganuimpianku.blogspot.comPenyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara 4 spesis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 cm dengan berat di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya dari Mac hingga Jun (menghasilkan 100 biji sekali bertelur). Penyu ini selalu mendarat di pantai Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |