Sofa Dekat Balkoni Anak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Terjatuh


Berita duka yang menyentap jiwa ibu bapa apabila kediaman di pangsapuri Presint 9 bertukar pilu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan tersebut pada hari Sabtu.
Tragedi memilukan itu terbongkar apabila seorang doktor dari Unit Kecemasan Hospital Putrajaya membuat laporan polis kira-kira jam 2.24 petang, memaklumkan kanak-kanak itu tiba dalam keadaan parah dan berlumuran darah, dibawa sendiri oleh bapanya.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan oleh pasukan perubatan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat tujuh bangunan apartmen tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi.
Tambahnya lagi, proses bedah siasat dijadualkan berlangsung pada jam 8 pagi Ahad (semalam) dan siasatan kes masih diteruskan.
Susulan insiden tragik ini, penduduk pangsapuri diingatkan agar tidak meletakkan sebarang perabot seperti kerusi, sofa, rak kasut atau barangan lain berhampiran koridor dan balkoni. Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutamanya kepada kanak-kanak yang aktif dan sedang membesar.
Sementara itu, meninjau dari perkongsian yang dipaparkan oleh Public Health Malaysia, kedudukan perabot yang diletakkan berhampiran kawasan seperti balkoni atau tingkap boleh menjadi ‘tangga maut’ kepada kanak-kanak.
Foto: Public Health Malaysia Sofa. Kerusi. Rak kasut.
Benda-benda ini nampak biasa, tapi bila diletakkan berhampiran koridor, tingkap atau balkoni rumah bertingkat, ia boleh jadi ‘tangga maut’ untuk anak kecil.
Kanak-kanak sedang membesar penuh dengan rasa ingin tahu. Mereka suka memanjat, meneroka, dan melihat dunia luar dari atas. Tapi malangnya, satu langkah kecil mereka boleh membawa padah besar kepada keluarga.
Ramai tak sedar, hanya kerana mahu ruang lebih luas dalam rumah, perabot dipindahkan ke luar atau ke tepi tingkap. Tapi ruang itu kini jadi zon bahaya, lebih-lebih lagi jika tidak dipasang penghadang keselamatan.
Sayangi anak anda. Keselamatan bermula dengan tindakan kecil hari ini.

Semoga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua, khususnya ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak, terutamanya di kediaman bertingkat. Dalam masa yang sama, peranan jiran tetangga juga sangat penting — saling ambil peduli, tegur menegur, dan peka terhadap persekitaran boleh menjadi benteng awal dalam mencegah tragedi seumpama ini daripada berulang. Sedikit perhatian kita, mungkin mampu menyelamatkan nyawa.
Sumber: Public Health Malaysia
The post Sofa Dekat Balkoni, Anak 2 Tahun Maut Lepas Panjat & Terjatuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sofa-dekat-balkoni-anak-2-tahun-maut-lepas-panjat-terjatuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 209 hits
Isteri Koperal Amiruddin Zabri reda suami pergi Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun enanti Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan namumn kebahagiaan itu tidak bertahan lama Isteri Koperal Amiruddin Zabri...
Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 180 hits
Kali ke 2 ke ke 3 menginap di Hotel 1O1 Ulu Tiram ni Reason ke sini lagi sebab nak melawat bakal anak pelihara kitaorang yang ditempatkan di Rumah Kanak Kanak Ulu Tiram Masa ni kitaorang dah dapat tawaran dari JKM untuk anak pelihara kitaor...
Pilunya Hati Seorang Anak Imamkan Jenazah Ayah Di Usia 12 Tahun

Pilunya Hati Seorang Anak Imamkan Jenazah Ayah Di Usia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 158 hits
Dalam suasana penuh hiba dan linangan air mata seorang anak lelaki berusia 12 tahun melangkah ke hadapan dengan penuh keberanian dan reda mengimamkan solat jenazah bapanya sendiri yang terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan lori Pasuk...
Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 162 hits
Memang padat Non stop Day in day out Dari pagi sampai malam Tapi tak pernah penat Tak pernah merungut Sebab dah biasa sejak umur 3 tahun Itu antara perkongsian santai tapi sangat memberi inspirasi dari Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Instagra...
Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 188 hits
Cerita bulan Oktober tahun lepas Baru nak up kat blog Biasa lah kakak fiezz yang busy duaplohempatjam ni hehe Ni masa kitaorang baru lepas pi melawat baby Farah kat Rumah Kanak Kanak area Ulu Tiram so dah alang sampai ke sini terus lah pi b...
Selepas 53 Tahun Prob Angkasa Lepas Rusia Jatuh Di Lautan Barat Jakarta Indonesia

Selepas 53 Tahun Prob Angkasa Lepas Rusia Jatuh Di Lautan Barat Jakarta Indonesia

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 113 hits
Pada 10 Mei 2025 dunia sains angkasa lepas mencatat satu lagi detik bersejarah apabila Cosmos 482 prob eksplorasi milik Kesatuan Soviet yang dilancarkan pada tahun 1972 dahulu akhirnya kembali ke Bumi selepas lebih 50 tahun berada di orbit ...
Nahas Fru Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun

Nahas Fru Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 136 hits
Nahas FRU hilang anak dan suami dalam tempoh tak sampai dua tahun Isteri Koperal Nurit Pandak 34 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan yang maut dalam kemalangan tragis menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang ...
Juruteknik Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Di Balkoni Rumah

Juruteknik Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Di Balkoni Rumah

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 143 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang juruteknik penyaman udara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat anak tiri perempuannya di balkoni rumah mereka bulan lalu Lelaki 40 tahun itu didakwa sebagai orang yang mempuny...
Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 170 hits
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pempengaruh CEO Batu apabila didakwa menghantar gambar berunsur seksu l kepada seorang remaja berusia 14 tahun ibu kepada mangsa remaja bernama Qalisya itu iaitu Ieja Cazendra berkata anaknya t...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut