Sinopsis Penuh Siri The Falcon And The Winter Soldier


Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Falcon and the Winter Soldier (2021) merupakan sebuah mini siri yang diterbitkan oleh Malcolm Spellman untuk laman pengstriman Disney+, menampilkan watak daripada Komik Marvel iaitu Sam Wilson / Falcon dan Bucky Barnes / Winter Soldier.  Siri ini merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) dan berkaitan dengan filem-filem didalam franchise ini. The Falcon and the Winter Soldier (2021) ini berlaku selepas kejadian di Avengers: Endgame (2019).
Siri ini telah dilancarkand an ditayangkan di Disney+ pada 19 Mac 2021 dan mengandungi 6 episod dan tayangan episod terakhirnya adalah pada 23 April 2021. Siri ini adalah sebahagian daripada Phase 4 untuk Marvel Cinematic Universe dan filem Captain America 4 dalam perancangan sebagai kesinambungan siri ini. 
BARISAN PELAKON
Sebastian Stan sebagai James "Bucky Barnes / Winter Soldier / White WolfAnthony Mackie sebagai Sam Wilson  / Falcon / Captain AmericaWyatt Russell sebagai John Walker / Captain America / U.S. AgentErin Kellyman sebagai Karli MorgenthauDanny Ramirez sebagai Jaoquin TorresAdepero Oduye sebagai Sarah WilsonGeogers St-Pierre sebagai Geogers BatrocDon Cheadle sebagai James " Rhodey" RhodesDaniel Brühl sebagai Helmut ZemoEmily VanCamp sebagai Sharon Carter / Power BrokerFlorence Kasumba sebagai AyoJulia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de FontaineBACA JUGA : Ulasan Penuh Siri WandaVision (2021)
#1 NEW WORLD ORDERTarikh Tayangan : 19 Mac 2021

Selepas enam bulan daripada kejadian Blip, Sam Wilson a.k.a Falcon perlu menghentikan Georges Batroc dan kumpulan pengganas LAF. Kumpulan pengganas ini telah merampas sebuah kapal terbang dan membawa tebusan ke kawasan Tunisia. Sam Wilson melakukan operasi ini dengan sokongan penuh seorang tentera udara U.S Joaquin Torres. Sam Wilson yang diberikan mandat sebagai Captain America oleh Steve Rogers di penghujung Avengers : Endgame (2019) ragu-ragu dengan idea tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk memberikan "shield" kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk dipamerkan di muzium. 
Bucky Barnes, yang baru sahaja diberi keampunan, perlu mengikuti terapi yang disuruh oleh pihak kerajaan. Dalam sesi terapi tersebut dia berbincang tentang cubaannya untuk memperbaiki masa lampaunya ketika dia menjadi Winter Soldier. Joaquin Torres menyiasat kumpulan pengganas yang baru muncul iaitu Flag Smashers yang mempercayai bahawa kehidupan ketika "BLIP" adalah lebih baik. Joaquin Torres tercedera apabila diserang oleh anggota kumpulan pengganas tersebut yang turut mempunyai kekuatan super sewaktu kumpulan tersebut sedang merompak sebuah bank di Switzerland

Joaquin Torres kemudiannya memberitahu Wilson tentang kejadian tersebut. Wilson pula ketika itu sedang membantu adiknya Sarah Wilson dalam perniagaan keluarganya di Delacroix, Lousiana. Kemudian, kerajaan pula membuat pengumuman tentang Captain America yang baru iaitu John Walker. 
#2 THE STAR-SPANGLED MANTarikh Tayangan : 26 Mac 2021

John Walker muncul di rancangan Good Morning America dan menzahirkan tentang impiannya untuk menunaikan tanggungjawabnya sama seperti Steve Rogers. Bucky Barnes memberitahu Sam Wilson bahawa dia sebenarnya perlu simpan 'shield' sebelum mengikut dan menemaninya ke Munich, dimana kumpulan Flag Smashers dan ketuanya Karli Morgenthau merompak penghantaran ubat. 
Sam Wilson dan Bucky Barnes menyerang kumpulan tersebut tetapi kumpulan pengganas tersebut semuanya adalah super soldier dan mereka mengalahkan mereka berdua. John Walker dan Lemar Hoskins kemudiannya tiba dan membantu, malangnya Flag Smashers melarikan diri. John Walker mahu bekerjasama dengan Bucky Barnes dan Sam Wilson, tetapi mereka enggan. 
Bucky Barnes dan Sam Wilson kemudiannya ke Baltimore dan Barnes memperkenalkan tentang seorang askar veteran yang mempunyai kuasa super soldier dan memerangi Winter Soldier dalam perang Korea iaitu Isaiah Bradley.  Walaubagaimanapun, Bradley menolak untuk membantu mereka mendapatkan maklumat mengenai super soldier serum kerana dia sebelum ini dipenjarakan dan dijadikan bahan eksperimen oleh kerajaan dan Hydra selama 30 tahun. Bucky Barnes kemudiannya ditahan kerana tidak menjalani sesi terapi yang ditetapkan kerajaan, dan kemudiannya John Walker membebaskannya. Bucky Barnes dan Sam Wilson sekali lagi enggan bekerjasama dengan Walker dan Barnes mencadangnya kepada Wilson untuk bertemu dengan Helmut Zemo yang dipenjarakan sebelum ini. 
#3 POWER BROKERTarikh Tayangan : 2 April 2021

Helmut Zemo menawarkan untuk membantu mereka menghentikan kumpulan Flag Smashers. Bucky Barnes mengatur rusuhan berlaku di penjara dan membantu Zemo melarikan diri. Kemudiannya, mereka bertiga ke Madripoor, sebuah pulau yang melindungi penjenayah dan dikendalikan oleh Power Broker. 
Penjenayah yang mempunyai pangkat tinggi Selby mendedahkan bahawa Power Broker mengupah bekas saintis Hydra iaitu Dr Wilfred Nagel untuk mencipta semula Super Soldier Serum. Selby kemudiannya dibunuh sewaktu identiti Sam Wilson terdedah dan Wilson, Barnes dan Zemo menjadi buruan untuk dibunuh. 

Sharon Carter yang hidup dalam buruan di pulau itu menyelamatkan mereka bertiga dan membawa mereka ke makmal Dr. Wilfred Nagel.  Dua puluh dos telah dicipta oleh Nagel dan kesemuanya telah dicuri oleh Karli Morgenthau. Mereka bertiga kemudiannya diserang dan Nagel dibunuh oleh Zemo dalam keadaan huru-hara yang berlaku sebelum menjumpai kenderaan untuk selamatkn diri. Wilson berjanji supaya Sharon Carter akan diberi pengampunan. Kumpulan Flag Smashers menyerbu dan mengebom tempat penyimpanan Global Repatriation Council (GRC) di Lithuania manakala Zemo, Barnes dan Wilson mencari mereka di Latvia. Bucky Barnes kemudiannya bertemu dengan Ayo, seorang ahli Dora Milaje. 

#4 THE WHOLE WORLD IS WATCHINGTarikh Tayangan : 9 April 2021

Ayo memberikan masa selama 8 jam sahaja untuk Bucky Barnes dan Sam Wilson menggunakan khidmat Zemo sebelum orang Wakanda membawanya ke penjara atas pembunuhan raja mereka T'Chaka yang dilakukan oleh Zemo. Helmut Zemo membantu mereka mencari Karli Morgenthau di majlis pengebumian ibu angkatnya, dan John Walker dan Lemar Hoskins memintas mereka

Sam Wilson kemudiannya bercakap secara bersendirian dengan Karli Morgenthau dan berusaha untuk meyakinkan bahawa keganasan adalah cara yang salah, tetapi John Walker kemudiannya dengan tidak sabar mencampur tangan dan pergaduhan besar berlaku. Zemo menghancurkan sebahagian besar serum sebelum ditangkap oleh John Walker yang secara diam-diam mengambil botol serum yang terakhir

Ayo dan pasukan Dora Milaje kemudiannya datang untuk Zemo. John Walker pula enggan menyerahkannya. Dalam pertarungan berikutnya, Dora Milaje memalukan Walker sementara Zemo pula melarikan diri

Karli Morgenthau kemudiannya mengancam Sarah Wilson dan memaksa Wilson untuk bertemu dengannya seroang diri dalam usaha untuk memujuk Sam Wilson menyertai mereka. John Walker dan Lemar Hoskins menyerang ahli kumpulan Flag Smashers dan menyebabkan pertempuran berlaku dan secara tidak sengaja Karli Morgenthau membunuh Lemar Hoskins. Marah dengan kematian rakannya, setelah mengambil serum tersebut, Walker menggunakan 'shield' untuk membunuh salah seorang ahli pengganas Flag Smashers dihadapan orang awam yang turut merakam kejadian tersebut

#5 TRUTHTarikh Tayangan : 16 April 2021

Sam Wilson dan Bucky Barnes menuntut "shield' semula daripada Walker. Pertarungan dan pertengkaran berlaku di mana Walker menghancurkan sut Falcon milik Sam Wilson. Bucky Barnes dan Wilson kemudiannya mengambil semula 'shield' tersebut dan mematahkan lengan John Walker. Barnes kemudiannya bertemu Helmut Zemo di Sokovia dan menyerahkan Zemo kepada Dora Milaje. 
John Walker kemudiannya dilucutkan gelarannya sebagai Captain America oleh kerajaan. Selepas dilucutkan gelaran, Walker didatangi oleh Contessa Valentina  Allegra de Fontaine. Wilson meninggalkan sut Falconnya yang rosak kepada Joaquin Torres dan kemudian melawat Isaiah Bradley

Isaiah Bradley kemudiannya mengatakan dia tidak percaya bahawa orang berkulit hitam tidak boleh dan tidak seharusnya menjadi Capten America. Sam Wilson kembali ke rumah dan membantu membaiki kapal kepunyaan keluarga. Dia turut dibantu oleh penduduk sekitar dan juga Bucky Barnes. Barnes yang turut membantu membawa bagasi khas dari Wakanda kepada Sam Wilson


Bucky Barnes dan Sam Wilson berlatih menggunakan 'shield' dan bersetuju untuk meninggalkan pertengkaran masa lalu dan bekerjasama. Kumpulan Flag Smashers pula merancang untuk melakukan serangan pada persidangan GRC di bandar New York dan disertai Georges Batroc yang secara senyap telah diupah oleh Sharon Carter. Babak kredit memperlihatkan John Walker membina perisai baru dari besi dan pingat. 

#6 ONE WORLD ONE PEOPLE
Tarikh Tayangan : 23 April 2021

Memakai sut pakaian Captain America yang baru dari Wakanda, Sam Wilson terbang ke New York untuk menghentikan serangan Flag Smashers dengan bantuan Bucky Barnes, Sharon Carter, dan John Walker. Sharon Carter secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia adalah Power Broker kepada Georges Batroc dan membunuhnya sementara Sam Wilson cuba berdebat dengan Karli Morgenthau sebelum Sharon Carter membunuhnya juga. 
Sam Wilson meyakinkan GRC untuk menangguhkan pemindahan paksa orang-orang yang dipindahkan yang diperjuangkan Karli Morgenthau dan sebaliknya berusaha untuk menolong mereka. Ahli pengganas Flag Smashers yang mengambil serum ditangkap oleh Bucky Barnes dan John Walker dan dihantar ke Raft, tetapi mereka dibunuh oleh butler Helmut  Zemo, Oeznik, dalam perjalanan


De Fontaine memberikan seragam dan nama kod baru kepada Walker: U.S Agent. Bucky Barnes menyelesaikan tugasnya dengan memperbaiki masa lampaunya dengan semua orang yang dia pernah cederakan sebagai Winter Soldier sementara Sam Wilson pula menempatkan tugu peringatan yang didedikasikan untuk Isaiah Bradley yang ditambahkan ke pameran muzium Captain America. Dalam babak pertengahan kredit, setelah mendapat pengampunan penuh, Sharon Carter sertai semula CIA dan ingin menggunakan akses ini untuk menjual rahsia dan sumber kerajaan



