Skechers Untuk Keselesaan Kaki Semasa Travel
Skechers pilihan terbaru mr hubby..kelas tau..kemain kasut jenama Skechers dia beli sebab nak gi jenjalan kat obersee 2 minggu lepas..sebelum ni masa kitaorang ke Jepun tahun 2017, mr hubby beli kasut jenama BATA untuk pakai masa jenjalan kat Jepun..sekali dari hari pertama pakai kasut BATA tu, tak tau la tak sesuai ke..salah saiz ke..tapi rasa betul dah saiz..kaki mr hubby membengkak sampai habis trip kitaorang tu..huhu...sejak tu tak bersentuh dah kasut tu...serik mr hubbyTRIP COMPANY ke ZhangJiaJie, Chinaso dua minggu lepas, mr hubby kena follow company trip dia ke China..dan mr hubby masuk dalam 2nd group untuk trip ni..trip yang pertama dah pergi masa bulan puasa ritu..kebanyakan chinese staff yang pergi company trip ni untuk 1st trip..2nd group ni ramai melayu..dan refer pada 1st group yang dah pergi bulan puasa ritu, dorang bitau cuti2 ke ZhangJiaJie, China ni, banyak aktiviti berjalan...haha..mmg tak baper nak berkenan la mr hubby k.fiezz part berjalan ni..tapi no choice..tak ada alasan tak nak joint...KASUT JENAMA SKECHERSDah dapat info yang katanya trip ni banyak berjalan, mr hubby dah standby sesiap nak beli kasut jenama Skechers pulak kali ni..Ramai yang suggest kasut Skechers ni selesa walaupun mahal tapi material dia tu bagi keselesaan pada kaki bila kita pakai..tak sakit kaki..and bla bla..kalau tanya k.fiezz plak..sama je kasut mana-mana..haha..dasar kedekut..tapi masa temankan mr hubby ritu, ada gak cubaan sis nak paw mr hubby sepasang skechers..haha..tapi no response..haha...tak pe..next time..SKECHERS IOI MALL, PUCHONGKitaorang ke kedai Skechers dalam IOI Mall, Puchong..masa ke situ, mmg line clear..tak ada orang..yelah rega kasut mahai..mmg takut la orang nak jejak..k.fiezz rasa cam orang have-have je yang mampu masuk situ sebab range price kasut dia RM349/RM359..tak ada yang rega mur mur..kalau ada pun sandal dan stoking Skechers..stoking dalam RM39 (3 pasang - 1 pek)...sandal pun RM1**.00 lebih kurang...so mmg kena poket penuh la citer dia kalau nak masuk ke sini..ataupun tunggu time sales..Masa kitaorang ke sini, tak ada sales/promo pun..tapi ada la few design kasut dia yang ada 50% diskaun...pilihan mr hubby, harus la yang ada 50& diskaun tu..hehe...
Pilih kasut yang ni...selain cantik..ni antara yang ada 50% diskaun...dan jugak kasut ni masuk dalam kategori sesuai untuk aktiviti yang banyak berjalan..kira cun sangat la untuk travel...
Kasut skechers yang sesuai untuk aktiviti banyak berjalan...
Tadaaa..hat bawah tu pilihan k.fiezz...
Mencuba gak la kan..hehe..yang ni harga asal..RM349 kalau tak silap..mmg sedap pakai dia weiii..lembut je bahagian dalam dia..patut la maheiii...
cubaan untuk paw tak berjaya..wefie je la...
Setel..time to pay...Mr hubby amik sepasang kasut & 1 pek stoking (ada 3 pasang)
Komen mr hubby - overall kasut skechers ni membantu sangat masa aktiviti dia yang banyak berjalan kat China ritu...kaki mr hubby tetap sakit gak tapi kasut skechers ni banyak support bila pakai jadi tak terasa sangat kaki sakit...cewah..harus la kan..mahaiiii..mesti la membantu..haha
tak kira..nak jugak kasut skechers nanti...hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/09/Skechers-Untuk-Keselesaan-Kaki-Semasa-Travel.html