Singapura Goyang Lihat Ops Para Predator Atm




Angkatan Tentera Malaysia kini sedang berusaha meredakan kebimbangan disuarakan Singapura berhubung sebuah video memaparkan pasukan tentera Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai latihan ketenteraan pada hari yang sama republik itu menyambut Hari Kebangsaan pada 21 Ogos.
Video tersebut tular selepas Menteri Undang-undang dan Dalam Negeri Singapura K Shanmugam memuat naik di akaun Facebook pada Ahad.
Klip video memaparkan montaj tentera dan seorang pegawai yang memberi taklimat kepada anggota pasukan mengenai operasi bernama Para Predator.
“Sekiranya kita berjaya menguasai kedua-dua lokasi bertentangan ini, tiada yang akan dapat menghentikan Pasukan Gabungan Bersenjata Ketiga untuk menembusi kawasan terpenting musuh,” kata pegawai itu.
“Kita akan menghadapi musuh yang kuat dan keras kepala. Kepantasan sangat mustahak. Bertindaklah secara berani! Berjuang hingga ke titisan darah terakhir! Apa pun jadi, kita rebut, kita kuasai kawasan seberang. Ini adalah adalah misi berani mati!”
Shanmugam dalam hantarannya mempersoalkan penerbitan video tersebut, mengatakan ia dimuat naik “semasa Hari Kebangsaan kita sedang berlangsung”.
“Ini mengenai latihan pasukan payung terjun Tentera Darat Malaysia, untuk menguasai dua kawasan berseberangan.”
Beliau juga turut berkata komandan dalam video tersebut berbahasa Inggeris disertai sari kata dalam bahasa Inggeris.
“Video itu tidak banyak paparkan teknologi, platform atau taktik. Sebaliknya tumpuan diberikan pada apa yang dikatakan komandan mengenai apa yang akan dilakukan tentera Malaysia kepada musuh,” katanya.
Namun sumber dalaman angkatan bersenjata negara berkata waktu tayangan video itu diterbitkan pada hari sama Singapura menyambut kemerdekaannya adalah kebetulan.
“Ia tidak lebih daripada sekadar latihan yang dirumuskan untuk menguji kemampuan unit pasukan payung terjun tentera darat,” tambahnya.
“Ia hanya latihan ketenteraan biasa saja sebenarnya.”
Sumber itu mengatakan video tersebut disiarkan untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia mengenai rutin pasukan tentera.
“Kami mempunyai tiga objektif untuk latihan ini,” katanya.
“Pertama, untuk menilai kecekapan tentera darat. Kedua, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai latihan ketenteraan, dan ketiga, semepena bulan kemerdekaan.
“Kami juga menerbitkan video itu kerana kami fikir sudah tiba masanya untuk pasukan tentera berkongsi mengenai latihan ketenteraan kita sempena bulan kemerdekaan.”
Berhubung kenyataan Bahasa Inggeris yang digunakan pegawai dalam video tersebut, sumber itu mengatakan angkatan bersenjata kerap mengadakan latihan ketenteraan dengan negara lain.
“Latihan tidak hanya melibatkan pasukan tentera Malaysia,” katanya lapor MalaysiaNow
Video tersebut sila lihat di SINI 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/singapura-goyang-lihat-ops-para.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksesais Para Predator Anggota Pandura Hilang Ketika Seberang Sungai Pahang Di Bera

Eksesais Para Predator Anggota Pandura Hilang Ketika Seberang Sungai Pahang Di Bera

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 360 hits
BERA Seorang anggota Tentera Darat Malaysia dari 10 Briged PARA dilaporkan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang kelmarin TDM dalam kenyataan mengesahkan anggota tersebut Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Is...
Ganjar Dan Para Kepala Daerah Optimis Ekonomi Nasional Pulih Melalui Ekspor Pertanian

Ganjar Dan Para Kepala Daerah Optimis Ekonomi Nasional Pulih Melalui Ekspor Pertanian

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 293 hits
Sejumlah kepala daerah yang mengikuti kegiatan Merdeka Ekspor Kementerian Pertanian secara daring mengapresiasi pertumbuhan sektor pertanian Indonesia di tengah masa sulit pandemi Covid 19 Apalagi kegiatan tersebut digelar serentak nasional...
6 Tips Sederhana Anti Stres Buat Para Ibu Yang Sedang Wfh Tetap Semangat

6 Tips Sederhana Anti Stres Buat Para Ibu Yang Sedang Wfh Tetap Semangat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 422 hits
Mungkin teori memang nggak seindah praktiknya Tapi nggak ada salahnya dicoba
Polis Buru Suspek Pecah Pelapik Skrin Atm Guna Topi Keledar

Polis Buru Suspek Pecah Pelapik Skrin Atm Guna Topi Keledar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 278 hits
Polis memburu seorang individu bagi membantu siasatan pecah pelapik skrin tiga mesin pengeluaran automatik milik sebuah bank di Jalan Baru di sini hari ini Sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan berhubung kejad...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025 Sedekad Menginspirasikan Usahawan Muda

Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid

Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa

Keputusan Penting Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Keempat Fam