Snek Miaow Miaow Mengimbau Kembali Memori Nostalgia Dengan Perisa Klasik
Hi Korang,
Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kembali lagi bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau. Kempen “MIAOWMORI IKONIK” yang dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pagi ini akan diikuti dengan roadshow menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023
Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang. Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”
Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”.
Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama
“Miaow Miaow telah melangkah jauh berbanding ketika kami mula ditubuhkan pada 1989, dan kini kami amat berbangga untuk berkongsi bahawa kami boleh didapati di hampir 40 negara di seluruh dunia, dengan Saudi Arabia dan China menjadi salah satu daripada pasaran terbesar kami. Selain daripada itu, kami turut menerokai peluang untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran dan berharap untuk memperkenalkan beberapa snek baharu dalam tempoh terdekat,” tambah Encik Jason Ch’ng
Di Miaow Miaow Roadshow ini jugak, terdapat pelbagai jenis permainan klasik seperti Batu Seremban, Teng Teng, musical chairs dan pelbagai lagi
Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu. Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza. Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan
Antara pilihan snek paling laris yang diketengahkan pada acara itu ialah:
● Keropok Udang Miaow MiaowDibuat dengan udang dan disimpan pada suhu rendah bagi mengekalkan kesegarannya, snek ini dipanggang dengan teliti bagi memastikan rasa udangnya yang asli dapat dinikmati sepenuhnya
● Keropok Ubi Miaow MiaowKaya dengan rasa kentang bagi memenuhi keinginan anda dan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan
● Snek Kekacang Hijau Miaow MiaowJika anda menggemari kacang pea, anda pasti menyukai snek ini! Kacang hijau ini dibentuk unik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda
● Keropok Perisa Ayam Miaow MiaowRasa klasik zaman kanak-kanak yang membolehkan anda mengimbau dan mencipta memori indah bersama-sama keluarga. Diperkayakan dengan rasa ayam dalam setiap gigitan
● Keropok Perisa Sotong Miaow MiaowSnek berperisa sotong yang pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah
“Mydin adalah rakan yang ideal untuk jerayawara ini kerana kami mempunyai sifat yang sama – mereka juga merupakan jenama Malaysia dengan warisan selama lebih 60 tahun dan mempunyai kedudukan yang mantap di seluruh Malaysia. Kami sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mydin,” jelas Encik Jason Ch’ng
Miaow Miaow mula ditubuhkan di Batu Pahat sebagai sebuah perniagaan pengagihan keluarga, ia pakar dalam penghasilan, pembekalan, dan pengeksportan pelbagai snek, dijual pada harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia dengan pelbagai gaya hidup dan budaya yang berbeza di seluruh dunia
Selain daripada Mydin, snek Miaow Miaow boleh dibeli di pasar raya utama dan kedai runcit seperti Aeon, Aeon Big, TF Value, The Stores, Econsave dan lain-lain
Jom apa lagi moh kita sama-sama memeriahkan #MiaowMiaowRoadshow di Mydin USJ minggu ni tau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/03/snek-miaow-miaow-mengimbau-kembali.html