Sokong Anwar Surat Didakwa Diutuskan Zahid Kepada Agong Mula Tular



(Astro Awani) – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid didakwa telah memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Dalam satu surat bertarikh 11 Oktober, 2020, yang didakwa dihantar beliau sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sokongan tersebut turut didukung Ahli-ahli Parlimen UMNO.
Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.
“Tujuan mengemukakan warkah ini untuk seikhlasnya mengesahkan bahawa patik bersama YB Dato’ Seri Najib Bin Razak selaku Ahli Parlimen Pekan (P085) dan sejumlah Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan dan kepercayaan kami kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) YAB. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143).
“..dan memberi sokongan dan kepercayaan kami yang tidak berbelah bahagi dan setia kepada YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” menurut surat yang telah tular di laman media sosial itu.
Ketika ini Astro AWANI masih menunggu pengesahan daripada Ahmad Zahid atau pegawai Pejabat Presiden UMNO berkenaan surat ini.
Dalam surat tersebut, Ahmad Zahid didakwa berkata, mereka membuat pendirian seperti yang dinyatakan sehingga tamatnya Sidang Parlimen Ke-14, untuk mengelakkan pilihan raya umum sewaktu penyebaran COVID-19 dan kegawatan ekonomi.
Ujar beliau lagi, pendirian tersebut diambil berikutan keresahan dan kekecewaan UMNO dengan Bersatu, dan keperluan nyata untuk membuat perubahan kepada kepimpinan negara, dan demi kepentingan rakyat dan negara.
“Sehubungan itu, patik selaku Presiden UMNO bertanggungjawab memaklumkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa YAB. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143), telah kehilangan sokongan dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
“..dan YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) telah mendapat dan mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9, selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kandungan surat itu lagi.
Ahmad Zahid dalam surat itu didakwa berkata, bagi tujuan tersebut, beliau sedia menjunjung titah Tuanku untuk menghadap sekiranya diperkenan dan dianggap perlu.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapannya berkata, parti masih berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi sebelum ini iaitu mengukuhkan Barisan Nasional, memantapkan Muafakat Nasional, dan tiada DAP dalam kerjasama politik.
“Saya selaku Setiausaha Agung UMNO juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kepada pendirian keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini iaitu – Kukuhkan #BN, Mantapkan #MN, dan Tiada DAP.
“Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/17/sokong-anwar-surat-didakwa-diutuskan-zahid-kepada-agong-mula-tular/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 542 hits
October 17 2020 4 29 PMPada 23 Sept lalu Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam PETALING J...
Zahid Perlu Nyata Pendirian Berkenaan Surat Didakwa Sokong Anwar

Zahid Perlu Nyata Pendirian Berkenaan Surat Didakwa Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 672 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 10 44 pmAhmad Zahid hamidiPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu berani menyatakan pendirian berhubung surat tular yang mendakwa parti itu menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim Naib Ketua Pemuda PKR Syed ...
Pn Terdesak Nak Tahu Mp Yang Sokong Anwar Dedah Surat Palsu Zahid

Pn Terdesak Nak Tahu Mp Yang Sokong Anwar Dedah Surat Palsu Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 382 hits
Nampaknya Perikatan Nasional sudah terdesak untuk mengekalkan kuasanya dalam kerajaan pusat sehingga laskar sibernya mendedahkan sepucuk surat daripada Zahid Hamidi kepada Yang di Pertuan Agong kononnya beliau menyatakan sokongan kepada Dat...
Gempar Senarai 121 Ahli Parlimen Sokong Anwar Kini Tular

Gempar Senarai 121 Ahli Parlimen Sokong Anwar Kini Tular

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 815 hits
mhdaily netDatuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sudah menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang menyokong beliau untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kepada Yang di Pertuan Agong Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata ...
Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 591 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di Pertuan Agong akan menemui pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Sultan Abdu...
Akuan Bersumpah Dakwa Maszlee Sokong Anwar Tular

Akuan Bersumpah Dakwa Maszlee Sokong Anwar Tular

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 725 hits
Satu surat didakwa akuan bersumpah Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial Menerusi surat itu Mazlee...
Maszlee Malik Didakwa Sokong Anwar

Maszlee Malik Didakwa Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik didakwa memberi akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan portal MalaysiaNow pada Sabtu...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November