Sistem Suria Maksud Cara Terbentuk


Salah satu subjek di dalam mata pelajaran Sains yang perlu dipelajari oleh murid di sekolah menengah adalah sistem suria.
Oleh itu, murid akan mempelajari apakah yang dimaksudkan sistem ini, bagaimana ia terbentuk dan apakah planet di dalam sistem ini.
Maksud Sistem Suria Sistem ini adalah salah satu sistem yang terdapat di dalam galaksi bima sakti yang terdiri daripada berbilion bintang, lapan planet, meteor, asteroid dan komet yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.
Matahari merupakan salah satu keluarga sistem suria yang paling besar dari segi saiz dan jisimnya.
Oleh kerana itulah, matahari mampu menarik jasad-jasad yang beredar mengelilinginya kerana kuasa graviti yang besar.
Keseluruhan jumlah jisim yang  ada dalam keluarga sistem suria ialah 99.9% hasil daripada sumbangan matahari dan kesemua planet yang mengorbit matahari menerima sumber haba dan cahaya yang boleh hidup disebabkan suhu yang terlalu sejuk. 
Sistem Suria Terbentuk Lebih kurang 4.5 bilion tahun yang lalu, sistem ini telah terbentuk daripada gas-gas terutamanya hidrogen dan debu-debu yang mengandungi partikel-partikel daripada unsur-unsur yang lebih berat seperti karbon, silikat, besi dan lain-lain daripada hasil letusan Supernova atau dari nebula planet.
Debu-debu yang membentuk sistem ini dipanggil “Nebulosa Suria” dan ianya bermula apabila gas-gas dan debu-debu ini mula berkumpul sesamanya.
Apabila nebula sudah berkumpul, ia akan menarik gas-gas dan debu-debu yang lain untuk ke arah pusatnya akibat  daripada daya tarikan graviti antara mereka.
Pertambahan pemgumpulan debu-debu dan gas-gas akan menjadi bebola gas yang makin besar, mampat, padat dan panas.
Ini mengakibatkan putaran bermula, tarikan debu-debu bertambah dan gas-gas yang tertarik ke arahnya. 
Sebaik sahaja putaran makin kuat, maka daya centrifugal pada satah khatulistiwa bebola gas tadi akan bertambah dan ia akan mengurangkan tarikan debu-debu dan gas-gas jatuh atau runtuh ke arah pusatnya. 
Ini mengakibatkan debu-debu dan gas-gas yang berada disekitarnya akan menjadi leper dan rata pada satah khatulistiwa bebola gas tadi.
Pada pusat pula tekanan yang kuat dan dengan ketumpatan yang tinggi menyebab pelanggaran gas-gas dan molekul di dalamnya akan bertambah dan ini akan menghasilkan kepanasan yang luar biasa yang dikenali Protosun atau Proto Matahari.
Dengan bertambahnya jisim pada Proto Matahari tadi maka proses pelakuran mula terjadi pada pusatnya dengan mengeluarkan tenaga cahaya, haba dan pelbagai julat tenaga tinggi yang cukup besar, maka lahirlah Matahari.
Manakala debu-debu dan gas-gas pada bahagian piring luar pada satah khatulistiwa yang ikut berpusing akan bergabung  membentuk bebola-bebola yang besar menjadi planet-planet pelbagai saiz.
Planet-planet terbentuk dengan proses yang dikenali sebagai “akresi” dan oleh itu, planet-planet yang berada berdekatan dengan Matahari seperti Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh mengandungi bahan-bahan yang tahan kepanasan yang tinggi seperti silikat dan besi.
Manakala planet-planet jauh dari Marikh seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun mengandungi bahan-bahan yang mudah meruwap seperti gas metana, hidrogen helium.
Kesemua planet ini jauh lebih besar dari planet-planet yang berada berdekatan dengan Matahari.
Planet Dalam Sistem Suria Planet-planet dalam yang ada dalam sistem ini adalah seperti berikut:
i) Planet Utarid
Planet yang paling dekat dengan Matahari, iaitu kira-kira 57.9 juta kilometer. Planet terkecil dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada bulan. Malahan, saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede; dan bulan Zuhal, Titan. Permukaan Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan bulan, dengan kawah-kawah asteroid dan tebing yang berpuluh-puluh kilometer tingginya. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. ii) Planet Zuhrah
Planet kedua terdekat dengan Matahari. Zuhrah juga dikenali sebagai planet ‘rumah hijau’ kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Zuhrah juga berputar dari timur ke barat, berbeza dengan Bumi dan planet-planet lain, iaitu dari barat ke timur. Hal ini bermakna di Zuhrah, Matahari akan terbit dari barat. Saiz dan usia Zuhrah sama dengan Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460°C. iii) Planet Bumi
Planet ketiga dari Matahari. Merupakan satu-satunya tempat di alam semesta yang dihuni makhluk hidup. Bumi mempunyai lapisan udara yang dikenali sebagai atmosfera yang melindungi permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultraungu berbahaya dan radiasi dari angkasa lepas. Lebih 71% kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 29% terdiri daripada daratan. iv) Planet Marikh
Planet keempat dari Matahari dan juga dikenali sebagai Planet Merah. Marikh mempunyai dua bulan, iaitu Phobos dan Demos. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan 10% jisim Bumi. Jika dipandang dari Bumi, atmosfera Marikh dapat dibahagikan kepada dua kawasan yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah dilitupi oleh debu dan pasir kemerahan, manakala kawasan kutub mengandungi air beku dan karbon dioksida. v) Planet Musytari
Planet kelima dari Matahari dan juga planet yang terbesar daripada lapan planet dalam sistem suria. Jisimnya hampir 320 kali ganda daripada jisim Bumi dan mempunyai jisim dua kali ganda daripada jumlah jisim semua planet dalam sistem suria. Musytari dikatakan sebagai pelindung kepada Bumi, iaitu mampu memesongkan objek-objek besar daripada melanggar Bumi dengan daya gravitinya yang sangat kuat. vi) Planet Zuhal
Planet keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar dalam sistem suria. Zuhal dikelaskan sebagai planet gergasi bergas. Mempunyai sistem gelang atau cecincin yang kebanyakannya terdiri daripada ais dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak 62 bulan yang ditemukan setakat ini mengorbit planet berkenaan. Saiz Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), adalah lebih besar daripada planet Utarid. vii) Planet Uranus
Planet ketujuh dari Matahari. Unsur pertama di bahagian dalam Uranus ialah ais dan batu. Uranus merupakan planet ketiga terbesar dalam sistem suria. Sering digelar sebagai planet gergasi bergas oleh ahli astronomi. Uranus mempunyai sistem cecincin seperti Zuhal tetapi nipis dan gelap. Uranus mempunyai banyak bulan. Merupakan planet yang unik kerana paksi putarannya condong ke sisi, hampir selari dengan orbitnya yang mengelilingi Matahari. Uranus mengambil masa 84 tahun (waktu di Bumi) untuk mengelilingi Matahari. viii) Planet Neptun
Planet kelapan dari Matahari. Juga dikelaskan sebagai planet gergasi bergas. Mengambil masa hampir 165 tahun (waktu di Bumi) untuk mengelilingi Matahari. Sumber:
https://mufti.kelantan.gov.my/index.php/component/content/article/sistem-suria?catid=15&Itemid=101 https://sinarbestari.sinarharian.com.my/skil-amp-kerjaya/8-planet-utama-dalam-sistem-suria/news Baca juga: Petrosains – Harga Tiket Masuk & Tarikan Utama Wajib Dicuba!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sistem-suria/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sistem-suria

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 174 hits
Sistem pencernaan manusia merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam tubuh Makanan yang telah dimakan perlulah melalui organ pencernaan khusus untuk penghadaman penyerapan nutrien dan sisanya pula akan menjadi najis Tahukah and...
5 Petua Cara Cepat Haid Datang Bagi Perempuan Yang Sedang Merancang

5 Petua Cara Cepat Haid Datang Bagi Perempuan Yang Sedang Merancang

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 144 hits
Ketahui cara cepat haid datang bagi perempuan Kitaran haid yang tidak teratur atau kelewatan haid sering menjadi kebimbangan bagi ramai wanita Selain menjadi petanda penting bagi kesihatan reproduktif haid yang teratur juga mempengaruhi kes...
Struggle Nak Simpan Duit Untuk Bercuti Ini Cara Lebih Displin

Struggle Nak Simpan Duit Untuk Bercuti Ini Cara Lebih Displin

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 199 hits
Kita perlu ingat bahawa melancong memerlukan peruntukan kewangan yang cukup Tanpa perancangan yang teliti anda mungkin terpaksa mengganggu dana tabungan kecemasan Jadi bagi memastikan percutian keluarga tidak mengganggu kewangan anda apa ka...
3 Petua Cara Guna Gambir Emas Bagi Lelaki Dan Cara Beli Gambir Emas

3 Petua Cara Guna Gambir Emas Bagi Lelaki Dan Cara Beli Gambir Emas

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 127 hits
Ketahui 3 petua cara guna gambir emas bagi lelaki Gambir Emas merupakan produk yang semakin popular dalam kalangan lelaki dewasa terutama untuk meningkatkan prestasi dan keyakinan ketika bersama pasangan Menggunakan Gambir Emas secara betul...
5 Petua Cara Hilangkan Covid Dalam Badan Dengan Cepat

5 Petua Cara Hilangkan Covid Dalam Badan Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 138 hits
Cara Hilangkan Covid Dalam Badan Dengan Cepat Ketahui cara hilangkan covid dalam badan dengan cepat Covid 19 telah menjadi endemik global yang mempengaruhi kehidupan ramai individu di seluruh dunia Walaupun vaksin telah diperkenalkan langka...
Panduan Dan Contoh Karangan Cara Cara Menjaga Kesihatan Diri

Panduan Dan Contoh Karangan Cara Cara Menjaga Kesihatan Diri

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 113 hits
Karangan mengenai cara cara menjaga kesihatan diri sering menjadi tajuk yang diberikan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan mereka tentang pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian karangan cara cara menjaga kesihatan diri ini boleh...
Lepasan Ijazah Human Resource Management Boleh Mohon Jawatan Apa Ini Senarai Jawatan Amp Cara Mohon

Lepasan Ijazah Human Resource Management Boleh Mohon Jawatan Apa Ini Senarai Jawatan Amp Cara Mohon

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 127 hits
Dalam dunia korporat hari ini bidang Pengurusan Sumber Manusia merupakan aspek penting yang membantu memastikan sesebuah organisasi dapat beroperasi dengan lancar Bagi lepasan ijazah HRM terdapat pelbagai peluan
Cara Mandi Wajib Dan Amalan Sunat Mandi Wajib

Cara Mandi Wajib Dan Amalan Sunat Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 111 hits
Cara Mandi wajib atau juga dikenali sebagai mandi hadas besar merupakan kewajipan bagi umat Islam selepas berlakunya perkara yang menyebabkan hadas besar seperti haid nifas bersetubuh dan keluar mani Pelaksanaan cara mandi wajib ini penting...
Cara Menyimpan Cili Agar Tahan Lama

Cara Menyimpan Cili Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 113 hits
Cara menyimpan cili agar tahan lama Basuh cili hingga bersih dan tos sehingga kering Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili yang telah dikeringkan ke dalam botol tersebut Cili tidak perlu dibuang tangkainya dan tidak perlu dimasukk...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rahsia Mereka Yang Tak Pernah Lesu Apa Dia

Kerang

Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon

Bawa Bertenang Belum Lagi Adui Amelia Christie

Pakai Veil Tertera Tulisan Bride Siti Saleha Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin