Sokongan Mahathir Kepada Anwar Sebagai Pm 10 Sudah Tidak Bernilai Malah Tak Lagi Diperlukan


 
Secara tiba-tiba, kini sudah wujud suatu kecenderungan baru yang bertujuan untuk memastikan kerjasama politik yang diimpikan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim benar-benar menjadi kenyataan.
Kecenderungan itu ialah dengan cuba menggambarkan perlunya Tun Mahathir menerima dan membuat pengumuman terbuka menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10.
Disebutkan jika itu dilakukan, maka tiada sebab kerjasama tidak boleh terjalin semula antara kedua pemimpin tersebut, seterusnya secara automatik juga dapat memastikan UMNO/BN dikalahkan sekali lagi.
Yang berkata demikian, daripada pencacai kaki lima hinggalah kepada penganalisa politik bergelar profesor, segala-galanya kini terletak di pihak Tun Mahathir untuk menentukan berjaya atau tidaknya kerjasama itu.
Setuju Tun Mahathir berbuat demikian, maka terbentuklah kerjasama itu.
Di pihak Anwar pula dinasihatkan agar bersikap lebih terbuka dan jangan terlalu emosi dengan sejarah lama dengan Tun Mahathir.
Tambah mereka, politik itu pragmatik serta tiada musuh yang kekal dan tiada juga sahabat yang abadi.
Di waktu yang sama, sejak semalam tampil pula seorang penyokong kuat Tun Mahathir mengesahkan kononnya Anwar sudah pun bersetuju untuk berjumpa dengan Pengerusi GTA itu bagi membincangkan kerjasama antara mereka.
Kata penyokong tersebut, pertemuan itu akan berlangsung dalam dua atau tiga hari akan datang ini.
Menurutnya, Tun Mahathir secara umumnya sudah bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10 dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat selepas pertemuan tersebut nanti.
Katanya, kini tiada lagi isu antara Anwar dengan Tun Mahathir berikutan Pengerusi GTA itu sudah setuju untuk menyokong Pengerusi PH itu sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya selepas PRU15 ini.
Ternampak dalam hal ini, walaupun PH melalui kenyataan Saifuddin Nasution Ismail telah memaklumkan gabungan itu akan berlawan mendepani PRU15 tanpa bekerjasama dengan Tun Mahathir, GTA dan Pejuang, masih ada pihak yang belum putus asa mahu menyelamatkan nyawa politik Tun Mahathir.
Membentuk kerjasama dengan GTA bukanlah merupakan keinginan PH atau Anwar, meskipun ada segelintir kelompok dalam PH tidak dinafikan sangat mahu ia berlaku.
Tidak pernah Anwar membuka mulut mahu bekerjasama dengan orang yang telah mengkhianatinya, malah beliau sentiasa gigih bekerja memulihkan kekuatan PKR dan PH dengan keyakinan dan semangat juangnya yang tidak pernah padam.
Sebaliknya yang teringin sangat bekerjasama ialah Tun Mahathir dan GTA, malah sampai ke peringkat beliau sudah tak kisah jika ada pihak yang menganggap keinginannya itu umpama menjilat ludah sendiri.
Tun Mahathir bukan saja merasakan PH berpotensi untuk menang, tetapi juga untuk menumpang kemenangan PH bagi mengelakkan GTA ditimpa kekalahan memalukan, seterusnya dapat pula menyelamatkan karier politik anaknya, Mukhriz Mahathir.
Kalau PH tiada potensi untuk menang, mana mungkin Tun Mahathir sanggup merendahkan dirinya sampai ke tahap tak kisah menjilat ludah sendiri.
Bererti dalam hal ini, sokongan Tun Mahathir kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sudah tidak bernilai lagi kerana keinginan bekerjasama itu sendiri tercetus atas kepercayaan Presiden PKR itu sudah pun berada di ambang kemenangan.
Yang lebih bernilai sebenarnya hanyalah Tun Mahathir ingin menumpang kekuatan serta kemenangan PH bagi menyelamatkan maruah diri dan masa depan anaknya.
Sedemikian, lebih baik PH berhenti melayan hasrat dan nafsu Tun Mahathir itu atau sesiapa saja yang cenderung bersimpati kepadanya, apa lagi meletakkan kepercayaan dengan menyandarkan perlunya beliau menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam situasi sekarang ini.
Sokongan beliau sudah tiada ertinya lagi setelah sokongan yang sepatutnya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 sebelum ini dikhianati dan dicuranginya dengan sengaja dan dalam keadaan penuh kesedaran dilakukannya.
Memang benar dalam politik tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi, tetapi dengan Tun Mahathir, lebih baik kita memilih bermusuh selama-lamanya.
Elok-elok sudah stabil dan aman tenteram tanpa kelibatnya, kemenangan pun tak jauh lagi di depan mata, takut dek kerana adanya beliau bersama nanti, tak pasal-pasal PH jadi bergolak macam dulu semula. – ShahbudinHusin 23/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/sokongan-mahathir-kepada-anwar-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 191 hits
Tiada keperluan untuk berbincang dengan Dr Mahathir Mohamad kata Anwar Ibrahim sekali gus menamatkan sebarang kemungkinan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke 15 Pengerusi PH itu berkata lebih baik beliau ber...
Anwar Tiada Masalah Jumpa Dr Mahathir Bincang Isu Yang Di Perjuang Bersama

Anwar Tiada Masalah Jumpa Dr Mahathir Bincang Isu Yang Di Perjuang Bersama

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Sei Anwar Ibrahim berkata dia tiada masalah untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun katanya perbincangan hendaklah menjurus kepada isu isu yang diperjuangk...
Dr Mahathir And Anwar Need Each Other

Dr Mahathir And Anwar Need Each Other

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 166 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Anwar Ibrahim are ideal partners for a final duet as they need each other to once again defeat BN in the upcoming 15th general election according to political analysts However one observer is of the op...
Saya Angkat Tangan Mengaku Salah Saya Dengan Ini Akur Anwar Perlu Luangkan Masa Jumpa Tun Mahathir Selepas 19 Nov Nanti

Saya Angkat Tangan Mengaku Salah Saya Dengan Ini Akur Anwar Perlu Luangkan Masa Jumpa Tun Mahathir Selepas 19 Nov Nanti

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 255 hits
Hari ini saya ingin membuat suatu pengumuman penting saya dengan ini angkat tangan mengaku kalah dan menarik balik semua penegasan dalam beberapa tulisan kebelakangan ini yang condong agar Anwar Ibrahim tidak melayan keinginan Tun Mahathir ...
Mahathir Mahu Berdamai Dengan Anwar Lagi Tak Kisah Dikata Jilat Ludah

Mahathir Mahu Berdamai Dengan Anwar Lagi Tak Kisah Dikata Jilat Ludah

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 151 hits
MalaysiakiniBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menghulurkan tangan pendamaian dengan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya umum bulan depan Kata Mahathir jika perlu memulakan langkah itu dia akan melakukannya demi mengelak...
Pesanan Untuk Anwar Jangan Hubungi Jangan Jumpa Dan Tolak Semua Bentuk Kerjasama Dengan Mahathir

Pesanan Untuk Anwar Jangan Hubungi Jangan Jumpa Dan Tolak Semua Bentuk Kerjasama Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 223 hits
Shahbudin Husin Ibarat lelaki kasanova yang sedang mabuk dan kemaruk mahu memikat seorang gadis jelita secantik bidadari daripada syurga itulah perumpamaan paling sesuai untuk menggambarkan bagaimana ghairahnya Tun Mahathir Mohamad mahu bek...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids