Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini
Sinopsis Chandra Nandini - Drama Hindi TV3
Drama Hindi Chandra Nandini adalah drama terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bermula 17 September 2019 yang lalu bagi menggantikan drama Turki Hiyanet Sarmali (Destiny Ties) yang telah tamat episodnya. Drama - drama lain yang pernah disiarkan di slot Sonia ini adalah seperti Razia Sultan, Zindagi Gulzar Hai, Naagin, Naagin 2 dan Main Naa Bhoolungi. Paling aku suka adalah drama Razia Sultan hehehe, berbalik pada drama hindi Chandra Nandini ini, ianya mempunyai 286 episod dan telah pun disiarkan di India pada tahun 2016 hingga tahun 2017. Dibintangi oleh Rajat Tokas sebagai Chandragupta Maurya dan Shweta Basu Prasad sebagai Nandini, alur ceritanya berdasarkan pada kehidupan Chandragupta Maurya yang merupakan pengasas empayar Maurya. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah seperti Tanu Khan, Saanvi Talwar, Manoj Kolhatkar, Siddharth Nigam, Arpit Ranka, Mansi Sharma, Alexx O'Nell, Papiya Sengupta, Vibhuti Thakur dan ramai lagi.
Selain itu drama Chandra Nandini ini Diterbitkan oleh Ekta Kapoor di bawah syarikatnya Balaji Telefilms dan diarahkan oleh Ranjan Kumar Singh. Drama Hindi ini disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang, drama Chandra Nandini ini juga telah pun disiarkan di Indonesia pada tahun 2018 yang lalu. Drama ini memfokuskan tentang kisah cinta Chandragupta dengan seorang puteri bernama Nandini yang merupakan anak kepada musuh yang paling dia benci. Manakala Nandini pula berazam untuk membalas dendam. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..
Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini - Slot Sonia TV3
Di permulaan cerita ianya mengisahkan tentang ibu bapa Chandragupta iaitu raja Suryagupta dan permaisuri Moora yang telah berangkat ke Magadh atas jemputan raja Magadh iaitu raja Shishunag dan permaisuri Avantika. Ketika itu permaisuri Moora tengah mengandungkan Chandragupta. Ketika raja Shishunag dan raja Suryagupta tengah berucap di depan rakyat Magadh. Selendang yang dipakai oleh permaisuri Moora jatuh ke bawah dan seorang lelaki bernama Nanth telah mengutip selendang tersebut lalu bergegas ke atas unttuk mengembalikan selendang itu. Namun ketika mengembalikan selendang itu, dia sempat menyentuh lengan permaisuri Moora dengan sengaja dan membuatkan permaisuri Moora berasa marah dan memberitahu hal tersebut pada permaisuri Avantika. Kemudian permaisuri Avantika membuat kecoh dan berjanji akan menghukum lelaki itu dengan hukuman berat. Raja Suryagupta kemudian pergi berjumpa dengan Avantika untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terkejut melihat kemesraan Avantika dan Nanth. Akhirnya dia mengetahui yang Avantika ada hubungan sulit dengan Nanth.Avantika dan Nanth sedar yang raja Suryagupta dah tahu rahsia mereka dan Nanth akhirnya membunuh raja Shishunag dan kemudian ingin membunuh pula raja Suryagupta. Raja Suryagupta dan isterinya Moora cuba melarikan diri ke dalam hutan, raja Suryagupta yang sudah cedera parah menyuruh Moora untuk bersembunyi dan menyelamatkan anak mereka. Nanth akhirnya berjaya membunuh raja Suryagupta dan kini cuba mencari permaisuri Moora. Moora kemudian bersalin dan anaknya disembunyikan di sebuah tempat. Avantika memberitahu rakyat yang raja Suryagupta telah membunuh suaminya dan Nanth kemudian muncul dan mengaku telah membunuh raja Suryagupta dan kemudian mengangkat dirinya sebagai raja yang baru dan menggelar dirinya sebagai Padmanand manakala Avantika sebagai permaisurinya. Moora berjaya ditangkap dan dipenjarakan, namun mereka gagal menemui bayi Moora. Padmanand ingin menjadikan Moora sebagai permaisurinya kerana dah jatuh cinta padanya. Namun Moora langsung tidak mempedulikannya sebaliknya sangat membencinya. Akhirnya Moora dibiarkan di penjara, manakala Avantika pula berasa tertipu dan marah bila melihat Nanth / Padmanand cuba menagih cinta Moora.
Chandra / Chandragupta dibesarkan oleh keluarga angkat, namun Chandragupta berasa kasihan melihat ibu angkatnya iaitu Kanika yang sering dipukul oleh suaminya yang kaki mabuk. Chandra benci pada cinta kerana sebab cintalah ibu angkatnya masih bertahan untuk hidup bersama dengan bapa angkatnya itu. Manakala permaisuri Avantika pula melahirkan anak perempuan bernama Nandini. Nandini merupakan satu - satunya anak perempuan Padmanand setelah mendapat 9 orang anak lelaki sebelum ini. Disebabkan itulah Padmanand sangat menyayangi Nandini. Chandra memutuskan untuk pergi ke Patliputra untuk mencari duit yang banyak untuk diberikan pada ayahnya supaya ayahnya tidak lagi memukul ibunya itu. Di Patliputra, Chandra telah menolong seorang perempuan tua di pasar yang telah diikat dan dihukum disitu atas arahan raja. Chandra tidak tahu bahawa perempuan tua itu adalah ibu kandungnya iaitu Moora. Chandra juga berjaya berjumpa dengan raja Padmanand dan turut berjaya dalam pertaruhannya, segala hal tersebut disaksikan oleh Acharya Chanakya yang kemudiannya akan menjadi guru pada Chandragupta itu, seterusnya menjadi perdana menteri Magadh dan seterusnya menjadi guru pada Bindusara dan Ashoka.
Chanakya kemudian membeli Chandragupta dari ibu bapa angkatnya dan sejak itu Chandra tinggal di asrama yang disediakan olehnya. Nandini kini telah dewasa dan abang - abangnya menggesa dirinya untuk berkahwin, namun dia tidak bersedia untuk berkahwin.Chanakya yakin yang penjajah ingin menakluki Magadh dan dia telah berusaha untuk memberitahu hal itu pada Padmanand namun Padmanand tidak menghiraukan amarannya itu. Kemudian Chanakya dan Chandra merancang sesuatu. Chandra telah pergi ke istana untuk memahami selok belok istana dan seterusnya membuat peta, namun dia secara tidak sengaja telah berjumpa dengan Nandini, manakala Nandini dan lain - lain menyangka Chandra adalah calon suami pada Nandini. Berlaku satu hal dan Chandra ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan di sana dia bertemu dengan Moora semula. Tak lama kemudian Chandra berjaya melarikan diri dan turut menculik Nandini, apa yang berlaku seterusnya?..
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Romance Is a Bonus Book➔ Review - Review Drama Korea Yang Best
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darihatimissmulan.blogspot.com/2019/10/sinopsis-drama-hindi-chandra-nandini-tv3.html