Sindrom Hurried Child Usah Biar Anak Kecil Dewasa Sebelum Waktunya


Sindrom ‘Hurried Child’ usah biar anak kecil dewasa sebelum waktunya. Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, tekanan untuk mencapai kejayaan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman seringkali turut dirasakan oleh anak-anak. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom ‘Hurried Child.’
Sindrom ‘Hurried Child’ Usah Biar Anak Kecil Dewasa Sebelum Waktunya Sindrom ini merujuk kepada situasi di mana kanak-kanak didorong atau dipaksa untuk matang lebih awal daripada usianya, yang boleh memberikan kesan buruk terhadap perkembangan mental, emosi, dan sosial mereka.
Ramai ibu suka menggayakan anak kecil mereka seperti orang dewasa. Ini dipanggil sebagai Sindrom ‘Hurried-Child’. Rasa seronok bila dapat menggayakan si kecil mengikut fesyen orang dewasa.

Terasa anak paling comel dan mengikut trend sangat tanpa mengetahui dan mengambil kira yang perbuatan tersebut rupanya ada kesan terhadap perkembangan si anak. Kalau dari bayi lagi sudah dibiasakan berpakaian seperti fesyen orang dewasa, mereka akhirnya akan menjadi dewasa sebelum waktunya.
Itu belum lagi ibu ayah yang memaksa anak belajar sahaja sepanjang masa demi untuk menjadikan anak paling terpandai di awal usia. Kasihan si anak kerana tidak menikmati zaman kanak-kanak yang menyeronokkan seperti bermain, berpakaian comot, bereksplorasi dunia persekitaran dan macam-macam lagi benda yang boleh dipelajari kerana sibuk hendak bergaya, ‘maintain’ cantik dan geli untuk bereksplorasi persekitaran kerana kononnya kotor.
Jika anda antara ibu ayah yang suka mempercepatkan anak dewasa sebelum waktunya, bacalah penjelasan Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-founder dan Principal Parent Connect Consultancy.

DEWASA SEBELUM WAKTUNYA
Sindrom ‘Hurried-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.
Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berbusana seperti orang dewasa.
Trend ini lebih ketara bagi kanak-kanak perempuan yang sering dieksploitasikan untuk berpakaian seksi dan kasut bertumit tinggi yang tidak sesuai usia. Dengan adanya rangkaian pakaian kanak-kanak yang didewasakan, kanak-kanak dipaksa untuk menggayakan fesyen pakaian dan dandanan seperti orang dewasa.

Walau apa saja yang dipakai oleh kanak-kanak, mereka tetap comel dan penyejuk mata. Walau bagaimanapun trend yang sebegini menyebabkan berlakunya dua kemungkinan:
1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.
2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.

Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali. Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.
Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel. Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurried Child’ ini.
Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.
Sumber: Parent Connect
Baca artikel lain juga: Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tak Buat Ujian Jantina Bayi, Nak Buat Kejutan
Anak Nak Masuk Asrama? Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini 
Di Rumah, Anak-Anak Kena Ikut Undang-Undang Bapa Kongsi Rutin Harian Elak Anak Main Gajet!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Sindrom ‘Hurried Child’ Usah Biar Anak Kecil Dewasa Sebelum Waktunya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sindrom-hurried-child-usah-biar-anak-kecil-dewasa-sebelum-waktunya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajar Anak Lelaki Buat Aktiviti Sama Sama Dengan Ayah Biar Anak Terbiasa

Ajar Anak Lelaki Buat Aktiviti Sama Sama Dengan Ayah Biar Anak Terbiasa

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 135 hits
Anak lelaki dan anak perempuan kita tak sama Aktiviti mereka biarpun nampak sama tapi perlu dibezakan Anak lelaki sebenarnya perlu didedahkan dengan dunia lelaki sejak awal Senang cerita biarlah anak sentiasa dekat dengan bapa supaya anak t...
Latih Anak Pilih Satu Barang Saja Di Kedai Rm2 Biar Anak Belajar Kawal Diri

Latih Anak Pilih Satu Barang Saja Di Kedai Rm2 Biar Anak Belajar Kawal Diri

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 254 hits
Siapa yang tak rambang mata bila masuk ke kedai RM2 Mak mak ternyata tewas sama juga seperti anak anak kecil kita Kalau boleh semua anak mahu angkut dan beli barangan dan mainan kesukaan mereka Mak ayah jangan tersilap langkah Apa kata lati...
Biar Anak Enjoy Waktu Bercuti Jaga Mood Anak Jangan Paksa Itu Ini

Biar Anak Enjoy Waktu Bercuti Jaga Mood Anak Jangan Paksa Itu Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 149 hits
Bercuti dengan anak anak memang seronok Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta Mengapa Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadi...
Alyah Sifatkan Anak Sebagai Hadiah Terindah Dari Allah Semua Tepat Pada Waktunya

Alyah Sifatkan Anak Sebagai Hadiah Terindah Dari Allah Semua Tepat Pada Waktunya

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 153 hits
Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami Malah katanya lagi kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya Bahkan penyanyi bersuara merdu i...
Ajak Shiro Didik Anak Gosok Gigi Sebelum Tidur Suruh Hembus Nafas Depan Muka Kena Ada Bau Ubat Gigi

Ajak Shiro Didik Anak Gosok Gigi Sebelum Tidur Suruh Hembus Nafas Depan Muka Kena Ada Bau Ubat Gigi

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 126 hits
Ajak Shiro didik anak gosok gigi sebelum tidur Suruh hembus nafas depan muka kena ada bau ubat gigi Menjaga kesihatan gigi dan mulut anak adalah salah satu aspek penting dalam perkembangan mereka Ajak Shiro Didik Anak Gosok Gigi Sebelum Tid...
5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah

5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 152 hits
5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah Pernah jadi satu isu dulu wanita yang kecewa lebih memilih untuk sendiri Wanita memang kuat boleh hidup sendiri tanpa suami Tapi bagi wanita yang ada anak fikirkan semula Anda boleh hidup sendiri ta...
Anak Pucat Dan Lemah Mungkin Ada Masalah G6pd

Anak Pucat Dan Lemah Mungkin Ada Masalah G6pd

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 112 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Anak saya kelihatan pucat dan lemah Dia ada masalah G6PD Selain makan ubat tambah darah apa yang perlu diberikan Terima kasih Pesakit dengan kekurangan G6PD sering merasa letih dan lemah kerana beberapa sebab utam...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Cara Didik Anak Satu Hari Satu Barang Dua Tak Boleh Letak Balik

Maryam Durian Kimchi Kongsi Cara Didik Anak Satu Hari Satu Barang Dua Tak Boleh Letak Balik

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 135 hits
Maryam Durian Kimchi kongsi cara didik anak Satu hari satu barang dua tak boleh letak balik Selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya Rina Isteri kepad...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali