Singapore Mu Tunggu Aku Datang
Pejam celik, pejam celik kita sudah hampir ke penghujung tahun 2018 kan? Cepat betul masa berlalu. Dan Part yang paling UA dan anak-anak tunggu akan tiba. Apa yang di tunggu lagi kalau bukan cuti sekolah kan.hihi. .Tinggal seminggu sahaja lagi cuti sekolah akan bermula,yahoo..
Jadi apa perancangan semua untuk cuti sekolah kali ini? UA tengah excited merancang percutian dengan keluarga untuk cuti sekolah kali ni. Nak tahu mana destinasi kami pilih untuk percutian kali ini?Untuk percutian kali ini, UA dan suami decide untuk ke Singapore!
Buat pengetahuan semua ini kali pertama kami akan cuti-cuti ke keluar negara walaupun sekangkang kera sahaja.haha.. Jadi beberapa minggu ini memang UA dalam mood semangat nak prepare semuanya untuk jalan-jalan makan angin kali ni.
. Pagi,petang siang malam UA survey segala benda, dari tempat menarik yang wajib dikunjungi di Singapore, tiket flight sehinggalah ke tempat penginapan. Rasa macam renyah juga nak cari semuanya satu persatu. Tapi nasib baiklah sekarang mudah dengan adanya internet, hujung jari je UA boleh survey segalanya. Tapi tidaklah semudah yang di sangka, sebab nak pergi satu family, jadi kena make sure semuanya ok dan berjalan lancar.
Almaklumlah kalau jalan-jalan dengan anak-anak, mencabar juga ya. Bab ni UA pasti semua ibubapa pernah alami walaupun hanya ke shopping mall kan. huhu. Nasib baik lah sekarang ada laman web yang boleh memudahkan pencarian ibubapa seperti UA merancang trip dengan sempurna. Dan web yang paling memudahkan bagi UA semestinya Traveloka.com. Semuanya semudah 123 di Traveloka ini.
Singapore Tour Packages di Traveloka
Cari punya cari, dan survey segala macam akhirnya UA terjumpa satu pakej menarik di Traveloka.com dan UA nak share dengan semua pembaca di blog ini. Yang buat UA rasa lega sangat Traveloka ada menyediakan tour packages.
Dan part paling best adalah di sini adalah Singapore tour packages . Yeah!!! Dan yang buat web ini lagi bertambah best sebab ada maklumat lengkap tentang Kota Singa ini,dari segi keluasan, sejarah tempat, populasi penduduk dan macam-macam lagi maklumat tentang negara ini yang boleh kita ketahui. Senang kerja UA nanti bila tiba-tiba anak-anak tanya soalan cepu mas tentang negara ini. Hahaha..
Selain dari itu, panduan bagaimana hendak sampai ke sana pun ada, juga maklumat lengkap tentang perkhidmatan awam yang di sediakan untuk pengunjung ke negara ini seperti bas, teksi mahupun keretapi yang pastinya memudahkan UA mencatat segala info dari awal, dan akan membuatkan perjalanan kami lebih lancar di sana nanti.
Tidak ketinggalan juga ada maklumat tentang tempat menarik dan paling popular di sana yang wajib dikunjungi, So bolehlah awal-awal UA catatkan list tempat yang wajib dikunjungi dan rancang perjalanan dengan lebih teratur. tak adalah nanti UA rasa ralat sebab termiss berkunjung ke tempat tu nanti.
maklumat tentang makanan yang paling popular dan menjadi tarikan di Singapore pun ada ya, so senang lah UA dan suami nak jalan-jalan cari makan nanti disana.
Pakej Kombo flight dan Hotel
Kalau semua nak tahu sekarang ini traveloka rupanya ada ciri-ciri terbaru iaitu pakej kombo flight dan hotel. UA rasa pakej kombo ini tersangat menarik sebab lebih mudah buat UA. Tersangatlah senang, dah tak payah pening dan susah nak cari flight tiket dan hotel di laman web berbeza.
Dan yang bestnya sekarang UA boleh buat tempahan tiket flight dan hotel dimana-mana sahaja. Hanya dengan menggunakan smartphone kita boleh buat tempahan kerana traveloka kini dah ada apps untuk pengguna android, dan apps untuk IOS akan ada juga di masa akan datang. Inilah sebab utama kenapa UA pilih Traveloka! Hanya dalam beberapa minit je settle semuanya.
Sebab utama memillih Pakej Kombo flight dan Hotel di Traveloka
Kalau semua nak tahu Pakej kombo flight dan hotel ini sangat berbaloi ya untuk UA dari pelbagai sudut terutama sekali dari segi bajet. Selalunya kalau nak merancang percutian UA pasti ramai yang meletakkan bajet kan? So, UA dan suami juga mempunyai bajet tertentu. Jadi antara sebab UA memilih pakej kombo ini adalah kerana ia menawarkan harga yang jauh lebih murah. Kita boleh memilih samada mahukan pakej yang paling murah, pakej yang paling mahal atau pakej yang paling popular ditawarkan untuk pakej kombo ini mengikut bajet kita.
Selain dari menawarkan harga yang jauh lebih murah, Pakej Flight dan Hotel ini actually sangat fleksible dan memudahkan UA untuk membuat memilh pencarian tiket flight dan Hotel. Dri segi pemilihan tarikh dan masa penerbangan,destinasi pilihan teramatlah mudah untuk UA melakukan tempahan dengan adanya apps yang sangat mesra pengguna. Dan UA bebas untuk memilih segalanya dari pelbagai sudut dengan pakej kombo ini.
UA boleh memilih syarikat penerbangan yang UA suka dengan mana-mana pilihan hotel yang UA mahukan. Terdapat banyak pilihan syarikat penerbangan dan juga hotel yang ditawarkan untuk pakej kombo ini. Dan UA boleh buat pilihan yang tepat semudah hanya dengan satu klik sahaja.
Selain itu terdapat pelbagai maklumat tentang hotel yang disediakan dari segi kemudahan yang disediakan berserta rating, reviews dan juga gambar yang memudahkan UA membuat pilihan hotel.
Dan juga terdapat pelbagai kemudahan pembayaran boleh dilakukan samada melalui kredit kad, debit kad, internet banking ataupun di 7eleven pun boleh tau!Tanpa bayaran transaction fees lagi. Dan bagi mereka yang ada impian untuk bercuti ke destinasi idaman tapi tak mempunyai bajet yang cukup Traveloka juga ada menyediakan kemudahan 0% installment plan juga tau. So tunggu apalagi, jom rancang percutian macam UA di traveloka dengan Kombo pakej flight dan hotel sekarang! Jangan tunggu lama-lama..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2018/11/singapore-mu-tunggu-aku-datang.html