Sira Roti



Insya Allah Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Kuih Sira Roti yang saya sediakan hari ini adalah antara kuih mudah yang boleh disediakan di bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa. Sama sama kita berazam untuk Ramadhan kali ini, membuat yang terbaik dalam hidup kita. 

Kita kena mulakan perancangan dari sekarang apa aktiviti, apa amalan dan apa ibadah yang ingin kita kerjakan. Tahun ini, kita pulun habis habisan gitu kerana kita tidak tahu jika ianya adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Pesanan dan peringatan buat diri sendiri. 

Kuih Sira Roti adalah antara masakan tradisi di Kelantan yang cara membuatnya adalah sama dengan Pindang Tapai di SINI. Yang membezakannya hanyalah penggunaan tapai diganti dengan roti. 
Saya menyediakan sira roti selepas melihat rakan dalam group Whatspp menayangkan gambar masakan dia di dalam facebook dan juga group Whats App. Menyediakannya sangat mudah dan cepat. Itu yang saya teringin untuk merasainya. Secara jujur, saya pun tak pernah makan kuih ini ketika di kampung dulu. 

Oleh kerana pertama kali menyediakannya, hasilnya tidak berapa cantik. Maklum selain tangan hendak mengacau di periuk, tangan juga memegang handphone untuk record dan juga kamera untuk merakam gambar ketika sedang dimasak. 

Kalau mahu kuah yang lebih cantik dan halus, kena sentiasa dikacau supaya telurnya lebih halus dan tidak bergentel. Jadi jika anda ingin mencuba, jangan lupa mengacaunya ya. 

Kuih mudah ini juga sedap dimakan ketika berbuka puasa. Jadi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, bolehlah cuba menyediakan kuih ini. 
Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..


Sira RotiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1/2 buku roti - potong 21 kotak santan kara + 2 kotak air2 helai daun pandan1 biji telur3 sudu besar gula - atau ikut manis yang disukai1/2 sudu kecil garam
Cara cara:Masukkan semua bahan kecuali roti ke dalam periuk dan nyalakan api sambil dikacau sehingga mendidih. 


Bila mendidih, masukkan roti. Rendam roti sehingga tenggelam di dalam kuah. Roti akan meresap dengan kuah. 


Bolehlah ditutup api. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/02/sira-roti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 478 hits
Kini semakin ramai pemilik kediaman memilih menanam tanaman sendiri di rumah Walaupun ruang rumah terhad seperti di bandar bandar besar tetapi dengan sedikit kreativiti anda boleh merasai pengalaman bercucuk tanam sendiri Tetapi sudah penat...
Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 480 hits
Adoi pokok aku ni bila lah nak hidup Selalu layu dan mati je walaupun letak banyak baja Masalah pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur pastinya menjadi persoalan bagi anda yang suka bercucuk tanam Gunalah pelbagai jenis ...
Resepi Roti Sardin Viral

Resepi Roti Sardin Viral

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1112 hits
Now aku dah 6 bulan pregnant anak ke 2 Masa first trimester jangan kata nak masak tengok gambar makanan pon aku boleh muntah Bau tumis tak boleh bau makanan boleh buat loya Masa awal awal aku pregnant tu memang aku jarang update sosial medi...
Roti Canai Dan Kuahnya

Roti Canai Dan Kuahnya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 452 hits
Aku jarang bersarapan di luar tapi kalau bersarapan di luar biasanya akan ikut selera en Hubby Biasanya kami akan cuba di kedai makan yang berbeza beza sekadar ingin merasa menu yang disajikan Andai sedap lain kali boleh datang lagi atau bo...
Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Kelantan Syariah Court Launches Online Courtroom To Speed Up Non Criminal Cases


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan Peguam Syarie

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

The Sunday Currently 7 September 2025

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Muhyiddin S Noise Proof Ability To Filter Bersatu Ruckus While Delivering President S Address Is A Skill