SIRI THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (2021)
Sebagai penggemar dan peminat Marvel Cinematic Universe, aku benar-benar teruja apabila akhirnya Disney+ sudah tersedia di Malaysia. Walaupun dikenali sebagai Disney+ Hotstar, tapi kandungannya lebih kurang sahaja. 
Semoga dengan sinopsis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mini siri ini. Oh ya, untuk ulasan penuh berkaitan dengan siri ini nantikan artikelnya nanti! 
SEKIAN
Sumber : Wikipedia / Marvel Studios

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/06/sinopsis-penuh-siri-falcon-and-winter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Sign Of Allah S Might Siri 2

The Sign Of Allah S Might Siri 2

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 256 hits
Books in this series are focus on the signs of Allah s Might in the heaven Theses books were designed to help our kids to learn how to read in a very simple way Repeating words and colourful pictures will attract the children s interest6 bu...
The Minions Eksis Di Racket Boys Drama Korea Bertema Bulu Tangkis Yang Penuh Motivasi

The Minions Eksis Di Racket Boys Drama Korea Bertema Bulu Tangkis Yang Penuh Motivasi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 271 hits
Kamu bisa melihat pasangan ganda putra ini di drama korea terbaru Rocket Boys Meski selintas tetap aja bikin fans badminton dan drakor kegirangan
The Rakyat Will Turn Against Anwar Within Less Than A Year Of Him Becoming Pm9

The Rakyat Will Turn Against Anwar Within Less Than A Year Of Him Becoming Pm9

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 254 hits
Anwar will not be able to meet even 10 of the rakyat s expectations And they will turn against him within less than a year of him becoming PM9 What happened to Mahathir in February 2020 will happen to Anwar Only this time it will not take 2...
20 Must Have Patriotic Wreath Designs For The 4th Of July

20 Must Have Patriotic Wreath Designs For The 4th Of July

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 229 hits
With June already here you re probably thinking that you ll have to put up a few decorations on your home for the upcoming Independence Day Well don t just put up a few generic decorations for a The post appeared first on
Old Keen On The Vaccine But Unable To Go

Old Keen On The Vaccine But Unable To Go

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 319 hits
Shaari Sabu 92 wants to be vaccinated but he cannot walk and is in pain because he has gout JITRA Many senior citizens here are facing mobility issues in getting their Covid 19 vaccine Clearly they are not rejecting the vaccine as many have...
Kit Siang Luckily Hamzah S Herd Immunity Idea Hasn T Infected The World

Kit Siang Luckily Hamzah S Herd Immunity Idea Hasn T Infected The World

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 217 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has been challenged to state if he would endorse Home Minister Hamzah Zainudin s position that Parliament should not reconvene until herd immunity against Covid 19 is achieved In a statement yesterday Iskanda...
Yoursay Our Failure In Containing The Virulent S African Beta Strain

Yoursay Our Failure In Containing The Virulent S African Beta Strain

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 233 hits
YOURSAY Was it a problem with our border control or inapt quarantine Dr Raman Letchumanan Everybody cries vaccination vaccination vaccination Health director general Dr Noor Hisham Abdullah of all persons makes the same rallying call Who ar...
Don T Let The Corrupt Hide Behind Shell Companies Un Members Urged

Don T Let The Corrupt Hide Behind Shell Companies Un Members Urged

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 161 hits
In her to the UN General Assembly Center to Combat Corruption and Corruption executive director Cynthia Gabriel called upon its member states to develop solutions to further strengthen the international anti corruption framework Towards thi...
Yet Another Spill And Officialdom Must Take The Blame

Yet Another Spill And Officialdom Must Take The Blame

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 182 hits
For a good 24 hours Malaysia s competence abilities and proficiencies or rather the lack of them was on show not only to its citizens but globally It started on Thursday evening as a side show to the ongoing movement control order but reach...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan