Siti Nurhaliza Menangis Depan Kaabah Ini Yang Saya Rindu Sebenarnya Orang Tak Kenal Saya Semua Berebut Berdoa
Jika di tanah air, di mana-mana sahaja kelibat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada pasti menjadi perhatian peminat setianya.
Namun, ketenangan tidak dikenali atau ‘diganggu’ saat mengerjakan umrah merupakan menjadi perkara yang dirindui Siti apabila dia dapat menunaikan ibadah dengan sempurna seadanya.
Menerusi perkongsian IG Live yang dibuat Siti sebentar tadi, air mata pelantun lagu Lip Lap Raya itu turut gvgur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk dijemput menjadi tetamu Allah.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni.
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Kali ini kedatangan Siti ke Mekah tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebaliknya penyanyi itu ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
View this post on Instagram A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya.
Komen Netizen:
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/HGxboJX
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/04/siti-nurhaliza-menangis-depan-kaabah.html