Sistem Ucustoms Jabatan Kastam Gagal Rugi Rm273 Juta


 


PEMBANGUNAN sistem uCustoms Jabatan Kastam gagal disiapkan, sekali gus mengakibatkan kerugian RM272.99 juta wang pembayar cukai, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019.
Perkara ini terjadi walaupun tujuh tahun dua bulan (86 bulan) setelah lima pelanjutan masa (EOT) diberikan, kata laporan itu.
Laporan audit semua kementerian dan agensi kerajaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut menyebut projek itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 24 Oktober, 2015, namun tetap gagal.
“Sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.
“Notis kenaan LAD berjumlah RM3.94 juta telah dikeluarkan pada 31 Disember 2020 bagi EOT 3 dan EOT 4 kepada Syarikat 374044-H,” kata Ketua Audit Negara.
Semakan terhadapan laporan sebelum ini menunjukkan syarikat Brilliance Information Sdn Bhd ditugaskan merancang penyelesaian IT untuk jabatan tersebut.
Selain Jabatan Kastam, klien lain yang disenaraikan dalam laman web itu termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Bank Agro, kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia, PR1MA, Mampu, Jabatan Peguam Negara, Mara, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Tabung Haji.
KEKURANGAN
Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara menyenaraikan 18 kelemahan yang membabitkan projek uCustoms, iaitu:
1-Kelewatan penyiapan komponen dan release pembangunan sistem uCustoms.
2-Sebanyak 1,056 (27.2%) daripada 3,876 deliverables sahaja yang telah diterima oleh JKDM.
3-Hanya tiga daripada 70 modul utama yang berjaya disiapkan sepenuhnya dan beroperasi.
4-Release 2 dan Release 3 telah go live sebelum User Acceptance Test (UAT) selesai dilaksanakan.
5-Sijil UAT bagi Release 1, Release 2 dan Release 3 telah lewat ditandatangan antara 238 hari hingga 933 hari.
6-Kelewatan pelaksanaan go live.
7-Kajian Kemungkinan tidak dijalankan sebelum pembangunan sistem uCustoms dilaksanakan.
8-Kelemahan proses bayaran di mana 13 baucar bayaran berjumlah RM64.89 juta tidak dapat disahkan kerana dokumen lengkap tidak dilampirkan.
9-Pemilihan pembekal yang tidak mengambil kira penilaian dan laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal.
10-Produk Commercial Off-The-Shelf (COTS) yang digunakan pembekal melibatkan customization tinggi iaitu memerlukan 70% customization dan 30% configuration yang tidak selaras dengan jadual pematuhan tender uCustoms.
11-Syarikat yang dilantik sebagai perunding kurang berjaya memainkan peranan sebagai Pejabat Pengurusan Projek (PMO).
12-PMO tidak menyedia, mengemas kini dan menyimpan fail pengurusan projek (softcopy/hardcopy) secara berpusat.
13-Kelemahan dari segi kemampuan dan kecekapan kakitangan pembekal sedia ada.
14-Kadar pusing ganti tinggi di kalangan pegawai kanan pasukan pembekal uCustoms.
15-Enam kontrak telah lewat ditandatangan antara 58 hari hingga 204 hari.
16-Kelemahan tadbir urus pembangunan sistem di mana kekerapan mesyuarat adalah tidak mengikut ketetapan dalam Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa Pemandu Projek uCustoms (JKPuc) dan Jawatankuasa Teknikal Projek uCustoms (JTPuC).
17-Kawalan fizikal dan persekitaran didapati sebanyak 16 unit Televisyen Litar Tertutup (CCTV) rosak sejak tahun 2018 manakala empat unit Door Access Reader yang ditempatkan di pintu masuk Pusat Data turut rosak.
18-Change Control Board (CCB) mengambil masa antara dua hingga 776 hari dari tarikh terima dokumen untuk memperaku change request (CR).
CADANGAN
Bagi mengatasi kelemahan tersebut, Ketua Audit Negara berkata Jabatan Kastam perlu membuat penilaian komprehensif terhadap sistem IT yang ada sebelum pembangunan sistem baharu dibangunkan.
“Jabatan Kastam juga perlu mewujudkan tadbir urus projek yang mantap agar kemajuan sebenar, pelaksanaan go live sistem, pembangunan modul, deliverables serta pembayaran kemajuan diberi perhatian dan tindakan sewajar diambil.
“Ia juga perlu memastikan pelaksanaan projek mengikut terma kontrak yang telah dipersetujui dan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan sistem dapat dibangunkan mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan mencapai objektif yang telah ditetapkan,” kata Ketua Audit Negara.
Tambahnya Jabatan Kastam juga harus menjaga dokumentasi projek yang tepat dan memastikan kod sumber untuk sistem-sistem tersebut menjadi hak milik kerajaan Malaysia.
“Ini supaya mengelakkan kebergantungan Kerajaan sepenuhnya kepada pembekal bagi tujuan menyiapkan pembangunan dan penyenggaraan sistem pada masa hadapan,” kata Ketua Audit Negara.
Ubiquitos Customs atau uCustoms ialah sistem yang akan menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) sedia ada di JKDM yang telah diguna pakai sejak tahun 1995.
Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi ketika itu telah mengerahkan Mampu (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) mengkaji keperluan mengembangkan sistem uCustom pada Julai 2011.
Jabatan Kastam mula memodenkan perkhidmatannya pada 2013 berdasarkan konsep “di hujung jari anda, di mana-mana, bila-bila masa, di semua jenis peranti” kata laporan itu.
Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/sistem-ucustoms-jabatan-kastam-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Isu Sistem Ucustoms Yang Gagal Disiapkan

Sprm Siasat Isu Sistem Ucustoms Yang Gagal Disiapkan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 263 hits
Azam Baki berkata siasatan menjurus kepada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCUSTOMS bernilai RM397 43 juta yang dibangkitkan dala...
Kes Rm272 99 Juta Ucustoms Siasat Pegawai Tinggi Kerajaan Menteri

Kes Rm272 99 Juta Ucustoms Siasat Pegawai Tinggi Kerajaan Menteri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 216 hits
FAZLI RADZISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat pegawai dan menteri menteri yang terlibat dalam kelulusan siri pembayaran RM272 99 juta untuk projek sistem uCustoms yang gagal disiapkan kata Ahli Parlimen Kepong Lim Lip En...
Hiburan Gara Gara Kontroversi Dan Fitnah Caprice Rugi Hampir Satu Juta Ringgit

Hiburan Gara Gara Kontroversi Dan Fitnah Caprice Rugi Hampir Satu Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 169 hits
Penyanyi rap dan usahawan Caprice mengakui dirinya telah rugi sebanyak hampir satu juta ringgit akibat daripada kontroversi dan fitnah yang melandanya sejak beberapa bulan yang lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMelalui perkongsiaanya di a...
Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 172 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat di mahkamah di Kuala Lumpur pada 24 Ogos Foto Bernama Ahmad Maslan dibebaskan dengan tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta kepada LHDN dengan membuat kenyataan palsu kepada SPRM KUALA L...
Selepas Bebas Dengan Bayar Rm1 1 Juta Lekehlah Kalau Ahmad Maslan Masih Hadap Jawatan Timbalan Speaker

Selepas Bebas Dengan Bayar Rm1 1 Juta Lekehlah Kalau Ahmad Maslan Masih Hadap Jawatan Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 171 hits
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah salah seorang pemimpin parti itu yang termasuk dalam kumpulan kluster mahkamah Begitu pun beliau dikira seorang yang hebat kerana ketika masih berdepan kes mahkamah pun Ismail Sabri Yaakob sebagai P...
Dsv Tawar Kereta Rm3 Juta Usahawan Muda Enggan Terima Anggap Dikhianati

Dsv Tawar Kereta Rm3 Juta Usahawan Muda Enggan Terima Anggap Dikhianati

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 251 hits
Umum mengetahui bahawa percintaan di antara jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV iaitu Cik B disebabkan faktor perbezaan umur yang terlalu ja...
Bala Dah Sampai Zaman Najib Sudah Berlalu Tunggakan Cukai Rm9 41 Juta Lhdn Mohon Penghakiman Terus Terhadap Shafee

Bala Dah Sampai Zaman Najib Sudah Berlalu Tunggakan Cukai Rm9 41 Juta Lhdn Mohon Penghakiman Terus Terhadap Shafee

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 195 hits
September 29 2021 LHDN mendakwa Muhammad Shafee Abdullah masih gagal membayar amaun cukai pendapatan terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2016 termasuk kenaikan dikenakan kesemuanya berjumlah RM9 414 708 32 KUALA LUMPUR Lembaga Hasil D...
Ma Ruf Amin Sebut 10 Juta Lebih Penduduk Indonesia Masuk Kategori Miskin Ekstrem

Ma Ruf Amin Sebut 10 Juta Lebih Penduduk Indonesia Masuk Kategori Miskin Ekstrem

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 193 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin menyoroti angka kemiskinan yang mencapai 27 juta jiwa 10 juta jiwa di antaranya masuk kategori miskin ekstrem
Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 296 hits
BOB KELANANGSebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah RM30 juta kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta Rupanya Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernil...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Cita Cita Mahasiswi Ini Bikin Ulama Al Azhar Takjub

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way